Pages - Menu

Kashmir Day 4 - Heritage Mughal Garden Nishat, Tulips Garden, Masjid Jamia Shopping, Lunch and Tea

Day 4 in Kashmir .. bangun pagi bukan lagi dari Houseboat Gulistan Palace yang luxury tapi dari Hotel Ibni Kabeer di tengah bandar Srinagar. OK la Hotel dia .. budget hotel yang besar dan selesa.  Tidur malam ada 'hot blanket' tapi 'water heater' ada masa-masa tertentu je. But dont worry .. tak berpeluh pun duduk di Bumi Kashmir time-time sejuk ni. Tak mandi pun tak da yang perasan!! Hahaha.

Di Kashmir breakfast hanya Toast with butter and jam, Paratha, Capati, Omeletee and Masala Tea. Nak others boleh special made but as usual, its chargeable.


Today is Friday. This morning, we visited taman-taman indah sekitar Srinagar City and one of them is Heritage Mughal Garden Nishat .. sebuah taman yang dibina sejak zaman pemerintahan Moghul lagi  and it is under UNESCO World Heritage Centre.  Fahad says you have seen many beautiful things in Kashmir so maybe Mughal Garden ni tak ada apa-apa untuk u tapi tak jugak .. we all tetap terpesona dengan keindahan taman Mughal ni so kejadian 'picturing each other' pun berlaku disini.

Zabarwan Mountains behind me is the backdrop of Mughal Garden. Mughal Garden Nishat or Nishat Bagh in Hindustani means "Garden of Joy". Design and built in 1633 by Asif Khan, the Father in Law of Emperor Shah Jahan. Upon completion, Shah Jahan tak putus-putus memuji kecantikan taman ini, hoping that his FIL will give this beautiful garden to him tapi sayang tak da respon. So Shah Jahan yang kecewa telah memutuskan bekalan air ke taman ini. Nak tau kisah seterusnya? Lets ask Wikipedia, ok.  One thing la kan, i terpesona dengan Kisah kebangkitan Islam di India dari zaman pemerintahan Shah Jahan lagi.  Banyak yang kita tak tau .. biasala .. media Barat mana nak cerita tentang kebangkitan Islam and we only find the real facts when we were here .. di Agra bertemankan the beautiful Taj Mahal dan di Kashmir yang masih mengekalkan identiti keIslamannya di sini sehingga ke hari ini.

Kalau latar belakang taman ini adalah Zabarwan Mountain, pandangan hadapan pula adalah Dal Lake yang sangat cantik.



The Spring has arrived .. the flowers are booming.  The best time to visit Kashmir is during Spring and early Summer .. boleh la berpiknik tepi tasik macam kitorang.  Tapi kuasa Allah SWT ..  tahun ini Spring delayed and just arrived when we touched down in Kashmir dan dalam waktu yang sama masih ada 'snow' di tempat tinggi. Dapat merasa kesejukan salji dan berpanas dingin di tepi tasik bertemankan panorama yang indah.  I think the timing its just perfect for us.

The design of Mughal Garden built by the Mughals is the Persian style of architecture.  Tamannya bertingkat-tingkat. Cantik. Sangat cantik.

Aku kah iteww? HewHewHew .. balik-balik muka mak, kan. Nak buat camana dah tentu ni Blog Misz-ella. Takkan nak letak picture orang tak da kena mengena, kang i kena saman, kan. Tehehehe.



Entah kenapa .. sepanjang di Mughal Garden ni, I feel assive Mughal is with me .. calling me .. seolah-olah berada di zaman pemerintahan Islam dimana rakyatnya hidup tenang dan damai .. meresap di jiwa saat Sejarah dibaca kepada kita. Kashmir memang ada aura lah. Ouchhhh .. jatuh cinta lagi!


Ayang saw the photography corner at the Garden and ask .. Kak Ella kenapa kita tak ambik gambar pakai baju tu? Ayang gi mana-mana pun ambik gambar dengan baju tradisional tempat tu tau. Ok Jommmm .. and its only 100 Rupee per piece untuk sewa baju, printed photos and posing-posing. 100 Rupee to RM5.50 je duit kita. Murah la sangat. Meh kasi i 5 pieces.  

La La La La .. Feeling Moghul's la time ni. Tapi tak ori .. sohih i ni Moghul celop!! Haha.

Selfie. One for me, quarter body.

Time to leave. Kalau lah ada kesempatan .. alangkah bestnya kalau Misz-ella dapat berseorangan di Taman cantik ini menghayati keindahan alam dengan cara tersendiri. Baru 'feel' babe.

Frens, please google Heritage Mughal Garden Nishat for more beautiful pictures.  Gambar masa 'Summer' lawa babe.

Next destination is Indira Gandhi Memorial Tulip Garden di tengah-tengah Srinagar city. Photo taken from Kak Yan's FB.  Saya ambik sekepin buh sini ye kak.




Indira Gandhi Memorial Tulips Garden in Srinagar is the largest Tulips garden in Asia dengan keluasan sebanyak 12 hektar.  The main focus is to boost the tourism attraction in Kashmir.  Tok yah gi Holland tengok Tulips deh .. sini pun da ok. Cantik. Cooling. Breezing. 
Since Spring has just arrived, Tulips belum betul-betul berkembang tapi tetap kami bersyukur dan Alhamdulillah .. rezeki kami untuk melihat Tulip yang cantik hanya setakat ini.  Atau adakah itu tandanya kena datang lagi? Tehehehe.

 Yeah i know .. This purple tulips is definitely nicer and prettier than me.  Lawa gila. Berebut orang nak ambik gambar kat spot ni.

Bukan sebarang 'pose' ala Hindustani tapi nak protect my face from direct sunlight actually. Cantik, kannn. Bayangkan bila semua dah berkembang nanti .. 



Ok for this morning activities hanya kami berempat sahaja. Zura dan Eli tak turut serta.  Eli diserang gastrik teruk dan Zura decided to stay in the room to take care of her.  She was brought to the clinic early morning Alhamduilillah .. orang di Kashmir baik-baik and they are ever ready to help at any time we need.  Syukriah. Syukriah.



Look ... 'Mountains' everywhere cos as i told earlier .. bentuk mukabumi Kashmir is oval in shape .. maka gunung ganang akan kelihatan di mana sahaja kita berada.  Subhanallah .. Kashmir is definitely beautiful and Paradise on Earth.


After spending few hours here, we returned to the Hotel. Harini Jumaat .. Fahad our Tour Guide nak take advantage untuk bawak kitorang merasa pengalaman ber Solat Jumaat di Masjid Jamia.  Di Kashmir, Orang perempuan pun pergi Solat Jumaat jugak ye. Tapi untuk bersolat di Masjid Jamia, kena ambik Wudhuk awal-awal dari luar kerana di dalam Masjid, tidak ada ruang Wudhuk untuk wanita.  I am not sure kenapa ..

Hanya Kak Yan dan Eli yang boleh solat maka the rest three of us decided untuk jalan-jalan di sekitar kawasan Masjid while waiting for them menunaikan Solat.



'Copper' disini lawa-lawa cun-cun kauuu ... Kalau teringin boleh la beli .. nanti kita Airfreight kan sahaja ye .. hand carry dalam kapal terbang tak boleh .. nanti aeroplane berat dan senget sebelah. Hihihi.


Sambil shopping sambil borak.  You didn't go for Friday prayer? Yes. Later-later. Masjid-masjid di Kashmir masuk waktunya tak sama ye .. berperingkat-peringkat.  So if you miss Solat Jumaat atau Solat Fardhu yang lain, dont worry .. just visit the next Masjid nearby. Kami berempat jalan-jalan, shop-shop, talk-talk sementara tunggu yang lain-lain selesai bersolat.  Despite all the news that we heard from the media, Kashmir is a safe city actually. Pernah sekali kami keluar jalan kaki berenam pada waktu malam. Alhamdulillah yang kami nampak dan rasai hanya lah pengalaman berjalan kaki di Srinagar City dalam keadaan yang tenang dan aman melainkan bunyi hon dari kereta yang lalu lalang which is di Kashmir, itu adalah perkara biasa. Diaorang suka main hon kauuu .. dan tak guna signal. Nak masuk kiri atau kanan no signal. Hon dan masuk je. Adehhh .. kecut perut kawe deh. Tehehehe.

 Singgah beli buah delima dan mangga dari gerai Pokcik luar Masjid.  

Penimbang buah very the traditional, kan. 

Next destination is rumah Keluarga Fahad .. rumah di mana Fahad membesar semasa kecil.  Kalau semalam disini kami melawat ladang buah-buahan sambil ber Hi-Tea, hari ni kami dijemput untuk makan tengahari untuk merasai 'home cooking'. Alalala .. segan sebenarnya tapi hakikatnya ukhuwah tidak akan terjalin jika bukan kita yang menggerakkannya sendiri so jom le kita .. tetapi sedikit terkilan kerana kami pergi tangan kosong tanpa buah tangan. Kalaulah kami tau yang kami akan diberi layanan se 'warm' ini, we might have brought something from Malaysia as a gift for them. By this time, i fall in love again and again .. not only with Kashmir but also with Kashmiri.

Home cooking food by Roohi and Rafizah .. Fahad's Auntie

This is my pinggan. Nasi putih, Kari Ayam, Lamb Meatball, Vege dan Cheese with Radish. Hurmmmmm ... so yummy.  The food is superlicious good! Rasanya di Bumi Kashmir ni la Misz-ella paling banyak makan nasi.  Kat Malaysia, i makan nasi ikut 'mood' .. bukan hari-hari tapi disini, i ate rice everyday and the food is super sedap i tell you ..

This is Cheese .. di masak dengan lobak putih yang dijerukkan.  Kat Malaysia i tak pernah makan lobak putih tapi apasal la kat Kashmir ni lobak putihnya very nice?

Dadih stoberi ditabur badam. Sedap.

 Eli dan Zura.  Eli tetap senyum even dia sebenarnya masih belum sihat sepenuhnya disebabkan gastrik.

 Amboi .. amboi .. Ayang bercerita dengan gaya-gaya nya sekali.

Rumah-rumah di Kashmir semuanya mengikut pengaruh dan susunatur rumah di negara Arab.  Orang gaji diaorang pun lelaki.  Masa ni teringat kat cerita P. Ramli .. "Khadammmmm  ..." Hehehe.

Tapi hati Misz-ella sebenarnya sangat terpikat dengan permaidani yang cantik ni. Hai. Hai. Hai.  Apsal di Kashmir ni semuanya cantik-cantik?

Dah puas bersembang dalam rumah, kami melepak di luar rumah.  Cuaca sangat best masa ni.. ada matahari tapi very friendly .. masa paling sesuai untuk  menghirup udara bersih dan segar.  Tiada pencemaran.

Sambil bercerita, bergurau senda .. mengeratkan lagi silaturahim sesama kita.  Kami yang bertuah, merasa sangat dihargai seperti saudara sendiri di rumah ini.  Alhamdulillah.  Hanya Allah SWT yang mampu membalas segala kebaikan mereka. 

Dalam sebidang tanah ni ada 3 buah rumah dan rumah yang kami singgah ni adalah 'Guest House'... tempat mereka meraikan tetamu.  Kalau ada majlis keraian ataupun 'walima' dalam bahasa mereka (singkatan dari Walimatulurus) .. maka ianya akan diadakan dirumah ini.

Alkisahnya, Kak Yan sudah ke sini dua tahun yang lepas .. maka Kak Yan and Fahad's family sudah tidak asing lagi. 

Alalala .. baru nak posing Kak Yan enterframe. Very the notty. Hehehe.

Cepat ambik. Cepat ambik gambar i. Ada 'bee'. Tehehehe.

 Sekeping foto buat kenangan before we say 'GoodBye'.  Terima Kasih Tuan dan Puan rumah yang pemurah.

Kalau tadi makan tengahari, our next destination ialah Minum petang di rumah Ayah Fahad.  Rumah dimana Fahad dan isteri tinggal sekarang ni. MasyaAllah .. puas kami berjalan ke rumah orang-orang di Kashmir untuk trip kali ni. Hidangan pertama .. Jus Oren dan kekacang campuran.

Comel kan baby Kashmiri? Fahad's son Esa baru berumur 3 bulan .. masih kuat lagi bau baby.

 Ayah Fahad yang peramah dan suka melawak.  Saja je dia usik Fahad kata muka anak dia macam 'Terrorist'. Tehehe. And again .. Misz-ella terpikat dengan carpet rumah mereka yang sungguh lawa.  Apa nak diherankan, the best carpet in the world is from Kashmir.  Hai .. hai .. hai ... rasa nak pikul sekeping atas bahu bawak naik kapal terbang. KahKahKah *macam la boleh*

Selepas habis Jus Oren, kami dihidang dengan Teh Kehwa yang disediakan secara tradisional bersama hidangan ringkas yang tersangat la sedap. Yang tak bestnya ialah 'tummy still full' tak mau diisi .. rasa nak goyang-goyang 'tummy' so that ada ruang untuk 'refill' lagi. Tehehehe.  Kehwa is a special tea served di kalangan golongan atasan/elit disini.  Green tea yang direbus bersama Saffron, buah pelaga dan ditambah badam .. MasyaAllah .. aroma sungguh enak dan rasa sungguh sedap. And now i miss Kehwa very much. *sobs*

Tukang hidang. Sayang gambar gegar tapi if korang nak tau Remy Ishak pun kalah akan kekacakannya tauuu. And .. Misz-ella tertarik dengan Cerek Kehwa itu.

Sekeping gambar bersama semua sebelum kita say "GoodBye" to each other and pulangnya kami bersama Goodies Made in Kashmir.  Kata Ayah Fahad .. In our tradition, Baba (father) must give .. so this is for you all. Alahai .. so touching. Dan Misz-ella jatuh cinta lagi dan lagi dengan kebaikan hati Kashmiri.

Ayah Fahad@Baba sempat tunjukkan cerek tradisional kepada Misz-ella serta menerangkan cara-cara penyediaan kehwa.  Ruang ni untuk air .. ruang depan ni untuk arang .. dan lubang-lubang di bawah untuk membuang abu arang. Menarik, kan.

All in .. all in .. we had a blast day today.  Melawat taman-taman cantik .. membeli belah di kawasan Masjid paling terkemuka di Kashmir, menikmati hidangan yang sedap, enak dan best dan bertemu dengan orang yang baik-baik di bumi Kashmir ini.  Syukur Alhamdulillah.  Yang pasti, esoknya kami ada sehari lagi di Kashmir ni .. nak tau kami pergi mana? Tungguuu .. nanti i cerita ye. 






12 comments:

  1. layanan 10 bintang dr Fahad
    intimewa utk grup KC je kot
    org lain boleh ke?
    hahaa

    ReplyDelete
  2. cantikk sesangat. Family Fahad ni memang best la. Akak, apa isi goodiesnye hehehe

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,sy myb nk pg ke kashmir dlm 10 hari so bleh x bg info especially price package..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum sy mgkin kesana dlm 10 hari..jadi klau boleh mntk nk dptkan info ttg package or tour guide

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..sy akan ke sana dlm masa 10 hari..jd klau boleh ingin mntk bantuan anda ttg tour guide dan harga..

    ReplyDelete
  6. wow senang banget ya bisa liburan ke kashmir dan dapat saudara lagi disana ! mantap ....

    ReplyDelete
  7. mantap nih ! kapan bisa ke kashmir ya ?

    ReplyDelete