Pages - Menu

Segamat-Cotton-Pasar Tani

Haiii .. Harini Jumaat. Esok Sabtu pastu Ahad.

Sekejap je waktu berjalan. Semalam Hari Buruh. Suka la korang dapat OFF. Misz-ella bukan buruh so i worked yesterday .. immediately lepas balik dari Segamat.

Menziarah pusara Arwah Abah di Kg Sg. Siput, Jementah. Sebak dada bila kenangkan Arwah Abah. Abah yang penyayang, abah yang pemurah, abah yang disenangi ramai kerana sikapnya yang mesra dengan sesiapa sahaja.  Abah yang sentiasa berusaha untuk menyenangkan hati sesiapa sahaja di sekelilingnya.  Ungkapan 'ok .. Abah ok' .. sentiasa di bibir Arwah Abah.  Abah sentiasa memudahkan urusan sesama manusia. 

Sudah hampir 2 tahun Abah meninggalkan kami.  Rindu pada Arwah Abah tak pernah padam. Moga Arwah Abah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.  Amin.

Makan tengahari di rumah Mama Ida. Asam Pedas Mama memang always my favorite.  Cooked with Love .. Alhamdulillah ... ukhuwah masih tersimpul rapi walau Arwah Abah dah pergi meninggalkan kami.  Mama Ida, even mak tiri, kami dah anggap macam mak sendiri.  Terima Kasih Abah atas ukuwah dan kasih sayang ini. Hidup ini sebenarnya sangat indah .. jika betul cara kita mencorakkannya. Bersyukur Misz-ella mempunyai adik beradik yang ramai dan famili yang sangat besar.  Rezeki Allah SWT bagi dengan berbagai cara.  Alhamdullilah.  Syukur.

I hardly like Bubur Pulut Hitam tapi yang Mama Ida buat ni adalah Super sedap.  Bertambah Misz-ella makan. Makan ramai-ramai memang best, kan.

Lepas Asar, rumah cantik ini kami tinggalkan.  Hajat hati nak bermalam di sini tapi Aiman 'next day' ada hal. So lepas makan .. Misz-ella vroomm lelaju drive balik.  Jementah-Sg Buloh hanya 2 jam .. agaknya kan, berapa saman Misz-ella dapat? Hurmmmm .. drive slow-slow mengantuk lah.

Baru Misz-ella sampai, dah dapat kol dari Adik Ct yang manis ni.  OK .. datang la .. Kc dah kat traffic light Saujana.  Dan lepas tu disusuli oleh Alin yang manis.  Alhamdulillah .. 40 pcs taken by them. Cantik-cantik la cotton Kc .. gitu la kata mereka.  Selamat Maju Jaya Adik-adik.  Kc jual ye.  Tqqq so much.  Dan Ahad ini, Grand Cotton Enterprise akan berada di Bazarena, Pasar Tani Shah Alam (infront MSU). So lets chekidauttt .. jom tengok dan 'shop' cotton-cotton cantik ni before its all gone. Baju kurung boleh, Jubah maxi boleh, buat blouse lagi la boleh, kan.  Yang penting cotton-cotton Grand Cotton Enterprise cantik di badan dan selesa dipakai. So jommmmm jumpa disana Ahad ini. OkBye. Have a good weekend, readers.





3 comments:

  1. eh saya jumpa kakcik kat pasar tani la.. tak jauh tu.. nanti saya wassap kakcik ya..

    ReplyDelete
  2. seronok akak dpt blk kg,.. dan sesekali bertemu ngan insan2 yg dirindui.. rasa cam bersyukur sgt kan kak.. :-)

    ReplyDelete
  3. wah padat juga aktiviti even cuti2 ni yer KC

    ReplyDelete