Pages - Menu

Kita Bakar ..

Hari Sabtu Malam Minggu - Seharian dirumah .. terasa malas sangat nak keluar tapi bila Encikk Asben cakap Jom makan Ikan Bakar .. Kat mana? Kuala Selangor. JOM. Lets bersiap sedia semua ye and be here in 20 minutes. Ececece .. macam ramai sangatlah umat dalam rumah padahal 3 kerat je punnn ...hihhihi


So .. cepat-cepat siap sebab jam sudah menunjukkan jam 6 petang. Alololo ..tak sempat i nak menghayati bunyi ombak. Nape la lambat sangat ekau seru daku wahai Encik suami? Pantai Jeram Kuala Selangor ni kan, paling best sampai sana dalam pukul 6 petang. Boleh la kita lepak sorang-sorang mengadap pantai menghayati deruan ombak sambil berkhayal dan tengok matahari terbenam. Perghhhh .. best siot terapi sorang-sorang camni. Tetapi impian tak tercapai sebab sampai sana matahari udah terbenam maka makan sahajalah agenda kita. Cissss .. next time ask me earlier okey?

Kat Pantai Jeram, Kuala Selangor ada dua Restoran Seafood besar - Aroma Ikan Bakar dan Medan Ikan Bakar. Both i tried but sejujurnya .. dua-dua pun i dont like. Tapi memandangkan i suka lepak tepi pantai dan Pantai Jeram paling dekat dengan rumah, maka disini lah selalu tempat kami makan bakar-bakar kegemaran famili.

Both restaurant are full. Kat Aroma lagi dasyat .. beratur nak milih ikan punya la panjang .. kat Medan Ikan Bakar berbas-bas ahli rombongan. Hai la rakyat Malaysia .. bab makan best mana ceruk pun korang sanggup ye .. beratur panjang berjela pun korang OK ye. Betul-betul kita Raikan Kehidupan dengan Makanan, kan.


Last kita pergi yang betul-betul mengadap pantai .. Selera Ikan Bakar nama tempatnya.  Tempat nya biasa .. menunya cuma bakar-bakar dan gorengan sahaja. Means mee goreng, mee sup or whatsoever and ikan bakar, sotong bakar, kerang bakar, ketam or udang bakar sahaja. Lain-lain tak da. No hal .. sebab asal tujuan memang mahu makan bakar-bakar. Ikan Pari Misz-ella chosed untuk Aiman because i know he likes Pari so much. 

Kerang bakar sudah RM8 sepinggan .. tahun lepas baru RM5. Harga sungguh  mencekik! Masa ni teringat Arwah FIL .. masa hidupnya kerja sebagai Nelayan tangkap kerang .. sekali naik dari laut seguni dia bawak balik. Sedap, manis lagi fresh sebab dia tangkap sendiri. Korang bayangkan eh .. tiram tu diaorang bawak balik dari laut, kopek lepas tu buat rencah bihun goreng je .. sotong fresh buat rencah bihun goreng letak sekor-sekor .. tak yah potong. Punya lah mewah makanan laut. Ishh .. rindu arwah Ayah.  Moga Arwah Ayah ditempatkan dikalangan Para Syuhada. Amin.

Suka makan .. tapi tak suka kopek kerang. So Encik Suami yang budiman telah mengopek kan kerang untuk anak dan bini yang tak sabar-sabar nak makan ni. Kauuuu .. laki aku terror kopek kerang .. dia guna dua jari je kauu .. ce kalau aku yang kopek .. terkial-kial oke .. hehehe.


This is Ikan Gerut. Teringat kenangan makan Ikan Gerut di Pulau Pangkor bertahun dulu. Seekor ikan gerut bakar saiz camni RM38 .. flat rate. Take it or leave it. Masa tu cuti CNY. Dah duk tengah pulau tu redha sahajalah dengan reganya ye. Masa ni la peniaga-peniaga nak tekan harga. Phewwwww .. 

All in .. all in .. we enjoy the food.  Even kedainya tak lawa dan se gah si Aroma Ikan Bakar tapi kualiti makan tersangatlah sedap. Ikan fresh .. perapannya sedap dan paling best .. air asamnya terasa semua sampai i rasa macam nak 'tapau' kuahnya je tapi kan ... Auwwwww ..malu la pulak. Tehehehe.

Lepas makan kita pun balik.  Dalam perjalanan kita divert the route to somewhere else dan terus bersukaria dan sampai rumah pukul 1:40 pagi. WaWaWa .. berpeleseran dari petang ke malam ke tengah malam sampai la ke esok pagi. 

Perghhh .. penat. OK dah takmo story lagi. Selamat Hari Isnin kawan-kawan. Pagi yang sejuk dan dingin buat Misz-ella rasa nak sambung tidur guling-guling. Syokk oo .. tapi harus bangun sebab ada banyak tuntutan duniawi yang perlu dipenuhi. Nak gi buat keja dah. Mekaseh baca repekan saya. Bye.



11 comments:

  1. Ish ish...

    nampak sedap bangat nih... :)

    ReplyDelete
  2. aummm~~~!!! besor terbentang seafood punye pic ni. sikit lagi nak gigit skrin!

    ReplyDelete
  3. Ish....bolehlah try next time ni KC. Kat belah ni ni KC? Kat area2 aroma gak ke? Klu sng cri, nxt time ley try....

    ReplyDelete
  4. Alaa... Nak jugakk..

    Ayah saya dulu peraih ikan.. Dapatla ikan segar..sekarang da pencen..

    ReplyDelete
  5. Alaa... Nak jugakk..

    Ayah saya dulu peraih ikan.. Dapatla ikan segar..sekarang da pencen..

    ReplyDelete
  6. suka juga makan keran KC...tapi kena kopek sendiri hehehe

    ReplyDelete
  7. Salam KC apa khabar?..lamanya tak singgah sini, sy paling suka makan bakar2 ni ialah sotong..pergh taktau nk habaq sedap n terlioqnya..emmh.

    ReplyDelete