Pages - Menu

Cookies Raya 2013

Sikit je lagi dah nak puasa, lepas tu raya.  Misz-ella dan famili kan, baju raya nampak gayanya tak tempah tahun ni. Orang sibuk bertema warna kami carca marba. Sukatik la kan, asalkan berbaju baru di pagi raya In Sha Allah dapat pahala.

Hari ni Misz-ella nak share dengan korang tentang perihal Cookies raya di rumah Misz-ella yang tersangat lah hot, laris dan diperkatakan ramai tahun lepas.  Licin, habis, sikit pun tak membazir, Alhamdulillah.  Ada satu geng ni, dok makan Biskut Chocolate Heaven rebut-rebut sampai habis sebekas.  Pastu diaorang tanya Kakchik, ada lagi tak? Sedap la Cookies ni. Hehehe .. suka la i tengok dorang makan.  Tak da malu-malu dan segan silu. Funn!!

Chocolate Heaven ni memang HEAVEN.  Biskut rangup dicelup Coklat dan disalut Badam cincang.  Omakaihhhh .. bukan saja berebut-rebut dorang makan, Aiman siap simpan khas untuk dia sebekas.  Misz-ella kategorikan ini sebagai Biskut Mewah sebab badam sekarangkan mahal.  Sepenuh bekas empat segi ni Akak ni jual RM26 .00 je. Orang kata bahan mentah naik harga tapi dia jual harga tetap macam biasa.  Wokeyyy ... konfemmmm bakal jadi penyeri Bekas Kue Raya Misz-ella tahun ni.

Yang ni Biskut Gila glamer sebab nama dia Malatops Crispy. Hasil gandingan bersama tepung, butter, gula, coklat cip, badam cincang dan cornflakes pastu dihias dengan coklat putih.  Oh My .. My .. memang malatops korangggg ... Kawan Misz-ella si Fiza order sampai 4 bekas dan bila ditanya jawapannya Orang-orang yang meletop macam Fiza haruslah makan yang malatops ni KC. Watever, asal kau bahagia daku pun gembira adikku tapi yang benornya, Cookies ni memang sedap gila. Kalau tak, takkan dia order sampai 4, kannn dan sejujurnya, this cookies is also in my favorite list. Ngap .. ngap daku makan. Perghhhh .. bertepek lemak.

Yang ni Chocolate Waka-Waka nama dia. Wahkauuu .. nama ke main 'world' eh. Biskut coklat rangup bulat ditepek sebelah gajus dan ditabur cornflakes.  Perghhhh ..  kategori mewah gak dia ni sebab tengok la gajus dia tu .. hamboiiii .. tak danya dia potong-potong .. ambik kau sebelah. Tahun ni kan, Biskut ni dah masuk dalam kategori antara yang paling ramai order sebab kerangupan dan kesedapannya. Yeahhhh .. mari kita Ber Waka-waka together. Hahaha.

Alahaiiii .. sedapnyaaa .. alahai .. comelnyaaa .. gilanya kat dia. Alahaiii .. nama dia. Nama dia memang Alahai ok. Memang nama dia camtu. Tu yang i dok repeat-repeat Alahai tu. Tehehehe. Yang ni best, dalam ada kuaci, badam cincang, coklat cip, nestum pastu dihias coklat masakan. Tengok la si Alahai ni .. macam-macam ada dia. Very the berbaloi membelinya, kan.

Blueberry Tart .. sapa la yang tak kenal, kan.  Satu kelebihan cookies-cookies yang dibuat oleh akak ini selain dari kesedapan rasanya ialah kekemasan hasil tangannya.  Kemas sangat cookies ni, siap ada coklat putih berselang-seli. Cantik dan sedap. Inti nya banyak dan padat. Bukak je bekas, hrmmmm .. semerbak aroma dia keluar. Walaupun demand Blueberry Tart ni tak sehebat Malatops, Chocolate Heaven,  Alahai dan Waka-Waka tapi not bad jugak la, ada peningkatan dibanding dengan tahun lepas.

Sebelah tu pulak ialah 2 Tone Tart.  Nama pelik tapi sebenarnya dia ni Spesis Tart Nenas. OK la, not bad rasa Tart dia. Yang Misz-ella kagum ialah kesabaran si pembuat cookies mengadun dua warna dalam satu acuan.  Kalau i, ala-ala ku tepek-tepek je la.  Ku tak cukup sabar. Hahaha.

Bubble Chocolate ~  Ini badam hiris, bubble rice, coklat hitam dan coklat putih tau, bukan Cornflakes.  Misz-ella peminat Kacang Badam.  So makan kacang badam bersalut coklat is a big heaven for me.  Rangup-rangup dan mengasyikkan. Sedaplah korang.  

Kesemua 7 jenis Cookies diatas adalah dibuat oleh Orang yang sama. Misz-ella tolong jual je.  Tak kesah la kalau dia kaya i tak kaya even i tolong dia, kan. Setiap sebalang cookies ni ada lebih dari 50 pcs dan dijual pada harga RM26 sahaja.  Murah, kan.  Ekceli akak ni buat berbelas-belas jenis Cookies tapi offkos la Misz-ella pilih yang od-good quality je.  Yang mewah, yang banyak bahan, yang meriah, yang sedap dan menawan ~ yang tu la pilihan i.  

Korang-korang-korang .. kalau nak orderkan, sila la e-mail Misz-ella kat kakchik_ella@yahoo.com ye.  Tempahan diorder sekarang dan ditutup pada hari pertama puasa.  This Akak is very strict.  Dia takkan layan sebarang order lebih masa.  Sebabkan, kalau ambik juga order last minit, bekalan bahan mentah pun dah tak da lagi, tenaga dan masa pun dah tak mencukupi so dia punya style memang kena order awal-awal.  So sila cepat-cepat sebelum terlambat.  Quality dan harga confirm marvellous punya lah. 




Last but not least, walaupun saya tolong jual 2 Tone Tart, saya tetap minat dan suka dan order Jem Tart Tina kawan saya sepertimana yang saya promot di sini tahun lepas.  Misz-ella suka sebab .. sebab .. sebab .. sebab Misz-ella sukalah!! Hahaha. Elelele .. jangan marah ye korang .. korang baca je entry lama tu ye. Kalau suka then boleh la order Cik Puan Tina kat no tu ye.  Cakap je Kakchik-ella rekomen.  In Sha Allah dia ok punya. 

OK dah-dah.  Cukup la kita berkongsi cerita Al-kisah Cookies Raya idaman hati yang malatops di rumahku tahun lepas.  Sapa nak order meh e-mail kita kat sini eh :- kakchik_ella@yahoo.com.  Got to go lah.  Have a great week frens. Bye.







7 comments:

  1. akk.kite sama lah.chocolate heaven ngan malatops tu mmg fav kami pon.sy mkn sebekas pon boleh.

    ReplyDelete
  2. salam kenal...sedap nampak cookies ni...

    ReplyDelete
  3. Malatops mmg meletup rasa dia, nyaris smlm dpt lg rasa

    Tima kasih kc tlg promo kan tart nenas glemer tu haha

    ReplyDelete