Pages - Menu

RAYA. RAYA. RAYA.

Hai. Harini 17hb Jun. 29hb nanti In Sha Allah kita start puasa.  Lagi 12 hari. Puasa dah habis ganti? If belum sila buat Marathon ganti puasa ok ... Tehehe.

Dengar khabar .. semua orang dah mula buat persiapan raya. Dah ada warna tema khabarnya .. dengar khabar Tukang Jahit dah tutup tempahan 2 bulan sebelum puasa. Alhamdulillah .. murah rezeki Tukang Jahit ye.

Tapi kan .. Misz-ella sendiri belum fikir apa-apa tentang Raya. Warna tema .. fesyen apa .. semua tak da lagi dalam kepala.  'Feel' belum mari ..Biasanya kitorang hanya akan beli baju raya seminggu dua sebelum Raya .. tu pun lepas bincang dengan dorang nak pakai baju warna apa tahun ni.  Usually Aiman akan buat keputusan .. then only we will get the baju. Senang, kan. I just let them decide and i just follow.

Tahun lepas sempoi .. Misz-ella pakai je Baju lama masa Raya pertama. Tak kesah .. asal cantik sudah. Nasib baik la badan tu gitu-gitu .. boleh la pakai lagi even dah bertahun usia baju tu.

Warna tahun lepas Kelabu .. tahun ni masih tak tau. Puasa dulu la ye .. nanti baru kita bincang tentang baju Raya.

Tahun  lepas, Harijadi Aiman yang ke 17 jatuh pada Hari Raya Pertama. He was sad .. he thot nobody will remember his Birthday .. but we did a Surprise birthday party for him.  Wahh .. menitis airmata anakku ini. Sebak. Terharu. Mana mungkin kami lupa. We memorize everyone in the family's birthday .. tak kira kakak ipar ke .. abang ipar ke .. anak sedara ke .. semua kami hafal.  

Aiman with his cousins .. Daniel and Amir.  Perancangan Allah swt itu indah. Even he is alone he never feel lonely. Kasih sayang dari sepupu dan saudara mara melimpah ruah.  God is fair, kan. Seronok tengok dorang membesar depan mata .. rapat antara satu sama lain. Moga dorang rapat sampai bila-bila hendaknya. Amin.

Langsir Raya? Biskut Raya? Kasut? Handbag raya? Hurmmmm .. semua tak da lagi dalam kepala. "Feel" raya belum ada lagi. Macam tu la selalunya famili kecik i ni. Tapi tahun ni agak sedikit bertuah .. sebab sempat tempah sepasang baju menggunakan kain cotton Grand Cotton Enterprise .. tu pun baru Isnin minggu lepas tempah. Its ok .. lambat sikit pun tak pe .. orang KL raya sebulan. I boleh pakai gi Open House .. tak da hal lah .. tak timbul isu Tukang Jahit tak nak ambik dah dalam hidup i sebab 'priority' baju tu bukan pada raya pertama.  Pakai Raya ke 20 pun tak pe. Tehehe.

Even Misz-ella tak beria merancang kelengkapan hari raya, Misz-ella tetap seronok tengok orang-orang kita bersiap-siap untuk raya.  Ada satu famili kat Meru beli cotton Misz-ella 7 pasang. 5 beradik ni beli corak sama tapi warna berbeza. Kitorang nak pakai masa Open House, katanya. Wahhh  .. mesti lawa. Jalan ramai-ramai pakai baju corak sama tapi warna berbeza. Everyone got their own favorite colour so tak pe .. asalkan corak sama. Senyum lebar Misz-ella bayangkan meriahnya dorang nanti masa jalan ramai-ramai berhari raya.

Ok dah .. dah tak da apa nak cakap dah. Saje je nak sembang dengan korang pasal raya sebenarnya sebab sana sini orang cerita pasal raya .. so i pun nak join sama.  So korang .. how? Dah tempah baju? Dah bincang dah tahun ni raya mana dulu? Dah buat langsir baru ke?

Misz-ella semua 'zero' tapi for sure .. tiap tahun raya mesti belah i dulu. Kitorang memang best .. Ipar-ipar dan Biras-biras pun 'no objection' with this arrangement .. tiap-tiap tahun pun gitu ..tak pernah berubah. Famili kitorang meriah, happening .. tu yang everyone dont mind. Bila kenang kan tu, haishhh .. tak sabar nak raya. Nak pergi rumah Mama Ida di Segamat .. tidur sana satu malam, esoknya ziarah pusara Arwah Abah .. wahh .. seronoknya bila bayangkan dapat berkumpul dengan adik beradik sebelah sana.

Eh ok. ok. Tadi cakap dah tapi dok bebel lagi. Sian korang. Tehehe. Ok bai. Thank you baca. Byeeeee ..













5 comments:

  1. hihi,suka je baca
    tak bosan pun ;)
    samalah, belum fikir pasal raya
    yg penting posa dah ganti
    legaaaaa

    ReplyDelete
  2. baju raya ni KC, kalau elok, boleh aja diulang pakai...hihihih...nak nak kalau lelaki..baju melayu tu bukannya selalu di pakai pun...tahun ni raya kat segamat lagi ke?

    ReplyDelete
  3. wahh..bestnya sambut birthday di raya pertama.. sure grand sbb dengan segala macam ketupat rendang dan makanan lain bagai kan.. hehe..

    hopefully tahun ni saya dapat puasa penuh memandangkan badan tengah sarat.. raya takde feel sangat kami ni.. saya terlebih lagilah.. membayangkan terpaksa pakai baju raya "special" sebab baby bump ini..

    ReplyDelete
  4. ye la...

    posa lom habis ganti...

    hehe

    ReplyDelete