Pages - Menu

Good Morning Sunday

Hi. Good morning Sunday. This morning dancerobic class cancel so i slept and wake up like a Sleeping Beauty. lalalaala .. *hepi*

Seharian hari Sabtu di pejabat - I'm the first one who arrived and the last one who leave the office, luckily Jacq is with me, ensuring all lights are OFF and everything is OK before we log off. Phewwwww ... penat .. terutamanya tapak kaki .. al-maklum ler, berjam-jam Misz-ella berkasut tumit tinggi.

Sampai rumah pukul 7, rehat sekejap dan keluar balik after 9.  Hello orang-orang di rumah, sila bawa saya keluar untuk berterapi.  I need to re-charge my mind and energy. If others choose untuk tidur dan rehat sebab penat, i choose to keluar and hang-out with kesayangan.

Makan-makan, jalan-jalan dan minum kopi sebelum pulang ke rumah bila jarum jam hampir mencecah jam 2 pagi dan finally ... have a good quality sleep like a Sleeping Beauty.  But Sleeping Beauty bangun sebab kena kiss dengan Prince Charming, Misz-ella bangun sebab alarm S3. Fairy Tale zaman millenium gitu la, kan.

1st therapy - Dinner with family.  Dorang makan Nasi Goreng Kampung tapi i cuma Sup Sayur.  Then we go for walk-walk. Look see look see and we finish it with coffee menjelang jam 1 pagi. Perghhh .. heaven gila dapat minum kopi. I likeeeee sangat-sangat-sangat.

Pokok mangga depan rumah udah berbuah.  Pokok limau kasturi dah berjuntaian buahnya, 
Pokok pandan dah makin sehat .. sepertimana tuannya.

Moving forward to a new phase minggu depan. Masih banyak yang menunggu sentuhan jari-jari halusmu wahai Misz-ella.  Till then, berdoa lah agar kau terus kuat semangat.  Berdoa lah agar kau terus diberi sokongan untuk maju ke depan. Berdoa lah agar Allah SWT beri kelapangan fikiran dan ketabahan hati serta perjalanan hidup kau dirahmati.  Keep on moving with positive mind.  Mudah-mudahan Allah SWT permudahkan segala urusan.  In Sha Allah. Amin.

Have a good weekend friends.



Kita yang bertuah

Dalam sibuk-sibuk menyelia kerja-kerja menyusun atur kerusi meja, tiba-tiba Datin cakap 'Ella, our bisnes getting better and better, i think u ni bawak tuah la'.  Alhamdulillah. Rezeki itu rahsia Allah. Kita merancang, berusaha dan bekerja kuat, selebihnya itu ketentuan Dia. Remember, Allah is the owner of Kun Fa Ya Kun.  Tidak akan terjadi sesuatu perkara itu tanpa izin Dia.

Tetapi, andai itu takdirNya - ada yang terkena tempias atau 'luck' saya, itu tandanya Allah SWT memberkati hubungan kita.  I am very happy dapat menyumbang pada orang-orang yang saya sayang, directly or indirectly. And until now i still believe, andai kita ikhlas, membuat sesuatu tanpa terlalu memikirkan ganjaran dunia, In Sha Allah Allah beri rezeki kepada kita dan rezeki itu datang dengan berbagai cara. Ketenangan fikiran, kelapangan masa dan kegembiraan yang tak terluah dengan kata-kata.  Bagai hilang segala lelah bekerja keras bila mendengar kata-kata itu. Syukur Alhamdulillah


Kita yang bertuah - adakah kita sedari? 


Missing You Like Crazy

Rindu gila. The most rindu in the world i guess. Hahaha!! Over gila Misz-ella kalau bercerita, kan. Yup. Its very true. I miss you, you and you. Rindu mahu berkata-kata meluah rasa di blog kesayangan ini.

I can't access my blog for the past one week.  Jahat gila pokcik gugel tak bagi i masuk. Or perhaps its because of my SIII. Samsung ni memang Samseng lah! Keyboard meragam tak sudah!! And few days ago, jap-jap cik S ni ON. Jap-jap dia OFF. Geram punya pasal, hambik ko aku baling. But i throw it at the right place - atas carpet Encik CRV. I belum gila nak baling kat dinding ok .. tak sanggup daku mahu mengempiskan dompet. Hihihi

Muka penat, kann.

Yang ni penat lepas joget-joget. Baraaa baraa beree beree, Chumbia semana, Chocolate.
Do what you like and enjoy doing it - I can dance, dance and dance .. 2, 3 jam sehari. Pagi dan malam, cos i enjoy doing it. I can read the whole night, cos i enjoy reading. Percaya lah yang bila kita buat apa yang kita suka, In Sha Allah kita akan bertahan lama.

Pineapple Chicken Chop

Lamb Chop - Kerja tempat elit ni makanan nya sume berbintang-bintang, sumenya 2 angka. Setaraf la dengan gaji yang meletop tu, kan. So jangan komplen wahai Misz-ella.  Tengok kiri, tengok kanan dan bersyukur lah. Yang penting, bangga gila dapat menimba ilmu dari orang-orang yang berbeza. I have a set of Bosses (ex and existing) yang banyak berjasa in my life.  My journey with them has taught me a lesson yang sangat berharga, tidak boleh dijual beli. Thank you PM, NBW, TS, RBI, NAN, TTL and the rest. They are the wonderful people who has contributed in my life. Setiap boss punya karakter berbeza, punya cara tersendiri.  Saya sangat bertuah kerana berpeluang menjadikan mereka Mentor saya. Mentor ok .. bukan mentol. Sila baca dengan betul eh. Hihihi.

Roti sedap cicah sup. Sedap gila wa cakap lu.

Terjumpa kawan lama terus kena sound dengan dia - ko ni tak habis-habis melawa.  Muka al-selebet camni ko kata aku sokmo melawa? Meh pinjam cntct lens i buat penerang mata.
Hahaha.
Al-kisahnya, me and the geng was given a special task which has to be completed in 2 weeks.  Dengan masa yang singkat, dengan 'source'  yang terbatas, i gave 200% comittment to this project.  Mengumpul data di sini sana ... most of the H.O.D. being disturb by me.  I am sorry ... saya yang menjalankan perintah .. maaf kalau tuan/puan tak selesa dibuat oleh saya.  Walau sudah bertungkus lumus, still i ada rasa kecewa.  I believe if i was given more time i can do better.  Tak pe lah, kalau jodoh kita panjang, Do better tahun depan ye wahai Ella .. and now ..  we are approaching the final stage.  Mudah-mudahan Allah SWT permudahkan segala urusan.  Mudah-mudahan tiada halangan dan rintangan.  I want everyone to be hepi and Offkos .. especially me .. setelah jiwa dan raga aku serahkan pada projek ini.  In Sha Allah.

OK dah-dah-dah.  Cukup-cukup sudah.  Next time kita sambung cerita.  Terima Kasih baca. Esok-esok datang la baca lagi. Byeee.

Kebizian Melanda

Been busy lately.  Banyak 'special task' yang perlu diselesaikan segera. I involve with two big event - one end of August, one of October.  Terlalu banyak paperwork nak dibuat, terlalu banyak kerja yang perlukan perhatian segera.

Tapi tak pe, as long as we are happy with what we are doing, we will definitely will keep on moving.  I love my job, people around me who give me a helping hand, and my office. I have a nice boss, who always give encourangement, ideas and guidance, i have a very cooperative team and i love them.  Kalau ada sikit calar sini, sana, itu biasa la, kan.

OK readers.  I have to keep on moving with what i am doing.  But dont forget, i love my Blog and my readers who keep on coming visiting.  Terima kasih banyak-banyak.  Your support really make me smile.

Have a good day kawan-kawan.


Soalnya Hati

Soalnya hati 
yang selalu bikin orang keliru dan susah hati
Soalnya hati
yang jadi isu dalam hal ni

Hati kalau dah tak suka
Molek, cantik macamana pun tak da makna
Sebab hati dah tak boleh terima

Hati bila dah suka .. semua indah belaka
Hati kalau dah tawar bagai tak bergula .. yang manis jadi pahit, tawar dan hambar

Hati kalau dah suka
Semua kita tak berkira
Masa, wang, tenaga .. kita rela pejam mata

Semuanya bermula dari hati, kan?

*Jaga hati babe. God give you only one .. no sparepart. Love your heart, not hurt your heart* Semuanya atas diri kita, kan.





Corak Hidup Kita

Sedar atau tidak, kira yang corakkan hidup kita sebenarnya.  Nak jadi baik, jadi jahat, baik atau buruk semuanya atas kita.  Kita ada akal, gunakan akal pemberian Allah untuk berfikir sebaiknya.  

Ada orang yang memilih untuk bersedih saat sedih,  ada orang memilih untuk senyum dan tetap melangkah gagah walau hati gundah.  Pilihan di tangan kita, bukan dia.

Ada orang memilih untuk berimpian dan berusaha untuk menggapai impian.  Ada orang memilih untuk hanyut, leka dan hidup tanpa matlamat dan tiada impian.  Apa yang kau cari dalam hidup ini?

Ada orang memilih untuk melenting dan marah saat konflik menjengah.  Ada orang memilih untuk berdiam dan bermuhasabah.  Kenapa sesuatu perkara terjadi? Salah dia? Salah kita? Atau salah kedua-duanya?

Ada orang tidak mahu membuka minda, hanya memandang sesuatu perkara selorong sahaja.  Ada orang melihat sesuatu perkara dari sudut berbeza, mengupas sesuatu perkara sedalamnya dan akhirnya membuat keputusan menggunakan akal yang bijaksana, mengenepikan segala emosi dan rasa.

Lain orang lain cara.  Bergantung kepada tahap kematangan dan kekuatan mental seseorang itu sendiri dalam menangani konflik. Tahap kematangan dan kekuatan mental tak boleh dijual beli. Its priceless.

Dalam banyak-banyak perbandingan di atas, which one is you?


Raya Pertama Happening Gila!!

Hari Raya pertama yang happeningggg .. Nasi Tomato, Ayam Merah, Rendang Dendeng, Rendang Negeri Sembilan Cili Padi, Rendang Ayam, Kuah Kacang, Nasi Impit dan Lemang. 'Tummy' paling sengsara hari ini, macam-macam dia kena hadamkan.  Welcome lemak .. no diet-diet for today ok. Hari Raya lerrrr ..apa kelas ber dietan, kannn.

Satu hari di pagi raya ... Misz-ella 'recycle' baju dua tahun lepas sebab tak tempah baju raya sedondon dengan dorang berdua. Alolololo .. patutnya dis year tema kalerful, very the last minute dorang berdua tukar plan. Sib baik baju lama muat tapikannnn .. jenuh akak tahan nafas ok. Sian i!! Tehehehe ...

Sana sini orang panggil i Mem @ Datin sebab i duduk belakang.  Weeee .. i got 2 bodyguard infront ok .. KL-Segamat akak jap-jap duduk .. jap-jap baring.  Three seater seat i bolot sorang ... sungguh la gila kuasa!!  Dorang kata kan ..i dont look like 40. Dorang kata kan, i look like kakak Aiman. Wahhhh .. kembang i sekejap *makin ketat ler bajuuuuu ..* hihihi.



Kita sepupu lerrrr .. Lagi 5 tak da .. anak Alop dan anak Boi.  Tapi kauu .. yg 10 ni pun dah menggempakkan raya kami. Dengan karaokenya .. dengan bunga api mercunnya .. dengan main bolanya .. i told you .. my family very the happening!

Double celebration - Hari Raya Pertama dan birthday anak saya Aiman. Hepi birthday Aiman. Mama love you forever.  Segunung kasih selautan sayang hanya untuk Aiman, harta mama dunia akhirat.  No one loves you as much as i do. Kalau esok-esok Mama dah tak ada, baca balik entry-entry di blog mama ye. Aiman yang bertuah .. aiman yang dibesarkan dengan limpahan kasih sayang bukan sahaja dari mama tapi juga mak-mak sedara dan lain-lain ahli keluarga.  Kami yang bertuah .. kerana dilimpahi kasih sayang melimpah ruah. Alhamdulillah.

Tiap-tiap tahun we will celebrate birthday Aiman together, tahun lepas masa bulan puasa, tahun ni di hari raya.  It's a big surprise for him .. dia ingat everyone busy and wont remember his birthday .. Tq Ky and Ina who arranging the cake for me. Love you all lah.

Papa Ngah nak tumpang potong kek .. birthday Papa Ngah pun bulan 8. Weeeeee .. lagi ramai lagi best!!


Dia. Dia. Dia. Hari ni harijadi dia. Harijadi dia masa hari raya pertama.  Jom kita celebrate birthday dia sama-sama.


Next ... acara wajib tiap tahun - bermaaf-maafan. Tahun ni Angah lead. Kepada Kak Ngah, thanks for being a great kakak ipar for 20 years. We love you.  To Abg Pai and my sista Ky, terima kasih atas segala dorongan, nasihat dan tunjuk ajar. I terharu dan sangat bersyukur to have people like you all in my family *sobs* .. buat adikku Aishah yang beraya di Negara Cina, we miss kekecohan you. Buat mama dan abah di Teluk Intan, we will arrange a celebration with both of you. Apa pun, raya kami meriah gila!

Papa Ngahhhhh .. nak duit raya!!

'Datin' katanya .. KahKahKah!

Balik kampungggg ... o o o o  balik kampung ... o o o o balik kampungggg .. hati giranggg .. next destination ~ Segamat rumah Mama Ida, our Stepmom.

Yeahhhh .. tak sabar nak jumpa Mama Ida dan adik beradik sebelah sini. Walau Abah dah tak ada, kami masih sambung silaturrahim sesama kita. Kasih sayang tiada sempadan, walau mak tiri, kami tetap sayang dan hormat macam mak sendiri.


Bosan punya pasal, ambik gambar lagi dan lagi. Tehehehehe.

Riuh rendah rumah Mama Ida - mula-mula dorang main bola tepi rumah

Pastu main kat laman rumah. Omakaihhhh .. very the happening. Dengan orang tak putus-putus datang, 10 ekor ayam finished on the first day. Next morning nak repeat Ayam Merah 
no more oredi. Gitewww le meriahnya raya kami.  Misz-ella basuh pinggan sampai kecut jari .. habis lencun baju 'Datin' i. KahKahKah!

Misz-ella tidur awal. My brother Alop and family sampai dari Taiping pun i cuma salam and sambung tidur.  I'm so tired ... sok kita sembang eh.  Malam tu i tidur dalam bilik mama with Ika and Ky.  Aiman and father kat bilik bujang, famili Ky conquer hall tengah, famili Alop dan Angah kat hall depan.  Hampir 30 orang dalam 1 rumah, sib baik rumah Arwah Abah dan Mama Ida besar.  Sesuai sungguh untuk famili besar kami (11 beradik from different mother).  Alhamdulillah .. we are happy.  

Ok lah.  Got to go. Panjang lebar Entry kenangan raya pertama i,,kan. Tq baca ye. Selamat Hari Raya my dear readers. Bye.













Maafkan Saya. Selamat Hari Raya. Selamat Hari Jadi.

Maafkan saya - andai tulisan-tulisan di Blog ini mengguris hati. Maafkan saya andai kata-kata dan perbuatan menyakiti mereka-mereka yang saya kenali. Selamat Hari Raya.  Moga Raya ini lebih ceria dari tahun-tahun sebelumnya~Misz-ella & Family.

Juadah ringkas buat famili ~ pasni nak balik kampung Johor untuk beraya dengan keluarga di sana.

Wahai kasut cantik - Sila bawaku ke sana sini tanpa kaki ku kau sakiti. 

Biskut Sarang Semut dan Samperit - Kue raya Old Skool pilihan tahun ini.  Mak orang lama ok ... ngap .. ngap gue telan.

Aishhh .. dalam tak sedar, 3 pasang kasut raya i. Tehehehehe.

Selamat Hari Raya dan Selamat Hari Jadi Aiman. Mama love you forever-ever.  Love.Love.Love. 


Jiwa Lara

Hati sebenarnya sangat kacau, jiwa sarat menanggung lara.  Tiap kali raya, ini yang aku rasa.  3 tahun lepas, Arwah ayah pergi meninggalkan kami 3 hari sebelum Raya.  Bulan 11 tahun lepas arwah abah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.

Lepas Arwah ayah pergi, tiap kali pulang ke rumah Mertua, Misz-ella tetap rasa sepi walau dikelilingi keriuhan sanak saudara.  Ayah yang peramah, ayah yang penyayang, ayah yang menerima aku sebagai menantu seadanya.  Terima kasih atas kasih sayang Ayah, takkan Kak Long lupa sampai bila-bila.

Dan tahun ini, pertama kali beraya tanpa Arwah Abah.  Tiada lagi suara tua mendail no telefon kami.  Balik bila? Dah sampai mana? Pukul berapa nak sampai? Alop apa cerita? Terngiang-ngiang suara Abah dihujung telinga.  Abah yang penyayang, Abah yang mesra dan ramah dengan sesapa sahaja yang ditemuinya.

Moga Allah SWT merahmati Arwah Ayah dan Abah, dua insan istimewa dalam hidupku.  Amin.

Sapa pengemar kopi?
Kita geng.  Meh High 5. *pap*

Si comot yang penat .. tapi tetap bersemangat untuk minum kopi dengan kawan-kawan sambil hantar cookies - sokmo aku beraktiviti 2 in 1 gini dengan kawan. Raya dah dekat sangat dah. Selamat Hari Raya korang. 


Cik Sal dan Nisha

Helloooooo.  Good morning kawan-kawan.  Assalamualaikum.  Jumaat datang lagi.  Bila Jumaat semua orang berlagu riang.  Sebab esok cuti, kan. Lalalalala *happy mode activated*

By the way, 2 orang Blogreader Misz-ella iaitu Nisha dan Cik Sal can both of you please e-mail me? Mau peluk cium hujung minggu sambil hantar cookies raya kat you. Waaaaaa .. dah raya kita minggu depan ye? Pejam celik , blink-blink mata dah sampai hari raya. Weeeee .. tak sabar dah ni.  Ececece kau ni Ella .. jangan over!!

One day in bulan Ramadhan - Beef Steak, Lamb Chop, Herbs Chicken and Mr. Salmon - yummy!!! Mekaseh Tkg Belanja.  Small thing, big meaning.

Cokodok Labu jiran sebelah bagi.  Satu mulut kau, dua mulut aku, dua mulut kau, 3 mulut aku.  Gitu la lebih kurang kita makan sama-sama. Tehehehehe.

Buat korang-korang yang membaca Entry saya - Hadapi Dengan Senyuman.  TQ. TQ. TQ - for being my blog reader. Cayang sorang-sorang ketat-ketat.

Masak is my favorite and one of my therapy. Penat macamana pun kalau boleh mau masak  jugak.  Main masak-masak bestlah!

OK dah .  Got to go.  Have a Good Wiken Fren. Jaga diri. Bye.