Selama menghilangnya MH 370, selama itu lah Misz-ella menyepi.
Sedih. Susah hati. Hari-hari keep on praying agar MH 370 kembali. Ada masanya sampai terbawak ke dalam mimpi.
Khabar terkini .. MH 370 lokasi terakhirnya adalah di Lautan Hindi, kawasan paling sukar, paling sunyi, paling digeruni.
Satelit Inmarsat mengesan kewujudan pesawat di situ. Data-data telah dihantar kepada Kerajaan kita pada 12/3/2014, empat hari selepas kejadian.
Lokasi terakhir dikenalpasti .. maka pencarian di lokasi terakhir ini dimulakan. Sehingga kini, jangankan mangsa, cebisan pesawat pun masih belum ditemui.
Jauh di sudut hati, Misz-ella masih mengharapkan keajaiban. Mahukan MH 370 kembali ke pangkuan. Pulang membersihkan nama yang dicemari dan menjawab semua spekulasi. Terlalu tinggikah harapan dan impian Misz-ella?
Kun Fa Ya Kun itu milik Allah swt. Dialah tuan punya segala-galanya. Kalau Dia tidak berkehendak, maka ia takkan terjadi. Maka Misz-ella takkan berhenti berdoa. Selagi tiada penemuan, selagi itu masih ada harapan. Moga ahli-ahli keluarga yang terlibat tabah menghadapi dugaan. Amin.
sekurang kurangnya biarlah diketahui apa yang menimpa mereka..
ReplyDeletebetul sangat...sebab mcm jauh sangat ke Lautan Hindi tu kan
ReplyDeletesalam KC,
ReplyDeleteakak pun sama mengharapkan keajaiban berlaku..
in sha Allah..semoga usaha pencarian dipermudahkan
ReplyDelete:(
ReplyDeleteDone follow ur blog :) #2001 Fell free to follow my blog okies awksweetgitu.blogspot.com
ReplyDeleteme to mengharapkan yg versi ada keajaiban berlaku...moga terbuka yg terhijab...so sad... (~_~)
ReplyDeleteMengharapkan keajaiban walaupun ianya sangat tipis..
ReplyDeleteSabar ye KakCik