Pages - Menu

Geng Rimau Garang

Hujung minggu datang lagi .. Yeayyy!! Hari ni hari gembira buat korang semua sebab esok tak kerja. Ehhh .. ada gak yang kerja, kan. Bertabahlah buat yang kena kerja esok ye .. Hihi.

Sarapan pagi dengan Geng Rimau Garang
Rimau garang katanya .. Haha.  Geng Rimau Garang ni sebenarnya adalah Rakan-rakan aerobik yang suka bersenam-joget di Lantai Tari. Kalau korang garang macam Rimau Nak Makan Orang, Misz-ella lagi teruk. Bila marah macam Angin taufan puting beliung bertiup habis 'disaster' hidup korang semua. Begitulah natijah seorang yang bersifat Angin macam Misz-ella.  Kalau kau panas, kau cari la aku, aku yang berangin ni akan menyejukkan. Kalau gelisah dan tak selesa, si Ella yang berangin ni akan meniupkan angin sepoi-sepoi bahasa lalu mendamaikan jiwa tapi angin Misz-ella akan berubah sangat luarbiasa bagaikan taufan yang berputar laju memusnah dan meranapkan semua bila dia marah. Ye ke? Ye ke?  Rasanya tak da lagi harta benda yang musnah gara-gara kemarahan aku.  Tak da pinggan mangkuk hancur berderai, tak da pintu kena hempas, tak da pintu kereta tercabut dan tak da sorang pun kena dera gara-gara angin si Ella.  Tak ada. Hihihi.  By the way, itu kata si Tukang Tilik yang Al-kisahnya pandai menilik sifat seseorang. Kata dia. Jangan lah kita percaya sangat, kan.


Mak Rimau adalah Kak Wan Senari. Hihihi. Kitorang duduk selang setaman .. jarak antara taman tak sampai 10km .. anytime nak makan minum 'roger' sapa-sapa free .. zassss .. sampai.  Dalam hidup, kita kena seimbangkan kehidupan .. lebihkan masa untuk famili dan curi sedikit masa untuk diri sendiri. Then our life will be full of fun!! OK dah .. Selamat Hari Jumaat. Hari Jumaat yang barakah .. Moga ada RahmatNya buat kita harini. In Shaa Allah. Amin.




2 comments:

  1. Salam KC. Amboi! Comel lote geng-geng KC. Gebu-gebu mukanya. Apa rahsia ya? Hehehehe!

    ReplyDelete
  2. rahsianya senang aje, makanlah Vitamin C dan Aphyra

    ReplyDelete