Pages - Menu

Buka Puasa @ Al-Rawsha

Siri Buka Puasa dengan 'girlfren' berstatus Kesayangan ~ Memandangkan kebanyakan diaorang berlokasikan Shah Alam, maka Bandar Anggerik itu lah jadi pilihan.

Tarikh Misz-ella pilih lokasi Restoran Zam Zam Seksyen 9 Misz-ella petik tapi Restoran Al-Rawsha kami pilih akhirnya. Dah lama i tak makan kat Restoran ni .. previously makan yang di Jalan Ampang tu. Kat Kampung Pandan tak penah visit lagi.

RESTORAN AL-RAWSHA, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.
Lokasi nya dekat dengan Sek. Men. Keb. Seksyen 7 dan Kompleks Kebudayaan dan Kesenian Selangor.  If u datang dari Seksyen 9 like me, dekat Traffic light Unisel tu ambik kanan terus himpit kiri pandang kiri nanti nampak la Al-Rawsha yang gah.  If u datang dari arah Jakel Seksyen 7, jalan terus sampai nampak Tasik sebelah kiri lepas tasik terus susur kiri. Nanti nampak la dia on your left.


Baqlawa my favorite .. tapi seperti biasa .. al-manis la sangat. Seketoi tu better la kongsi berdua, ye.



Suasana dalam Restoran .. lagu Arab berkumandang dari mula datang sampai la nak balik. 'Mood Arab activated' dengan sendirinya .. rasa nak 'Bellydance' disini. Hehehe.

Mix Grill



Geng Shah Alam ~ The Green People. Misz-ella sorang je yang kaler tah apa-apa


Kata Mawar @ Wai ~ masa berdoa pun muka berseri. Ada 'nur' di wajah kita. KahKahKah ..

Mawar memang suka ambik gambar curi .. Borak sakan dengan Yana .. lupa dah Topik apakah .. yang pastinya sampai senget mulut akak. Gaya macam Gud-gud jer. Tehehe.

Telor dadar @ Omelette ni best!!  

Chicken Kebsa is my favorite.  Ayamnya 'soft and juicy' ratah sahaja pun ok  

Pelbagai jenis Nasi .. 

 Al-Rawsha salad .. yang ni i suka sangat. 

Pemanis mulut selepas makan
Ahaaa .. yang ni pun suka jugak. Tapi tok leh make banyok weih. Cuit sesudu dua sahaja .. share together .. makan sama-sama. 

Ada Spagethhi Bolognese, ada Fettucini .. ada macam-macam lagi

Pinggan kita berempat ~ Chicken Mandy, Lamb Mandy makan dengan Sambal Tomato yang terasa pedas masamnya ..  lepas tu bukan Mandy Rice je .. kitorang ambik sume jenis Rice yang ada. Tengok tu selera .. tengok ni menggoda. Hai la 'tummy' .. bertuah ekau eh.

My komen about Al-Rawsha :-
Harga Buffet Ramadhan RM45 sahaja adalah sangat berpatutan.
Misz-ella memang peminat makanan Arab. So memang boleh layanlah.
Mandy Rice, Lamb Mandy, Chicken Mandy is served here.
Chicken Kebsa, Mix Grill, Spagethhi, Fettucini, Mushroom Soup, Chicken Soup pun ada. Belum lagi makanan iringan lain seperti omelette, sayur-sayur dan salad, sosej dan french fries .. dari segi 'varities' memang berpadanan lah dengan RM45 tu. Berbaloi.

Tapi biasalah, bila namanya Buffet .. the food was served and prepare awal-awal. So makanan pun dah sejuk. I think that part macam ada sedikit kecewa sebab keenakannya tak dapat kami rasa di tahap maximum. Nak buat camna .. dah kau datang bulan Puasa haruslah Redha, kan. But overall .. dari mula Misz-ella kenal Al-Rawsha dulu, makanan kat Restoran ni memang my favorite. So memang akan repeat dan repeat lagi next time .. but not in bulan Ramadhan. Akak nak makan berhidang dalam talam pulak lah lepas ni. Lagi enjoy beb.


Misz-ella with The Green People tapi ini tidak lengkap sebab Aina dan Elina tak dapat join berbuka.  Banyak masalah domestik gamaknya. Tak pe .. lenkali kita makan sesama ye. Grup ni jugak lah yang berrombongan dengan Misz-ella ke Cameron Highland bulan Februari dulu. Grup ni jugak la yang celebret birthday terawal Misz-ella bulan Jun haritu. Grup ni gila-gila sopan gitu. Macam-macam topik kitorang gelak ~ Handbag Tong Geh, Lipstick Mekah Made in Taiwan,Cermin Surau Cantik, Akak Lussonet .. Hahaha. Gelak sungguh kitorang sambil makan. Sib baik orang tak berapa ramai .. kalau tidak, Bini-bini sapa la yang sungguh tak sopan itu .. malu ahh.


 See .. See .. Restoran dah tak da orang.  We were the last who left Al-Rawsha that night. Tu pun tak nak balik lagi kalau ikutkan sebab for me, 9:30 masih lagi awal tapi Yana kena gegas balik awal. Komisyen 10% menunggu di sinun  .. Hahaha.

Dinner' diakhiri dengan 'Masala Tea' served by the Waiter Arab on our table. Al-kesahnya Teh Tarik kat Buffet Counter dah habis. So kitorang nak order Hot water and pay separatelylah. Tapi Waiter Pak Arab tu cakap Its ok we can refill dan refill nya bukan lah Teh Tarik tapi Masala Tea - Teh beraroma yang sungguh wangi.  I miss this Tea. Masa di Kashmir dulu .. tiap-tiap hari minum Teh ni.

Seronok keluar dengan dorang. Seronok makan, seronok borak dan gelak. Macam-macam kami kesahkan dan keriangan berterusan selepas perpisahan di Grup Whatsapp. Dulu masa mula kenal dorang melalui Blogger Yana Misz-ella rasa dorang ni macam seriyus dan kurang gila lah. Tapi bila dah lama kenal ... WOW!! Kepala gila boleh tahan .. tapi masuk dalam kategori Gila-gila Sopan. Walau gila imej dorang jaga dan Misz-ella ter sopan dengan sendirinya bila dengan mereka. Tehehehe.





4 comments:

  1. sekarang dah ramai yang suka makanan arab..

    ReplyDelete
  2. Miza pun dah bbrp x kali ke sana...best kan...

    Salam perkenalan dr miza.
    www.noramizaahmad.blogspot.com

    ReplyDelete