Pages - Menu

JDT vs TRW

Untuk game final Piala FA malam ni Misz-ella dapat 10 tiket Free.  Dapat sebab mintak la, kan. Kalau tak mintak tak la dapat. Betul, kan.

5 tiket untuk me and family.  Lagi 5 i bagi kat Mek Da and the gang. Tq Ayah Ngah for the Free Ticket.  Puak-puak kawe ore kuat TRW, i memang tiap-tiap tahun mengendeng my Uncle untuk tiket free.  Bagus punya Anak buah, kan. Hihihi.
Mek Ella dan Mek Ti pakai Baju Merah jangan marahhhh.  Best korang tengok suasana di Stadium.  Ada yang spray rambut, ada yang conteng muka .. seronok gila tengok gelagat dorang.  Meriah siot!

Yeahhhhhh ... tak sabar-sabar nak tengok Final Game.  Aiman yang beria-ia nak tengok Live Show ni sebenarnya.  Mak penyayang macam i ni menunaikan impian anak je.  Tapi jangan tak tau, Misz-ella adik beradik memang suka tengok bola, dari dulu lagi.  Bergegar Flat San Peng tu dulu dek jerit pekik kami sefamili.

Bukan sahaja tempat duduk, tempat letak kereta penyokong 2 negeri pun diasingkan pihak penganjur.  Parking penyokong Kelantan paling cepat penuh.  We have to park at Petronas Taman Teknologi Park dan jalan kaki 40 minit menuju ke Stadium.  Ok la jalan ramai-ramai 
memang fun.  Yang tak fun kena merentasi parking penyokong Johor maka haruslah tebalkan telinga dan buat muka tak malu di 'boo' dan dicaci maki dia orang.  Orang selalu cakap penyokong Kelantan liar tapi kami pulak yang dianjingkan oleh penyokong-penyokong Johor.  Pasal Bolasepak hilang budi bahasa, bongok je la dorang ni. Tapi kami tak layan salakan si Baju Biru tu, sudahnya diam sendiri dorang.  

Abang Polis kat dalam tu cakap, tempat duduk TRW setengah jam lepas pintu dibukak dah penuh.  Semangat gila si baju merah.  Abang tu cakap, tempat duduk 80,000 tapi yang lepas masuk ratus ribu. Ayaya ..  camna tu?  Abang Polis cakap, hanya 6000 orang Polis bertugas menjaga ratusan ribu manusia di Stadium malam ni. Abang polis tu cakap Kelate mene male nih. And Yeszzz ... we win. Melompat-lompat Misz-ella masa Kelantan dapat Gol.  Habis badan Mek Ti kena debik. Hihihi.



Penyokong-penyokong The Red Warrior bersolat Maghrib sebaik masuk waktu sebelum perlawanan.  Memang best pengalaman kami di Stadium kali ni.  Lebih best sebab TRW menang.  Masa ni teringat kat sekumpulan penyokong Johor yang menganjingkan kami sebelum game tadi.  Tengok Bro, kan kitorang dah menang, maki lagi kitorang.  Alololo baiknya Misz-ella .. dah kena anjing pun masih ber bro-bro, kalo orang lain dah panggil Beruk kot. Hahaha.














Kegatalan Melanda

Hohoho ... gatal gila hidung, walhal gue free from sinus and tak allergic pada apa-apa, dan selama 8 bulan makan Vit C, selama tu jugak la tak kena selsema.  Alhamdulillah, kesihatan yang baik adalah rezeki Allah Swt bagi pada kita. Syukur.

Selama beberapa hari ni, kami memang avoid keluar rumah.  Keluar takat gi kedai beli barang untuk dimasak pastu balik, pergi minum petang kat Kedai Mamak, lepas minum balik. Keluar rumah sihat balik rumah tekak sakit, hidung gatal habis ku tenyeh-tenyeh.

Sekarang ni i make sure dorang makan Vitamin C tiap-tiap hari.  Dah macam Nurse dah Misz-ella cari sorang-sorang bawak Vitamin C kat dorang.  Sib baik dua tiga kerat je, kan.

Minum banyak air putih dan dont forget to take Vitamin C.  Kalau tak de meh beli dengan i. Rm60/100pcs/1000mg - boleh makan 3 bulan.  Murah sangat i jual, kan.

Lunch Nasi Kerabu tadi.  Kawe Mek Kelate, meme suko lah Nasi Kerabu ni tapi sayang, ulamnya tersangat kurang walau rasanya tersangat la best.

Senyum lah walau sebenarnya berjerebu di hati. Tuan tanah sedang rindu pada somebody.  Someone who used to cheer me up when i feel down, someone who can make me cry happily.  Gaya hidup yang dah berubah memisahkan kami.  Tak pe lah, Takdir Tuhan itu indah. Bahagia datang dengan berbagai cara. I'm happy with new happenings in my life now.  Alhamdulillah.

Satu malam tengah syok buat paperwork kat Study Table kat bilik sendiri tetiba datang budak ni ajak bergambar.  Seorang mak mana la nak hampakan permintaan anak.  Layan je.  Now i start to feed Aiman with Ephyra.  Nak tengok apakah kesan pada budak umur 17 tahun ni.  Mama makan dia pun Nakk ma ... nak rasa Ephyra.  Eeeee .. kalau serasi maka bakal kempis la dompet ku bulan depan sebab kena beli 2 pack. By the way,  Ephyra ada buat offer yang sangat best - beli 2 kotak dan dapatkan Free Gift idaman hati you and me.  Walaweihhh .. cantik la.  I punn nak. 

Ok la ye.  Got to go. Petang ni nak gi Chekidauttt something. Yang best, harini someone will drive me.  Lalalala .. bestnya duduk sebelah.  

Kemalangan. Kehilangan. Kemenangan. Pengajaran.

Kemalangan.
Kehilangan.
Kemenangan.
Pengajaran.

  • Kemalangan yang terjadi itu buat dia kehilangan sebuah kepercayaan.
  • Setelah lama berperang jiwa, akhirnya aku memperoleh kemenangan.
  • Dan tiap kejadian itu datang bersama pengajaran yang tidak ternilai.




EPHYRA DAN ELLA

Good morning Readers. Selamat Datang Monday.  Ada Monday Blues tak pagi ni? Ada rasa tak nak kerja nak balik rumah sambung golek atas katil, bawah selimut gebu bertemankan dingin aircond tak korang? Elololo .. kalau ada rasa camtu sila la lawan.  Dulu, I used to cari kawan-kawan yang boleh buat I gelak guling-guling sampai nangis.  Dah gelak, baru datang semangat. Kalau kat rumah I will do Jumping Jet 20, 30 kali to kill the bad feelings.  Yeahhh .. lompat .. lompat .. lompat bintang lagi dan lagi. Konfem lepas lompat datang semangat. I la tu .. orang lain I tak tau. Hehehe.

Dah. Cukup dah Mukadimah Entry peniup semangat korang semua di pagi Isnin minggu baru ni.  Meh kita baca Entry berkongsi cerita.  Remember in one of my Entry I did mentioned about ‘Sedang Mencuba Sesuatu Yang Baru dan I janji akan share dengan korang semua’.  Selepas 14 hari, I am willing to share with you my story.


EPHYRA ~ Readers yang dah lama follow Blog ni mesti tau yang I dah pernah ambik 2 kotak EPHYRA sebelum ni.  Satu kotak kawan bagi, satu lagi I beli. Actually, I ada satu habit iaitu Berani dan Suka Mencuba. Dah banyak produk di pasaran yang I cuba termasuklah B Young yang mahal dan kena makan continuously 3 bulan tu. Masa tu harga sekotal RM500. 3 kotak dah RM1500.00.  Berkotak-kotak dah I makan. Perghhh .. kayo company tu.  After a while I stop sebab harga makin lama makin naik, sian Dompet I. Kembung kempis, kembung kempis. Kembung nya sekejap, kempisnya lama. Hihihi.

When I stopped taking Seaweed Pure Marine Collagen selepas ambil berterusan selama 6 bulan, rasa macam ada yang tak kena sebab dah biasa celik mata cari Supplement.  Bila dah tak ada,  I feel a bit empty.  Lepas tu jumpa my friend Shema kat Shida Tomyam.  Shema ni sempoi gila, bila keluar tak da nya nak berbedak, lipstick, celak segala.  Unlike Misz-ella, bila keluar rumah at least sikit  mesti berdandan.  Dia tak pakai apa-apa pun.  Dalam borak tu I tanya pasal muka dia ~ Ni saya tak pakai apa-apa kak. Tak pakai apa-apa? Lawanya kulit kau. Kau ni putih dik tapi jeragat langsung tak ada. Amazing. Saya makan EPHYRA je kak, dah 6 bulan saya makan. WOW *dalam hati* .. tergerak nak sambung balik EPHYRA dan kebetulan, memang tengah cari Supplement untuk support diri yang dah tua. Walau ramai cakap Misz-ella ni umur 40 tapi masih nampak macam remaja, itu bukanlah passport atau tiket untuk tidak menjaga diri. So I told Shema I nak sambung balik makan EPHYRA and want to gain the benefits of it.

Apakah EPHYRA?
EPHYRA ialah sejenis minuman kesihatan dan kecantikan berasaskan kolagen. Dibuat dari 9 bahan alam semulajadi yang diimport dari seluruh dunia yang mana bahan utamanya ialah  ikan laut dalam terhidrolisis spesis ‘white fish’ yang hidup di perairan laut dalam di kawasan France yang bebas dari pencemaran laut. Perghhhh .. ikan berkualiti tinggi dok dalam laut dalam tak da pencemaran ada dalam EPHYRA? Konfemmmm la I nak.  Kalau yang dibuat dari ikan tempatan, hok fresh berlambak kat sini, ku ratah-ratah je yang dah dibakar. Tapi yang ni spesis “white fish” dok dalam laut dalam bebas pencemaran laut .. tak mampu nak beli bakar dan ratah gitu-gitu aje, kannn.


EPHYRA sangat ringan, halus dan paling penting rasanya sangat sedap dan very friendly tummy. Misz-ella very particular tentang rasa produk jenis diminum terus ni sebab kalau tak mesra selera, confirm curah ke sinki la jawabnya.  Alhamdulillah, rasa EPHYRA sedap ala-ala HALIBORANGE ataupun Oren Sunquick kurang pekat dan diterima baik oleh my little tummy.  Misz-ella bancuh EPHYRA guna chilled water dalam peti ais, shake-shake-shake sampai naik buih terus minum. Perghhh .. best!! Kadang-kadang rasa nak lagi tapi tak leh la Over, kan. Kang tetiba transform jadi Miss World meletop lak EPHYRA ni di pasaran. Hahaha.

Selepas 7 hari, I noticed that I have extra perpeluhan masa bersenam.  Peluh extra menitik-nitik dalam baju, yang atas lantai jangan cakaplah. Mungkin kerana EPHYRA meningkatkan metabolism badan? Satu lagi, proses pencernaan adalah sangat lancar.  Malam minum, sok pagi senanglah nak ke toilet.  Tak perlu depends on Slimming Tea, De-Tox Tea dan sebagainya semata-mata hendak membuang sebab dengan mengambil EPHYRA yang tinggi serat ni, cara pembuangan akan berubah menjadi semulajadi. Lagi satu kesan ketara yang Misz-ella nampak dalam 7 hari ni ialah I dah senang nak tidur malam.  Pembaca setia blog ni mesti pernah baca rungutan @ bebelan Misz-ella tentang betapa susahnya nak tidur even penat bersenam malam-malam sampai kadang-kadang kena sapu minyak aromaterapi kat kelopak mata supaya senang lena.  Now ever since I take EPHYRA, I don’t face that anymore you know.  I sleep easily and very well like a Sleeping Beauty. Wahhh .. nak sama dengan Fairy Tale je kau ye!! Hahaha.

Why EPHYRA? Kenapa pilih EPHYRA? Kan sekarang ada banyak produk kecantikan yang lebih meletop di pasaran. Cuba cek wall FB masing-masing .. nak putih, nak kurus, nak mulus, banyak ada, kan. Tapi kenapa Misz-ella pilih EPHYRA? OK .. meh kita share kat sini.


Pertama .. sebab terpegun dengan kulit Shema *Shema, sila belanja I lepas ni ..hihihi* Oh By the way, gambar di atas tu bukan my friend Shema ye, orang lain tu. Hihihi.

Sebab ke dua .. Walaupun bahan dalam EPHYRA diimport dari seluruh dunia tetapi ia diolah resepi dan kuantitinya oleh orang kita, means EPHYRA buatan Malaysia. Offkoss Misz-ella bangga dan nak support produk tempatan.






Selain dari tu, EPHYRA  ada kelulusan KKM dan ada Sijil HALAL.  EPHYRA juga bebas dari bahan kimia/pengawet dan tidak membahayakan kesihatan dan ianya boleh mendap di buah pinggang. Sebagai pengguna, kita kena lah particular dan ambil berat perkara seperti ini.  Jangan kita ambik produk yang tak da kelulusan dan produk merapu-rapu di pasaran yang mana tahap keselamatan dan ketelusan bahan-bahan yang asal usul nya tidak kita ketahui.  EPHYRA telah lulus semua Ujian Racun dan bahan-bahan berbahaya yang mungkin boleh memudaratkan kesihatan jika diambil berlebihan. EPHYRA juga diterima baik di kebanyakan Farmasi di Negara kita. Bukan senang nak dapat Sijil-Sijil Kelulusan dari Pihak Berkuasa ni. The product must be proven good, company kena kukuh dan comply with all regulations required, lulus semua ujian baru boleh dapat Sijil Kelulusan tu, dan bukan mudah jugak Farmasi-Farmasi nak setuju masukkan produk dalam Senarai Jualan mereka.  Nama pun Farmasi, nama baik harus jaga Beb .. produk tak bagus, dorang takkan terima.  So dua point terawal ni buat I yakin nak continue dengan EPHYRA.

Selain dari Kolagen Ikan Laut Dalam Terhidrolisis sebagai kandungan utamanya, EPHYRA di ‘support’ oleh bahan-bahan lain seperti Superberi, Acai Beri, Akasia Gam, Serbuk Tomato, Ekstrak Bunga Marigold, L-Glutathione, Astaxanthin dan Acerolla Ceri ~ Nama-nama popular yang sering kita dengar akan khasiat dan manfaatnya untuk tubuh badan manusia.  Bahan-bahan EPHYRA best, rasa pun sedap, terbukti selamat dan tiada kesan sampingan walau diambil berterusan ~ point-point menarik yang bakal menyaksikan kesetiaan Misz-ella dengan EPHYRA hendaknya.

Readers, meh kita berkongsi cerita ye.  Kita kena hati-hati dengan apa yang kita makan.  Ibarat kata orang tua-tua, benda jadi darah daging, maka apa la salahnya kalau kita lebih cerewet dan bersikap pemilih, kan.  Ada banyak produk di pasaran. Bermacam harga, berbagai teknik promosi yang bisa buat kita kelabu mata.  Pesan Misz-ella satu je .. tak salah kalau kita nak cuba tapi berhati-hati la ye.  Tak semestinya yang murah itu tak bagus dan yang mahal itu bagus.  Tak semestinya yang meletup hangat di pasaran itu baik dan sesuai untuk kita.  Fikir. Fikir banyak kali, sebelum buat keputusan.  Baru-baru ni Misz-ella ke Hospital, macam-macam cerita dari Hospital yang Misz-ella bawak balik.  Ada yang buah pinggang rosak gara-gara ‘slimming pil’, ada yang keracunan darah kerana keghairahan mencuba segala macam produk kecantikan. So for me, berhati-hati.  Kesihatan anugerah Allah SWT yang tidak ternilai.  Jangan cantik yang kita cari, mudarat yang kita dapat. 


OK lah.  Hopefully apa yang Misz-ella share kan kat sini dapat kita manfaatkan bersama ye. Jom layan Rakaman di bawah ~ Testimonial dari pengguna-pengguna EPHYRA. Seronok jugak tengok. Misz-ella nak makan lama-lamalah EPHYRA ni, kot la esok-esok i masuk dalam Video ni korang tonton eh. Hihihi.





Last but not least, untuk sesiapa yang berminat untuk merasai sendiri kesedapan dan khasiat EPHYRA, bolehlah telefon Shema di 012-6479747, layari blog ini atau layari laman web EPHYRA sendiri di sini.  Korang jenguk-jenguk la ye.  Ada detail info disitu.  

Ohh ye, sebelum tu lets chekidautt harga EPHYRA :-

RM197/box/30 sachet per box
RM390/2 box/30 sachet per box berserta Special Free Gift

Free pos untuk setiap pembelian
Stok sedia ada tak perlu que menanti pembeli
Setiap pembelian akan dihantar pada hari yang sama jika bayaran diterima sebelum pukul 12 tengahari (Pos Laju)
Penghantaran percuma untuk Warga Saujana Utama, Sg. Buloh dan Cyberjaya.

So korang-korang-korang, jom kita mulakan misi sihat dan cantik di Hari Raya bersama EPHYRA.  Sempat lagi weih.  Misz-ella pun nak Top-Up stok ni.  Esok-esok dah cantik tell me tau. Tak aci arr men Rahsia-rahsia, kan. Hihihi.

Makan Sepanjang Minggu

Selain dari Entry bersifat sharing, entry tolong kawan jual barang, entry motivasi dan entry kenang-kenangan, tips kesihatan dan entry gi bersenam, sesekali kena gak buat entry makanan.  Kalau tak nanti Azwan marah dan boikot Misz-ella. Ohhh sedihhh kalau readers lari.  I appreciate every single click on my blog ok.  Tak kira tujuan kedatangan ikhlas atau sengaja nak skodeng saya, Terima Kasih la ye. Begitu la nasib seorang Blogger picisan, kannn.

Singgang Ikan Kerisi.  Misz-ella masak 2 ekor je. 2 ekor Ikan Cencaru Goreng Bercili, Kubis + Brocolli Goreng Kicap dan Sambal Sardin 2 hari lepas diperhangat.  Sayang gila siot nak buang sardin sebab sardin my feveret.  Kalau terbau Sambal Sardin otomatik selera datang.

Nasi Goreng Sempoi - buh ikan bilis dan kacang panjang je dalam tu. Pastu dadar telur. Dah-dah makan, jangan banyak komplen. Mogok kang tak berasap dapur, tak wangi rumah dek aroma masakan.  Padan muka!! Hihihi.

Keropok keping pengiring nasi goreng.  Jangan gigit sekeping-sekeping.  Patahkan kecik-kecik pastu tabur dalam nasik.  Nanti kita sudukan sekali. Omakaihhhh .. baru tau Misz-ella nya cerewet? Hihihi.

Ada satu malam tu dorang tak mau makan Nasi.  Yesss .. lagi senang sebab tak payah masuk dapur 2 kali.  Misz-ella cerewet, tak suka repeat lauk tengahari bawak ke malam.  So  mari bikin French Toast untuk dorang. Senang, kan.

Pokok mangga depan rumah dah berbuah.  Mangga yang bulat pink-pink tu saya punya.  Disebabkan i busy, i ate my desert at my workstation in my bedroom.  Hahhh ..cepat habiskan dan kemas kalo tak mau jadi mangsa semut lepas-lepas ni.

Dalam peti ais ada Pes Tomyam, ada stimboat ball dan ada ayam. Dalam kabinet ada Maggi.  Malas nak makan nasi meh kita kerjakan Maggi ni.  Tak sampai 10 minit, siap la Maggi Tomyam Homemade ni. Hihihi. Senang kerja i.

Apa Perlu Menyalak Bukit?

Hurmmmm ... tetiba terkenang karakter manusia.  Bila marah, tak tau nak bertenang dan sanggup menyerang.  Sekarang lagi dasyat, serangan boleh dibuat di laman sesawang.

Makin lama manusia makin tak tau nak kawal perasaan.  Mereka lebih suka ikut emosi  dan hati.  Akal mereka tolak tepi yang akhirnya hanya menampakkan kebodohan diri.  Dulu Ustaz cakap amarah tanpa kawalan itu amalan Syaitan.  Ustaz cakap, bila marah sebaiknya beristighfar, bertenang.  Dalam keadaan tenang baru kita boleh guna akal dengan  sebaiknya. 

Ada jugak yang bila marah bagai anjing menyalak bukit.  Dok menyalak sampai letih tapi bukit tetap teguh tak tumbang.  Bila dah penat, maka lemah, senyap dan berlalu lah sang anjing. Bukit tetap teguh dan kuat, sikit tak terusik.  Sapa malu? Sapa yang diperkatakan? Anjing jugak kan.  Orang akan kata awat la anjing tu hingaq sangat?  Tak malu ka buat bising?

Pengajaran buat kita :- Kalau marah, tarik nafas, bertenang dan beristighfar.  Kawal perasaan dan emosi.  Jangan biar emosi kawal diri.  Jangan tau.  Nanti Syaitan tepuk tangan. Tak perlu bising hingaq sana sini tapi muhasabah lah diri.  Kita mungkin bukan yang terbaik tapi kita boleh berubah menjadi lebih baik dan menjadi insan yang berkualiti. Kita sama-sama perbaiki diri ye.  Dengan lafaz Bismillah disertai dengan niat yang baik, In Sha Allah boleh.  In Sha Allah.

Menghargai Kehidupan

Kadang-kadang dalam hidup ni kita lupa nak bersyukur.

Kita selalu nak apa yang orang lain ada kita lupa apa yang ada yang kita ada tak kurang hebatnya.
Kita mahu hoo haa hoo haa sedangkan larangan hoo haa hoo haa itu ada sebabnya.
Kita mahu life orang kita lupa yang life dia dan life kita tak semestinya sama.
Kita cemburu dengan apa yang orang lain ada sedangkan apa yang kita ada tak ada kurangnya.
Kita lupa yang apa yang baik untuk dia tak semestinya baik untuk kita.

Dalam erti kata lain, kita lupa nak menghargai apa yang kita ada.  Kita lupa bahawa rezeki itu milik Dia, ketetapan Dia. Kita lupa bahawa sebagai manusia masing-masing ada bahagiannya.  Kita kejar benda yang entah apa-apa.  Kita lupa bahawa nikmat hidup itu datang dengan berbagai cara dan bukan material semata-mata.

Hargai Kehidupan.




Anger and Sad. Marah dan Sedih.

Pandai kah kita membezakan antara sedih dan marah?

Kalau dia bersedih, wajarlah sebagai kawan atau peneman kita men 'comfort' kan dia, memujuk dan menyejukkan hati dia agar nyah segala duka.

Kalau kena marah, wajarlah bermuhasabah mencari punca kita dimarah.  Mintak maaf kerana dah mengaktifkan suis marah.  

Post mortem lah tiap kejadian dan belajar dari kesilapan atau mungkin berdepan dengan kebarangkalian 'kehilangan'.




Move On

I am sad. Very sad. Banyak perkara terjadi menduga insan kerdil ini.  Benda yang tak dijangka terjadi dengan tiba-tiba.  Sedihnya hati bila kita bagi Madu tapi orang balas Racun kat kita.

I wish i can tell the world what happened. I wish i can tell you guys so that ringan bahu saya.  Tapi dari dulu sampai kini, mulut bagai terkunci, tak terluah dengan kata-kata dan hakikatnya, saya hanya mampu mengadu pada Dia. Saya mohon ampunkan lah mereka-mereka yang menyakiti saya.  Lapangkan lah fikiran saya, berilah ketenangan pada saya dan kuatkanlah semangat saya.  Saya tak suka simpan titik hitam dalam hati.  I want to move on with my life.  Saya redha Kun Fa Ya Kun itu milik Dia.  Walaubagaimana kita berlaku baik dan berusaha, ketentuan itu milik Dia.  Dia tak bagi segalanya dengan percuma tapi berserta pengajaran yang tinggi nilainya. Jangan menangis Ella. Kuatkan hati, kuatkan semangat. You are not alone facing the challenge. Dia selalu ada, sentiasa ada untuk kita semua.

Walau jiwa kacau tapi saya tenang.  Alhamdulillah .. ketenangan fikiran, kelapangan masa, kawan yang baik, famili yang sentiasa ada untuk saya adalah rezeki AnugerahNya. Alhamdulillah.

Peti Ais Tempat Transit

Hello .. Good Afternoon. Panas betul tengahari ni kan.  Pagi-pagi dah siram pokok tengok tengahari tetiba nampak layu dan kuyu.  Tapi kan, cuaca panas melenting ni paling best untuk jemur kain. Hrmmmm .. rangup kain i u.

Ok .. Entry petang khas buat Ibu-ibu, Mak-mak, Mummy-mummy dan Ummi-ummi, tapi kalo Bapak-bapak nak baca pun tak da hal .. no problem ye.  Kali ni Misz-ella nak cerita tentang Peti Ais.  Kalau Misz-ella cakap Peti Ais tempat transit sementara sebelum lebihan makanan ke Tong Sampah korang setuju tak?

Contohnya kan, bila ada makanan tak habis dan kita sayang nak buang, maka kita pun simpan la dalam Peti Ais, kot-kot nanti boleh kita ulang makan lagi.  Sehari, dua hari ok la. Lepas seminggu, dua minggu, tiga minggu tak berusik, maka ke Cik Tong Sampah la jawabnya. Betul tak? In my house, ini adalah perkara biasa ... mula-mula kita simpan sebab sayang nak buang, bila dah lama-lama, perasaan sayang pun dah tak ada maka ke tongggg la jawabnya.  Dalam erti kata lain, peti ais tu jadi tempat transit sementara sebelum lebihan makanan itu dipindahkan ke tempat terakhirnya iaitu tong sampah.  Huhuhu ... sedih but what to do .. nak makan pun dah tak boleh lagi. So the lesson is, Elakkan pembaziran makanan.  Masak berpada-pada jangan over.  Membazir itu amalan Syaitan dan Allah tak suka. Sayangkan makanan dibuang-buang, kat luar sana ramai orang tak cukup makan tau ...

Ok. Got to go. Sekian sahaja Al-kisah Peti Ais di tengahari ni.  Terima kasih baca. Byee ..

Sambal Bilis Jalan Jauh

Hello Wednesday.  Dah tengahari baru dapat bagi salam Hai-Hai kat Blog dan korang-korang yang tak jemu datang sini. Terima Kasih ye korang .. korang memang best!! OK .. ini Entry tolong promot barang kawan-kawan.  I ni oke je .. Orang mintak tolong, kita tolong. Orang tak mintak tolong, ku duduk diam-diam. Meh baca.


Sambal bilis yang Jiran Misz-ella buat ni rangup dan sedap.  Ikan bilis yang dipilih adalah dari kategori agak mahal jugak la. Di masak berjam-jam atas api untuk pastikan cilinya betul-betul masak dan supaya ia  tahan lebih lama.

Misz-ella panggil Sambal Bilis Jalan Jauh sebab Jiran i yang buat Sambal ni supply untuk orang pegi Umrah, orang nak gi oversea dan sebagainya.  Sebab tu la i panggil dia Sambal Bilis Jalan Jauh. Hihihi ... Sesuka hati je bagi nama, kan. Makan dengan nasik panas-panas sedap nih, ratah gitu pun ok juga. Hihihi.

Roti Bakar dengan Butter dan Kaya pastu Misz-ella tabur sambal bilis rangup atas tu. Krapp .. kruppp .. bunyi roti bakar i you. Special, kannn .. Hihihi.


For those of you yang berminat, packing yang macam ni sedia untuk dipos. RM18/150gm sudah masuk Wang Pos.  Beli la korang .. sebagai persediaan untuk Bulan puasa nanti. Time-time emergency tak sempat nak masak, Sambal Bilis ni sangat berguna.  Buat lauk tambah pun ok jugak ni. OK dah .. takmo cite panjang-panjang.  Kalau nak e-mail me kat sini :~ kakchik_ella@yahoo.com.  Mekaseh baca. Byeeee.












Betul ke kita?

Kita selalu rasa kita betul, walhal sebenarnya tidak.  Kita selalu cari salah orang, padahal sebenarnya kita yang bermasalah. Bila bertelagah, kita selalu nak menang dan tak nak mengalah.  Paling teruk bila kita tidak mahu bermuhasabah.

 Stop pointing finger at people but please look deeply inside you. Berhenti pusing-pusing belit-belit macam ular.  Letih layan orang gila meroyan ni, dah la putar belit fakta, lepas tu siap kung-fu, tai-chi sana sini nak menangkan diri. Hrmmmm ... ce fikir. ce fikir .. betul ke tindakan kita? Betul ke sikap kita boom baamm boom bamm pukul canang sini sana? Iskkkk .. sakit la orang camni. Mental got problem kot? Hehehe.

Hakikatnya, yang kita war-war, gembar gemburkan tu tak semestinya betul.  Manusia kan, bila terlalu ikut emosi, memang lupa nak kawal diri.  Main serbu je dengan kata-kata, tak sedar kata-kata itu buat orang terasa.  Bila tersedar ada yang terasa, mula la pasang strategi tolak kat orang tu orang ni nak cover kesilapan diri. Haihh ... Kita yang melihat ni jadikan pengajaran ye.  Jangan kita jadi macam dia.  

Entry Santai Hari Selasa


Bihun Goreng memang 'favorite' dalam rumah ni.  Makan banyak kali pun tak jemu-jemu.  Sila la .. sila. Sila jamu mata sahaja ye. Hihihi.

Haiiii ..  Saya Misz-ella.  Saya tuan punya @ author blog ni.  Blog ni blog peribadi tak da gossip, tak da isu-isu hot n spicy di sini. Penulis hanya mahu berkongsi dengan readers semua dan menulis juga untuk rujukan dan kenangan hari tua.  I hope you do enjoy reading my journey ye kawan-kawan. 

Sabun Pure Marine Collagen sudah restock.  So far customer happy dan ramai yang sudah order lagi.  Meh-meh-meh sapa yang nak.  Misz-ella pun guna tau sabun ni.

Vitamin C 1000mg/100 tabs/Rm66 termasuk pos.  Dah less than 10 dah stock i.  Alhamdulillah .. most of my customer dah repeat order.  Sapa la tak suka bila kulit cantik dan paling penting ada extra protection menentang selsema.  Selsema merimaskan, kan.  Bila makan Vitamin C, takat sakit tekak manja-manja je, tak berpanjangan sampai ke selsema.  Lega, kan.

Kapsul PMC Gred AAA.  Baru-baru ni Isteri Pakar Bedah order Pmc kapsul ni untuk Mak mertua dia.  Alhamdulillah dia serasi dan dah repeat order lagi.  Sakit-sakit sendi dah tak da katanya.  Alhamdulillah, i am very happy. RM55 cukup supply untuk sebulan ni.

Ni la offis i sekarang. Hehehe.

Hari tu makan kat McD Puncak Alam.  Punya la ramai orang especially Student UiTM kat situ.  Nak dapat tempat duduk kena sabar tunggu.  Ada sorang abang ni siap sound staff McD, tak boleh ke awak letak signboard Di Larang Jadikan Tempat Ini Sebagai Ruang Pejabat. Tehehehehe .. Misz-ella senyum simpul kat dia sambil gelak dalam hati.

Misz-ella sekarang makin syok pakai Koyok Kaki ni.  Lepas seminggu pakai selera makan macam boleh control je.  Wahhhhh .. apakah ini petanda gue bakal kurus? Hahaha .. orang nak bagi lega tapak kaki lah, tapi kalo tetiba terkurus itu bonus la kann.  Misz-ella tak jual ni but if you want i can help you to get this.

Vege Salad kat Restoran Nasi Lemak Habibi Alam Jaya sangat best.  RM5 semangkuk besar puas makan.

Ok dah, takmo cite lagi.  Nak gi buat benda lain lak.  Petang nanti kita cerita lagi ye. Bye korang, Tq baca.  Sebelum tu, this is my e-mail add :- kakchik_ella@yahoo.com.  


Cookies Raya 2013

Sikit je lagi dah nak puasa, lepas tu raya.  Misz-ella dan famili kan, baju raya nampak gayanya tak tempah tahun ni. Orang sibuk bertema warna kami carca marba. Sukatik la kan, asalkan berbaju baru di pagi raya In Sha Allah dapat pahala.

Hari ni Misz-ella nak share dengan korang tentang perihal Cookies raya di rumah Misz-ella yang tersangat lah hot, laris dan diperkatakan ramai tahun lepas.  Licin, habis, sikit pun tak membazir, Alhamdulillah.  Ada satu geng ni, dok makan Biskut Chocolate Heaven rebut-rebut sampai habis sebekas.  Pastu diaorang tanya Kakchik, ada lagi tak? Sedap la Cookies ni. Hehehe .. suka la i tengok dorang makan.  Tak da malu-malu dan segan silu. Funn!!

Chocolate Heaven ni memang HEAVEN.  Biskut rangup dicelup Coklat dan disalut Badam cincang.  Omakaihhhh .. bukan saja berebut-rebut dorang makan, Aiman siap simpan khas untuk dia sebekas.  Misz-ella kategorikan ini sebagai Biskut Mewah sebab badam sekarangkan mahal.  Sepenuh bekas empat segi ni Akak ni jual RM26 .00 je. Orang kata bahan mentah naik harga tapi dia jual harga tetap macam biasa.  Wokeyyy ... konfemmmm bakal jadi penyeri Bekas Kue Raya Misz-ella tahun ni.

Yang ni Biskut Gila glamer sebab nama dia Malatops Crispy. Hasil gandingan bersama tepung, butter, gula, coklat cip, badam cincang dan cornflakes pastu dihias dengan coklat putih.  Oh My .. My .. memang malatops korangggg ... Kawan Misz-ella si Fiza order sampai 4 bekas dan bila ditanya jawapannya Orang-orang yang meletop macam Fiza haruslah makan yang malatops ni KC. Watever, asal kau bahagia daku pun gembira adikku tapi yang benornya, Cookies ni memang sedap gila. Kalau tak, takkan dia order sampai 4, kannn dan sejujurnya, this cookies is also in my favorite list. Ngap .. ngap daku makan. Perghhhh .. bertepek lemak.

Yang ni Chocolate Waka-Waka nama dia. Wahkauuu .. nama ke main 'world' eh. Biskut coklat rangup bulat ditepek sebelah gajus dan ditabur cornflakes.  Perghhhh ..  kategori mewah gak dia ni sebab tengok la gajus dia tu .. hamboiiii .. tak danya dia potong-potong .. ambik kau sebelah. Tahun ni kan, Biskut ni dah masuk dalam kategori antara yang paling ramai order sebab kerangupan dan kesedapannya. Yeahhhh .. mari kita Ber Waka-waka together. Hahaha.

Alahaiiii .. sedapnyaaa .. alahai .. comelnyaaa .. gilanya kat dia. Alahaiii .. nama dia. Nama dia memang Alahai ok. Memang nama dia camtu. Tu yang i dok repeat-repeat Alahai tu. Tehehehe. Yang ni best, dalam ada kuaci, badam cincang, coklat cip, nestum pastu dihias coklat masakan. Tengok la si Alahai ni .. macam-macam ada dia. Very the berbaloi membelinya, kan.

Blueberry Tart .. sapa la yang tak kenal, kan.  Satu kelebihan cookies-cookies yang dibuat oleh akak ini selain dari kesedapan rasanya ialah kekemasan hasil tangannya.  Kemas sangat cookies ni, siap ada coklat putih berselang-seli. Cantik dan sedap. Inti nya banyak dan padat. Bukak je bekas, hrmmmm .. semerbak aroma dia keluar. Walaupun demand Blueberry Tart ni tak sehebat Malatops, Chocolate Heaven,  Alahai dan Waka-Waka tapi not bad jugak la, ada peningkatan dibanding dengan tahun lepas.

Sebelah tu pulak ialah 2 Tone Tart.  Nama pelik tapi sebenarnya dia ni Spesis Tart Nenas. OK la, not bad rasa Tart dia. Yang Misz-ella kagum ialah kesabaran si pembuat cookies mengadun dua warna dalam satu acuan.  Kalau i, ala-ala ku tepek-tepek je la.  Ku tak cukup sabar. Hahaha.

Bubble Chocolate ~  Ini badam hiris, bubble rice, coklat hitam dan coklat putih tau, bukan Cornflakes.  Misz-ella peminat Kacang Badam.  So makan kacang badam bersalut coklat is a big heaven for me.  Rangup-rangup dan mengasyikkan. Sedaplah korang.  

Kesemua 7 jenis Cookies diatas adalah dibuat oleh Orang yang sama. Misz-ella tolong jual je.  Tak kesah la kalau dia kaya i tak kaya even i tolong dia, kan. Setiap sebalang cookies ni ada lebih dari 50 pcs dan dijual pada harga RM26 sahaja.  Murah, kan.  Ekceli akak ni buat berbelas-belas jenis Cookies tapi offkos la Misz-ella pilih yang od-good quality je.  Yang mewah, yang banyak bahan, yang meriah, yang sedap dan menawan ~ yang tu la pilihan i.  

Korang-korang-korang .. kalau nak orderkan, sila la e-mail Misz-ella kat kakchik_ella@yahoo.com ye.  Tempahan diorder sekarang dan ditutup pada hari pertama puasa.  This Akak is very strict.  Dia takkan layan sebarang order lebih masa.  Sebabkan, kalau ambik juga order last minit, bekalan bahan mentah pun dah tak da lagi, tenaga dan masa pun dah tak mencukupi so dia punya style memang kena order awal-awal.  So sila cepat-cepat sebelum terlambat.  Quality dan harga confirm marvellous punya lah. 




Last but not least, walaupun saya tolong jual 2 Tone Tart, saya tetap minat dan suka dan order Jem Tart Tina kawan saya sepertimana yang saya promot di sini tahun lepas.  Misz-ella suka sebab .. sebab .. sebab .. sebab Misz-ella sukalah!! Hahaha. Elelele .. jangan marah ye korang .. korang baca je entry lama tu ye. Kalau suka then boleh la order Cik Puan Tina kat no tu ye.  Cakap je Kakchik-ella rekomen.  In Sha Allah dia ok punya. 

OK dah-dah.  Cukup la kita berkongsi cerita Al-kisah Cookies Raya idaman hati yang malatops di rumahku tahun lepas.  Sapa nak order meh e-mail kita kat sini eh :- kakchik_ella@yahoo.com.  Got to go lah.  Have a great week frens. Bye.







Satu hari Sabtu

Sabtu i meriah ok even i bangun pukul 10 pagi gara-gara senggugut menyerang lagi.  Dah bangun sibuk la pulak 'tour' dapur tengok-tengok apa boleh dibuat makan tengahari.  Baru nak masak Ben sms, nak jumpa sekejap katanya.  I ok je. Pastu main masak-masak. Sambil masak sambil dorang tanya .. Dah siap belum?? Japppp .. sikit lagi, kejap lagi siap.  I tipu ok .. sebab i punya sekejap tu paling kurang pun sejam. Hihihi.

Daging Masak Nasi Kandar, Sup Sayur, Ikan Siakap Goreng + Sambal Kicap danbIkan Terubuk Masin Goreng.  Punya la syok masak sampai tetiba tengok dari Ben je ada 3 Miss Kol, tak jadi jumpa Kakchik, barang yang mau diberi ada 'defect" katanya.  OK .. jawab saya.

Elok habis makan jiran depan rumah telefon ajak makan kenduri.  Oh My-my, peyut den ketat lagi so lepas sejam dia kol baru i sampai.

Lepas Asar, kami ke Ikea untuk beli barang yang dah lama dikehendaki.  Berjalan fibhadapann sambil diiringi dua orang lelaki tolak troli adalah sangat best.  Tetiba rasa macam 'Mem Besar' berjalan dengan 2 orang Bodyguard dan dikawal rapi. Cehhhhh .. over!!
Swedish Meatball - memang kegemaran ramai kalau ke sini.  15 ketul dah memadai untuk 3 perut comel kami.

Misz-ella ambik ni - Chicken with Rosemary.  Mula-mula nak Salmon tetiba nak Chicken.  Elehhhh .. apa nak heran, Misz-ella memang sokmo gitu.

Dah settle our Early dinner, terus ambik barang kat Ruang pameran dan pulang. Dah sampai rumah belek itu godek ini sudahnya ku tidur pukul 1:30 pagi.  Bab tidur ku memang spesis batman lah, suka sangat berjaga malam.  

Ok dah.  Dah habis cerita.  Selamat Hari Ahad korang. Byee ..

Minum petang

Kepala ada sikit ting tong, gara-gara lambat makan, berdenyut urat kepala. Tu la kau, nak makan pun malas, al-padan lah muka.

Cokodok air sejuk - Tepung gandum, bawang, cili, udang kering. Kalau ada ap-apa daun ijodalam peti es tu kita bubuh je la, kasi dia meriah. Campurkan dengan air paip bertapis, kacau rata bagi kental ye.  Pastu pecahkan sebijik telur dan gaul rata untuk rangupkan dia. Pastu ambil sedikit jintan putih *yang kecik tu*, tabur dalam bancuhan cokodok tu. Pastu korang goreng. Hmmmmm ... sedap.  Terima kasih pada Jiran ku Kak Ani untuk resepi Cokodok Air sejuk ni. 

Bubble Chocolate ni pun sedap untuk buat kudap-kudap.  Badam cincang dan Choco ball yang dicelup coklat pastu hias dengan Coklat Putih. Ya Ampunn ..berebut makan dengan Aiman.

Hahaha .. nak bagitau yang Misz-ella jual cookies ni untuk raya.  RM26 sebekas. Ok sangat harga dia sebab ni bukan Cornflakes tapi Badam salut coklat. Ok la tu kan sebab ramai kata badam naik harga tapi akak yang buat Cookies ni ok je rega dia, tak mahal sangat, kan. Kalau nak email kita kat sini eh :- kakchik_ella@yahoo.com. Cepat tau sebab hari puasa pertama dia dah tutup order.  Ok la ye, got to go. Mahu layan kepala ting tong. ByeBye kawan-kawan. Tenkiu baca.