Pages - Menu

Kenapa Awak? Exercise dan Vitamin C.

Ada orang tanya kenapa saya buat keputusan macamtu? Kenapa saya buat keputusan yang tidak menyebelahi diri sendiri sedangkan sepatutnya saya boleh 'fight' untuk itu.

Kadang-kadang, ada sesetengah perkara dalam hidup kita, kita terpaksa letak diri kita ke tepi.  Kita terpaksa buat keputusan yang sangat tidak kita kehendaki .. tambah malang bila keputusan itu memihak pada orang yang tidak kita senangi. Tak apa. Satu perkara baik yang kita buat, even ianya sangat melukakan hati dan menderitakan perasaan, percayalah akan ada Hikmahnya. God never sleeps .. Dia sentiasa ada untuk kita. Mendengar setiap rintihan, memerhati setiap tindakan. Walau berat keputusan yang kau terpaksa buat, walau jatuh bangun kau keseorangan .. tetaplah kau berdiri gagah. Kalau sakitnya masih kau rasa, kau tampal lah luka tu dengan plaster. Susah, kan. Memang susah. Tambah susah kerana butang memori tak ada butang 'delete' mahupun 'backspace' macam keyboard 'lappy' yang Misz-ella tengah ketuk ni. Kalau ada, kita tekan sekali 'Tingggg' terus hilang. Best lah kan. OK realitinya memang tak da. So jangan cuba nak mimpi akan kewujudan butang itu.

So Girls, guys or whatsoever, please be tough in life. I remembered my friend did mentioned .. Its a hard decision. Yes its hard but we have to go with it. So cekallah dengan keputusan yang kau buat. Bertabahlah .. OK?


Isnin petang, jadi tamu di rumah yang sangat 'cool' .. sangat sedap mata memandang .. sangat mendamaikan hati dan jiwa .. sangat rasa syoknya duduk kat sini kalau boleh nak duduk lama-lama.

Cool, right?
Can you feel the coolness *ada ke ayat ni* even by just starring at this photo? Boleh rasa? Kalau tak boleh then taste kita tak sama. Hehehe.

Malam tu pulak, Misz-ella pergi bersenam di Lantai Tari. Basah lencun baju dua lapis tu sampai boleh diperah-perah. Sejak makan Vitamin C, selain dari kulit jadi cantik, perpeluhan adalah sangat best !! dengan syarat peluh korang tak berbau macam saya. Haha. Nak tau rahsia peluh tak berbau? Heyy rahsianya ada dengan saya nanti satu hari saya 'share' ye.

Bersenam baik untuk kesihatan.  Bersenam menyingkirkan stress, menguatkan minda dan buat kita hepi sentiasa .. provided that you enjoy it la  .. bila enjoy, penat pun tak rasa macam i ni beb. Saya bersenam dari umur 20an sekarang sudah 4 series dan masih 'maintain' lagi. Harap-harap boleh 'maintain' bila umo menjelang 50an nanti. Tua ~ semua orang akan tua .. konfem tak boleh lari dari penuaan tu kan tapi hajat di hati nak tua dan sehat .. tak mau la tua dan sakit-sakit .. nak tua dan cergas .. tak mau la tua layu dan tak larat .. dan seharusnya lah kita berusaha menjaga kesihatan sebaiknya bermula dari sekarang. 

Kalau dah jaga sebaiknya tapi masih sakit-sakit .. masih tak sehat .. sekurang-kurangnya ayat kita adalah ~ Aku dah cuba jaga diri aku baik-baik .. aku bersenam .. aku jaga makan tapi masih sakit jugak. Allah nak duga aku ni.  Tapi kalau tak jaga .. ayat nya begini pulak bunyinya .. Tu la kan .. masa muda dulu aku tak jaga makan .. tak bersenam .. kan dah sakit bila tua. Menyesal aku tak jaga dari awal dulu.

Can you see the different within that two sentences?
Nampak tak beza?

By the way, saya sudah 'top up' Vitamin C. Vitamin C Pahang Pharma yang Misz-ella jual sangat laku sebab terbukti keberkesanannya. Ada yang cakap 'sinus' dorang 'improved', kurang bersin sekarang dan tenaga pun bertambah. Ada yang cakap dah lama tak kena batuk selsema bila dorang makan Vitamin C ni. Alhamdulilah .. rasa nak lompat bintang 100 kali bila customer i hepi. WaWaWa dorang yang hepi kau yang gedik nak melompat. Hehehe. So sesapa nak order Vitamin C sila Whatsapp saya laju-laju kat no. ni ~ 016-6223138. Jari-jari halus Misz-ella akan lelaju membalas. Ok Bye. Tq baca ye.



2 comments:

  1. As-salam KC..

    Memang KC nampak berseri-seri dan semakin cantik sekarang.. Semoga KC akan terus diberikan kesihatan yg baik untuk meneruskan rutin yg KC suka insyaALLAH. Seronok dapat jumpa baru2 ni..

    ReplyDelete
  2. @hanis azla ..

    Kc pun seronok dpt jumpa hanis haritu. Sayang tak dapat sembang lama, kan.

    ReplyDelete