Pages - Menu

Tetamu Suhati

Tengahari Ahad di rumah Engineer Emie .. nama je duk setaman tapi tak pernah bertembung kat mana-mana kecuali kena 'roger' kat jalan bila dia nampak kereta kita.

Emie ni rajin sungguh buat Makan-makan. Murah rezeki bagi orang makan tau .. selagi jadi darah daging selagi tu Emie dapat pahala.  Tiap-tiap tahun dia jamu kitorang dengan makan-makan di rumah dia. Rajin betul. Kunjungan kali ni lebih istimewa sebab kawan baik Misz-ella, Laili dan Ah Heong ada sama. Rosnah, Lyn dan Fiza tak join sebab ada komitmen lain. Oh sedihh akak rindu you bertiga ok ..

Kami semua pernah sebumbung kerja bersama. Only me, Laili and Kak Zu left yang lain-lain dalam gambar ni masih kekal dengan Suhati.  Yang paling best, even dah tak sebumbung ukhuwah masih terjalin antara kami .. once bila Emie cakap nak buat makan-makan kami pun Yeayyy!! dan Misz-ella mula mainkan peranan sebagai Puan Admin menguruskan itu ini dan akhirnya bersatulah kami di petang yang indah ini.  Gila menjerit Laili bila nampak Misz-ella ..hampir 10 tahun tak jumpa dia. Laili tetap kecoh kecoh macam dulu tak berubah karakter dia .. the one and only Laili. Apsal aku tengok kau sama je tak gemuk-gemuk .. tak tua-tua dari dulu tanya si Laili .. Pe kes tak tua beb .. age never got discount ok .. dulu masa kenal kita 20's now kita 40's .. Dalila dan Aiman yang sebaya tu pun dah grown up jadi bujang dan anak dara. Cepat betul masa berlalu, kan.

Jumpa Ah Heong macam biasa lah .. mesti kena peluk cium "I LOVE YOU" dulu .. itu dah memang tradisi kami bila jumpa. Aku tengok engkau dekat Facebook banyak cantek la. Ehh kau intai aku eh .. ooo baru aku tau kau intai aku selama ni. Kau datang senyap-senyap je tak pernah komen pun. Aku tak tau main la. Hahaha .. jangan terkejut .. Ah Heong ni pelat. Bila dia cakap aku tak tau main .. tu maksudnya dia tak reti nak berkomen-komen di FB .. dia reti tengok je so mengendap aku je keja ko ye. Hehehe.

Then Puan Admin si Misz-ella telah mengarahkan supaya mereka ke rumah saya pula dan ini adalah Grup pertama yang tiba ~ Al, Ayang, Sarina dan Ah Heong. Juadah last minit yang tak seberapa .. Pagi tu baru Misz-ella masak Rendang Ayam, rebus Nasi Impit, buat kuah kacang dan masak Agar-agar Gula Melaka. Sempat lagi beraya di rumah jiran Misz-ella selang 3 pintu dari rumah ai dan sempat lagi berkejar ke Kg. Gombak mengambil tempahan Roti Jala yang ditempah dari sana. Life is like amazing race i tell you but i enjoyed it very much. Saya sangat berbesar hati awak semua datang ke sini even hidup saya tunggang langgang dibuatnya hari itu. Padan lah muka .. sumenya nak kau buat di pagi hari. Nak fresh la konon .. haha.

Grup ke 2 yang tiba ~ Shahril @ Butang, Kak Zu @ Kakak Cool dan Ju. Kepala Butang memang layan .. kalau jumpa dia memang gelak tak sudah tapi baru-baru ni dia behave sangat notty and buat i very angry with him. Nanti la kau Butang .. sikit lagi kena la tiupan puting beliung dengan aku. Misz-ella ni kata Tukang Tilik bersifat seperti Angin.  Kalau tak dicuit sepoi-sepoi bahasa sangat mendinginkan dan cool gila tapi kalau tercuit .. boleh swing like hurricane beb. Kalau Ju nak sumpah si Butang jadi Kodok .. Misz-ella tengah pikir apa aku nak buat dengan Si Butang ni ye? Hehehe.

Dah makan kami lepak di Ruang Tamu rumah saya. Ruang tamu comel tempat berehat selepas siangnya Tuan rumah berada di luar berpenat-penatan melenjan diri.

Then its Razita and Family. Ya Ampun .. lamanya tak jumpa Razita. Rindu sangat kat dia so bila dia cakap on the way ke Saujana .. dalam hati bersyukur gila sebab impian nak melepas rindu pada Razita dan familinya terlaksana. TQ Allah untuk sebuah ukhuwah yang sangat indah.  Razita also left Suhati like Laili, me, Rosnah and Kak Zu.  Leaving the office doesn't mean we leave each other sebab dalam hati tak pernah lupa .. dan takkan lupa sampai bila-bila. Sweet, kan.


Kak Zu dan Aiman lepak at another part of my Ruang Tamu. Dorang berdua ni memang rapat .. tah apa-apa tah depa cerita .. siap 'Selfie' berdua amboi-amboii .. bukan main anak aku bila jumpa Auntie Zek nya. Dia dah biasa dengan Kak Zu dari kecik sebenarnya.

Me and Ju

Lepas tu kami ke rumah Al .. also in SU. Seronok gila jalan ramai-ramai. Dah rasa macam Rombongan Cik Kiah dah masa ni ..

At Al's house .. Walau hanya Keropok keping dan kueh kering .. yang penting we happy together beb. Sorry Shahrul dan Al kerana buatkan you all berdua kelam kabut dan kecoh kerana tetiba kami mahu ke rumah you. Alang-alang dah sampai SU, kan .. moh le kita lajak ke rumah dia. 

Fazli suami Razita heran kenapa ai panggil Shahril Butang. Ohhh its a very old story. Yang panggil dia Butang means kita dah kenal lama dan close together. Yang tak panggil dia Butang sohih la dorang orang baru dan tak tau cerita. Nostalgia sungguh al-kisahnya si Butang tu.

Then we went to another house dimana kue raya nya sungguh cantik berwarna warni and makes the meja so ceria. Maka insiden aku bukak kau makan pun berulang lagi .. this time Misz-ella vs Razita. Hehehe. 

Puan Rumah yang comel berbaju biru. Fiza nama dia. Misz-ella hanya sempat satu projek dengan dia iaitu Sekolah Bukit Kuching before she left Suhati. Tak sangka rupanya se Wilayah jugak Misz-ella dengan dia. Istimewanya Syawal kerana ia menjadi medan menyatukan kami semua. Lebih istimewa kali ini kerana berpeluang meraikannya dengan kawan-kawan lama. Ukhuwah yang sangat indah. We went home menjelang Maghrib. I have only 2 hours to rest before vroommm laju-laju ke Bangi menghantar Aiman pulang ke Campus.  Alhamdulillah diberi kesihatan mental dan fizikal yang baik dapat berbakti kepada famili tanpa mengabaikan social responsibility. TQ jugak Aiman sebab tolong Mama masak, tolong layan tetamu, tolong basuh pinggan, tolong bancuh air.  Bak kata Aiman .. kawan-kawan ofis Mama yang ni memang dekat di hati .. Aiman dah kenal dorang dari kecik lagi. Mana taknya .. masa i join Suhati Aiman pun tak da lagi and i left when Aiman reached the age of 17.  Gila lama Misz-ella kerja kat situ, kan and now i'm back as Puan Admin for this Grup. Lets see what we can do together tapi yang penting adalah menjaga silaturrahim agar ukhuwah tetap terjalin. Biar jauh dimata tapi dekat di hati ye adik-adik. Kak Ella sayang korang semua. Ok dah selesai Entry mengenang Tetamu Suhati pada 17hb Ogos haritu buat Kenangan kami semua di hari tua. Tq baca. Bye.

No comments:

Post a Comment