Bangun pagi feeling fresh, excited and happy. Our second day in Kashmir .. harini kami akan pergi ke kawasan pergunungan bersalji .. tempat shooting filem-filem Hindi .. tempat orang main snow ski. Yeayy!! Only 53km from Srinagar city .. lebih kurang satu setengah jam perjalanan. Maka kami pun memulakan perjalanan berbekalkan Winter Coat yang tebal. Yeayyy!! Harini akak and the gang nak main snow dan buat snowman. Teruja sangattttt ..
Ini belah bawah .. belum naik atas lagi.
Fahad our Tour Guide. One thing la kan, Fahad ni sangat penyabar melayan karenah 6 orang wanita yang very demanding ni. Fahad kata 15 minit .. kami 'spend' 30 minutes ... Fahad kata jangan lama-lama .. kami pulak bila dapat bergambar macam orang tak sedar diri la pulak ye. Tehehehe.
With Fahad around us .. everything is easy. He will try his best untuk dapatkan apa yang kita nak.
Sapa yang tak larat berjalan atas snow boleh la dapatkan servis ni. Tapi kan .. rasanya tak sampai hati la Misz-ella nak duduk atas tu dan suruh dorang tarik. I berat ok .. kesian kat dorang nanti.
WOWWW!!
Nak naik ke puncak Gunung Aparwath harus menaiki Gondola. Yeayyy!! Queue dengan sabar ..
Pemandangan dari dalam Gondola
Touch down at first station. Kat sini kena tukar Gondola lain untuk terus ke puncak. Apa kelas duk belah bawah .. maka perjalanan diteruskan hingga ke atas.
Merenung gunung salji .. Kak Zu dan Ayang adalah my ex-officemate. We planned this trip since i belum resign lagi .. means sebelum bulan Februari tahun lepas. Dah lama, kan. Bersikit-sikit kami merancang 'finance' kami .. Bulan 9 tahun lepas book flight ke Delhi .. lepas tu bayar duit flight ke Kashmir .. lepas tu simpan duit Trip. Al-maklumlah .. kami ni hanya golongan marhaen .. idok le mampu hari ni sembang-sembang esok lusa or sebulan dua lagi kita terbang. No. No. No. Belum mampu lagi nak buat camtu. But again .. this Trip is not that very expensive. Still affordable. Nak tau berapa? Stay with me cos i'm gonna wrap up Kashmir's entry with more and more details. But not now .. ini baru hari ke dua .. ada 3 hari di Bumi Kashmir ni. So lets get excited dulu ye my dear readers.
Eksyen gila si Ella tu pakai glove sebelah je .. mana taknya .. telefon i touch screen. Once all covered guano kawe nok ambik gambar? So sebelah tangan saja memadailah. Tapi kauuuu .. sejuk yang teramatlah di sini.
Mari berangan
SubhanaAllah. This is B.E.A.U.T.I.F.U.L. Cantiknya ciptaan Allah SWT. The weather is so clear .. matahari tersenyum cantik menyambut kedatangan kami .. maka puncak gunung terserlah tanpa malu menunjukkan rupa kepada kami semua tanpa segan silu. Alhamdullilah. Feel blessed to witnessed the beautiful creations of Allah SWT. Semua yang ada di muka bumi ini milik Dia. Kun Fa Ya Kun itu milik Dia .. maka terjadilah gunung yang cantik dan indah ini atas kehendakNya. Dan saya rasa sangat bertuah .. kerana gunung cantik ini milik Kashmir.
Kashmir sebuah Wilayah Islam di Benua Utara India. 95% penduduknya beragama Islam. Ungkapan Assalamualaikum sentiasa dibibir mereka .. menyapa sesiapa sahaja. Beruntungnya rakyat Kashmir Allah SWT anugerahkan muka bumi yang sungguh cantik, tenang dan indah. Negara Barat tak yah la eksyen sangat .. We have Kashmir and proud of it. Alhamdulillah. Moga Kashmir terpelihara dengan keislaman dan mengekalkan tradisi serta identitinya sampai bila-bila. Amin.
Feel like skiing tapi tak da partner. Ayang tak nak la akak .. nanti basah baju. Kak Zue memang takkan lah .. i know her. Zura ada masalah sedikit sesak nafas. Almaklumlah .. Mount Aparwath height is 14,000 above sea level .. hampir menyamai ketinggian Mont Blanc di Europe. Oxygen level is low dan sangat kurang di tempat tinggi. So if you have this problem .. cari peluang untuk berehat, bertenang dan cuba bernafas seperti biasa. Buat yang tak da masalah macam kami .. lets continue bergedik-gedik.
Bila cahaya matahari menyinar di atas salji .. itu sangat menyilaukan pandangan mata ini. Please bring your Sunglass or you end up have to buy one like me. Tq Fahad for helping.
Berguling-guling kitorang atas salji .. Kejap camtu .. kejap camni .. dah macam shotting filem Korea pulak i rasa. Tehehe.
La La La La .. Feeling ala-ala Shah Rukh Khan dan Kajol dalam filem Dilwale Dhunia Le Jayengge. Perghhhh .. best siot!!
Let me tell you this, it is easy to walk on the Snow then walking on the ice. Ice licin .. kalau jatuh sakit. Atas snow susah nak jatuh sebab asal pijak je kaki terbenam masuk dalam. So dont scared with the snow ok .. just walk and enjoy.
One Two Boooommmm .. Yeahhh this is fun!!
Kumpul-kumpul-kumpul .. dan zaasssss .. ambik kau
Yeahhhh .. lagi .. lagi .. dan lagi .. betul-betul mandi salji kami berdua ni.
Dan keriangan pun berterusan .. The snow battle Misz-ella vs Ayang. No one win or lose .. yang ada hanya Fun, Fun & Fun. We had a great time .. spending quality time together here.
Now is the best time to test your shoes .. says Fahad. Tq Clarks. Waterproof. Tahan lasak. Ke Tanah Tinggi Cameron sudah .. ke tepi pantai Sabah sudah dan sekarang .. ke Gunung Aparwath di Kashmir kasut ni menapak. Tak sia-sia membayar harga tinggi .. tapi yang ni cuma RM80 sahaja .. my Darling Fita bought it for me all the way from London and she gave me Free.
Our Snowball .. buat tersayang yang ditinggalkan di Malaysia. Gambor pun jadi la ye.
Ini tradisi. Baik di tepi pantai mahupun di Gunung Salji .. i tetap mahu tulis nama disini. Soon .. bila matahari makin garang menunjukkan belang .. ais-ais dan salji akan mencair dan nama Misz-ella akan turut sama membasahi segenap ruang jalan di Gulmarg ini.
OK .. masa ni dah turun bawah. Time for lunch.
Wuuuuuu .. Salji sungguh tebal disini
Sini tempat kita lunch. According to Fahad, this is a very exclusive place .. jarang pelancong berpeluang makan disini. Hanya VVIP dan orang tertentu sahaja yang lunch disini. Thanks Fahad for the wonderful arrangement dan kerana keterujaan yang melampau .. satu gambar makanan pun nan ado dalam handphone i. Perghhhh .. Frust. Frust. Frust.
Oopsss ada satu .. gambar tuang air panas. Teringat layanan istimewa disini .. nak basuh tangan lepas makan kami pun pergilah ke sinki. Maka datanglah para pekerja membawa jug-jug air panas untuk tangan kami dicuci. Alahaiii .. so sweet the treatment. Thanks. Thanks. Thanks. Syukriah.
SubahanAllah .. sungguh cantik pemandangan di Bumi Kashmir. From any parts of the city you can see a mountain cos its Oval in shape. Bentuk mukabumi Kashmir adalah bujur .. maka gunung ganang kelihatan di setiap ceruk dan pelusuk kita berada.
Remang senja di Dal Lake. Cantik, kan .. kelihatan shikara-shikara beriringan ke destinasi masing-masing. Satu pemandangan yang sangat indah dan menenangkan perasaan. Ohhhmyyyy .. I fall in love again and again with Kashmir.
Actually we planned to see the sunset tapi sayang .. tak sempat. Tak pe lah .. not our rezeki maybe.
Shopping timeeee .. pandai-pandai la menawar ye. Jangan terkena macam Misz-ella .. lepas sehari jumpa Pashmina yang sama lebih murah di Bandar. Hurmmmmm .. By the way, Kashmir is famous with its high quality Pashmina, high quality carpets and gemstone.
Dalam perjalanan balik, Shikara kami didatangi sebuah shikara lain menjual Satay Ikan. Lalu Misz-ella pun membeli. Sedap. Sangat sedap .. Misz-ella makan dengan kawan-kawan.
Tadaaaa .. begitulah rupa kedai-kedai tempat kami shopping sepanjang Dal Lake. OK dah. Sudah tersangat malam by the time kami sampai ke Gulistan Palace maka Akhbar pun menghidangkan makanan yang tersangatlah menggoda "tummy". Untung kau "tummy" .. duk sini asyik dimanja dengan makanan sedap sahaja.
Malam ini adalah malam terakhir kami di sini .. untuk 3 malam berikutnya, kami bakal tinggal di Hotel Ibni Kabeer di tengah-tengah bandar. So sad. Sungguh sedih mahu berpisah. Thank you Gulistan Palace. Thank you Akhbar and the staff. Thank you Ashraff the owner of Gulistan Palace. We would definitely miss the moments we spend here. I will write a detail review on Gulistan Palace later ye. At the moment, i want you to understand and enjoy Gulmarg as much as i do. Thanks for reading. Bye.
subhanallah
ReplyDeletecantiknya pemandangan salji tu kc
tak terbayang sejuknya sebab kiri kanan ais
mmg cantik sangat² kak....bestnyaaaa.....
ReplyDeleteSalam....subhanallah, cantiknya bumi tuhan....
ReplyDeleteya allah seronok giler nyer kak!!!
ReplyDeletesiyes sgt besh!!! nanti nak tgk budget KC spent berapa utk cuti2 Kashmir ni :) mana tahu ada rezeki i utk ke sana one day :) kena gigih menabung gitu :)
ReplyDeleteWah bestnyer... Jeles teramat. Hari tu tak sempat pergi sini. Rasa macam rugi plak. So mesti pergi lepas nie. Hehhee... Kalau akak ade buat complete itinerary, nt share yer. :)
ReplyDeletekc bestnya, siap buat olaf frozen lg ye
ReplyDeletepsst tak tau kc g sana nak kirim fridge magnet, kain ada beli extra tak untuk jual
terujanya tengok KC and friends
ReplyDeleteCantik sgttt....seronoknya dapt bersalji-saljian yer KC..
ReplyDeleteNak tgk KC cerita perihal kos ...mampu ker tidak nak kesini...
Sangat menarik...kena pujuk Abe Mat ke Kashmir ni.
ReplyDeleteBaca kat blog Kak Yan baca bloc KC hati mahu menagis...cantiknyaaaaa...
ReplyDeletesuka entry2 kashmmir ni...gambar2 kakcik semua cantik2..entah bila la SA boleh lepas ke sini...
ReplyDeletemesti cantik2 pashmina nyer. eka suka pashmina
ReplyDelete