Tadi jumpa seseorang. Seseorang yang banyak mendidik Misz-ella dengan penuh sabar dan kasih sayang. Tq for the wonderful years together. Selagi hayat dikandung badan .. budi yang baik akan dikenang sampai bila-bila.
Masa ni teringat Arwah Abah. Masa hidupnya Arwah seorang yang sentiasa menyenangkan orang sekelilingnya. Tak apa .. boleh .. boleh .. ok .. antara ayat yang sentiasa Abah tuturkan. Abah disenangi, disayangi. Abah mengamalkan konsep mudah lagi memudahkan dalam hidupnya dan sehingga lah Arwah menghembuskan nafas terakhir hingga sempurnanya Arwah ke liang lahad, segalanya dipermudahkan Allah SWT.
Apa yang kau amalkan itu lah balasan ~ janji Allah SWT pada kita.
Lunch session with my girlfriend Jacq. Delicious sangat mahal tapi makanan sangat sedap so kita pejam mata bila bil sampai. You stress so treat yourself with whatever you want lah .. pandai la kau Jacq. Bulan lepas aku spend dekat 400 for 2 pcs of baju sebab aku stress kau tau .. asal stress je sopink .. asal stress je sopink .. kempis sokmo dompet i kalo gini. The fact is .. getting what you like and want is the best, right. So .. redhakan sahaja bila dompet kau kembung sekejap je tapi kempisnya lama. Hihihi.
Jacqueline macam kakak .. beza 3 tahun je kita. She has her own way .. i have mine but we are very 'ngam'. Dalam satu hubungan, chemistry sangat penting. And respect. I love to be with her and she will laugh sampai keluar air mata when she's with me. I am a selamba joker .. the hidden character inside me and that joke buat selected person only. Tapi kan ... being gifted with that special gift makes me always have a mix feeling. Certain people just nak aku ada untuk melengkapkan hidup dia dan buat dia rasa gembira but they forgot about me. Life is two way traffic, remember? Tapi baiknya .. bahagia itu datang dengan bermacam cara. Allah SWT tu adil .. kurang disini .. dia lebihkan di sana.
Masa berlalu .. manusia makin hilang 'value'. Selfish, tamak haloba .. itu biasa zaman sekarang ni. Terlalu kejar dunia sampai lupa nilai-nilai insaniah dan kasih sayang sesama kita. Sedihlah.
ALLAH TURUNKAN CINTA DARI SYURGA. PUPUK LAH CINTA. SEMOGA MEMBAWA KITA KE JANNAHNYA ~ Isma-adeliya.
Kaki novel sila Blogwalking ke blog dia. Saat Kau Lafazkan dah sampai Bab 31. Sila layan.
No comments:
Post a Comment