Lepas Arwah ayah pergi, tiap kali pulang ke rumah Mertua, Misz-ella tetap rasa sepi walau dikelilingi keriuhan sanak saudara. Ayah yang peramah, ayah yang penyayang, ayah yang menerima aku sebagai menantu seadanya. Terima kasih atas kasih sayang Ayah, takkan Kak Long lupa sampai bila-bila.
Dan tahun ini, pertama kali beraya tanpa Arwah Abah. Tiada lagi suara tua mendail no telefon kami. Balik bila? Dah sampai mana? Pukul berapa nak sampai? Alop apa cerita? Terngiang-ngiang suara Abah dihujung telinga. Abah yang penyayang, Abah yang mesra dan ramah dengan sesapa sahaja yang ditemuinya.
Moga Allah SWT merahmati Arwah Ayah dan Abah, dua insan istimewa dalam hidupku. Amin.
Sapa pengemar kopi?
Kita geng. Meh High 5. *pap*
Si comot yang penat .. tapi tetap bersemangat untuk minum kopi dengan kawan-kawan sambil hantar cookies - sokmo aku beraktiviti 2 in 1 gini dengan kawan. Raya dah dekat sangat dah. Selamat Hari Raya korang.
No comments:
Post a Comment