Hai. Tetiba terpanggil nak tulis tentang bahagia sebab tadi berborak dengan kawan tentang Subjek ni.
Misz-ella pernah cakap, Bahagia itu datang dengan berbagai cara. Ada disekeliling kita kalau kita tau manfaatkannya. Allah swt bagi rezeki dengan berbagai cara .. kesihatan yang baik, rezeki yang murah, urusan-urusan duniawi yang lancar dan dipermudah dan paling penting ketenangan jiwa dan percayalah bahawa ketenangan jiwa itu lahir dari emosi yang kita kawal sendiri.
Kalau emosi tak terkawal, asyik nak marah, asyik nak cemburu, irihati dan berdengki, serba serbi tak kena .. bila nak tenang dan bahagianya? Bahagia itu sebenarnya datang dari dalaman kita, kan?
Persekitaran/surrounding juga menyumbang kepada rasa bahagia. Dikelilingi orang-orang yang menyayangi, memahami dan menghargai, yang selalu buat kita hepi akan sentiasa buat kita gembira dan bahagia.
Amalkan lah sikap mudah dan memudahkan. Jangan disulitkan. Bila kita mudahkan urusan sesama manusia, In Sha Allah Allah akan permudahkan urusan kita. Bila semuanya mudah, indah, bukankah BAHAGIA hidup kita? Life is easy .. Dont make it complicated. I will definitely go to those who makes me feel 'bahagia' instead of orang-orang yang buat i sakit hati dan kepala. I avoid hurt as much as i can cos i love my heart very much. I take care of my own heart so that my feel and mood is always happy and lovely. Hati yang sakit melahirkan emosi yang tidak baik dan menjauhkan bahagia dari hidup kita dengan sendirinya. Nampak tak? Nampak tak korang yang bahagia itu ada di mana-mana terutama nya dalam diri kita sendiri sebenarnya? Tinggal lagi kita kena tau mencari dan memanfaatkannya. Its priceless. Tidak terbayar dengan wang ringgit hatta harta setinggi langit kalau kau ada.
Senang cerita .. Do things that makes you happy and enjoy doing it. Berdampinglah dengan orang yang buat kita rasa bahagia dan bukan sakit kepala. Dalam ayat yang lebih mudah, kalau kita rasa keluar dengan dia, berkawan dengan dia, berborak dengan dia buat kita rasa gembira dan bahagia, pergi kepada dia. Kalau kita rasa berdamping dengan dia buat emosi kita sengsara, avoid lah dia. Take care of your own heart. Jaga hati kita sendiri. I practised that in life. Kalau tak boleh avoid, lapangkan lah hati dan dada .. berdepanlah dengan mereka dengan 'tak ada rasa' .. so that tak terganggu emosi kita bila terpaksa berdepan dengan mereka. Hurmmmm .. camtu la Misz-ella jawab pertanyaan kawan Misz-ella tadi.
Dua tiga hari ni kan, memang Misz-ella tak buat apa-apa .. hanya spend quality time with kesayangan. Makan, borak, minum, gelak, tengok movie .. padahal i have big paperwork, big calculation to do. Hurmmm tu la kau, dah penat memaksimumkan kederat badan, lepas tu bermalas-malasan. Nasib baik well taken care by kesayangan. Tak yah keja, tak yah fikir makan, tak yah drive .. Nak Kopi? Nak tu? Nak ni? sume disediakan. Olala .. i suddenly feel like Mem Besar tapi tak lama. Tak boleh rest lama-lama sebab lepas ni nak terbang tinggi-tinggi dan sebelum terbang kena prepare paperwork terlebih dahulu. OK lah. Nak gi chekidaut something else. Harini kena drive sendiri as my kesayangan is busy. Bye.
heaven tau kalo dpt lepak-lepak dgn yg tersyg..rasa relax-realx santai gitu..
ReplyDeletebaguslah. dah ada kesanyangan yang taken care semua skali. kalau camtu tak yahlah kerja, jadi MEM besar aje
ReplyDeleteTerima kasih KC atas nasihat tentang bahagia tu..saya pun nak bahagiakan hati sendiri juga..letih mengharap orang membahagiakan hati kita huhu
ReplyDelete