Pages - Menu

Ramadhan ke 20. Hati Yang Luluh.

Lepas je waktu Maghrib 17/7/2014 ni, maka bermulalah Ramadhan ke 20 dan hati Misz-ella semakin luluh. 

Bila racun itu juga adalah madu penawar luka .. kekecewaan berterusan tanpa hentian ... bertemankan perjalanan tanpa cahaya di hujungnya .. kita hanya mampu terus melangkah meredah laluan penuh luka. Pasrah. Berserah. Moga segala kesakitan menjadi senjata .. menjadi benteng penguat diri.  

OK Sastera sangat dan korang pun tak faham. Memang tak nak bagi korang faham sebab Nota ini terlalu peribadi.  The moral atau iktibar dari ayat di atas adalah .. Jangan jatuh kerana kecewa. Tapi bangun kekal gagah terus melangkah.  You can do it, right.

Dan di Ramadhan ke 20 .. hati terus luluh. Teringat arwah ayah mertua yang pergi menghadap Illahi 3 hari sebelum Syawal 3 tahun yang lepas. Misz-ella menantu kesayangan .. sangat rapat dengan Arwah Ayah. Terlalu banyak yang manis antara kami *sobs* .. Moga Arwah Ayah ditempatkan dikalangan Para Syuhada. Amin.

MH 17 ditembak jatuh di Ramadhan ke 20 .. dan hati terus luluh.  Berdoa lah untuk Malaysia tercinta yang dilanda musibah .. even hati tertanya .. Kenapa terbang di 'war zone'?  Insiden MH 370 masih erat tersimpul rahsia .. kini MH 17 dugaan buat Malaysia. Al-Fatihah buat yang terkorban.  Takziah buat ahli keluarga yang tinggal.  Biar mereka dah tiada lagi .. memori tetap tersimpul rapi dalam hati *sobs*

Ramadhan ke 20 .. kurang 10 hari GCE di KL Sentral ini.  Gonna wrap everything end of next week. Perpisahan itu menyakitkan, kan. Sedih. *sobs*

Ramadhan ke 20 .. kurang 10 hari lagi kita akan beraya.  Raya? Syawal memang untuk dirai tapi sejak beberapa tahun yang lalu .. tiap kali nak raya, berbaur segala rasa.  Sebak, hiba .. kerana kedatangan Syawal itu buatkan segala tragedi berputar di memori. *sobs*

Selamat Berpuasa kawan-kawan.




3 comments:

  1. moga mendung ni cpt berlalu
    dan moga pelangi indah menanti di hujung sana

    ReplyDelete
  2. selamat berpuasa selamat hariraya Ella. Semoga ini bukan ramadan terakhir dan kita dapat lagi berjumpa ramadan akan datang dengan seribu rasa yang terpendam. Tak pernah padam.

    ReplyDelete
  3. Walaupun ada sendu dihati moga di penghujung hari akan ada matahari menyinar.

    ReplyDelete