Pages - Menu

Tips Kulit Cantik. Emosi. Cuti.

Semalam di Ara, di Subang Jaya, di Sungai Buloh .. then di Bangi dan kembali ke Sungai Buloh lagi.   Dengan Blogger, dengan Supplier dan dengan keluarga. Harini muka ni ada di mana-mana. Bersyukur kerana cukup kudrat untuk ke sini sana .. driving ke sana sini seorang diri.  Bersyukur lah, kan.  

Rahsia kekal sehat bertenaga? Sudah semestinya mengamalkan dengan gaya hidup sehat .. Think positive, exercise, ambil Vitamin yang bersesuaian untuk badan dan  hargailah kehidupan.

By the way, Vitamic C dah tinggal sikit. So siapa nak sila Whatsapp laju-laju ye. 

Hujung bulan 11 2014 .. sekolah dah mula cuti .. masing-masing nak bercuti bawak Famili. Dengar khabar, Imigresen tiap-tiap hari tak cukup nombor ... ramai yang pulang hampa katanya.  Warga KL jangan lupa .. UTC Sentul dan Pudu bukak sampai malam ye .. tapi dengar khabarnya tetap penuh diserbu rakyat jelata.  Orang Malaysia kaya-kaya .. cuti oversea je. Setahun entah berapa kali turun naik kapal terbang. Hebat!!

Baru-baru ni Misz-ella dapat peluang try produk baru. You wait i try lama sikit ok .. nanti i share dengan u alls kat sini.  

Tukang Tulis muka penat. I loveee my skin.  Sangat healthy even tak da secalit bedak di muka. Nak tau rahsia? Makan Vitamin C, minum Ephyra dan cuci muka guna Beras Bario Facial Bar keluaran Borneo Soap.  Masa cuci tu, buat buih guna dua tangan then ratakan di muka. Kat pipi, kat dahi, kat dagu .. buat pusingan 20-30 kali guna dua jari. Nak cantik kena sabar so bertabahlah jika waktu mencuci muka jadi lebih lama.  Sangat berbaloi sebab keluar bilik air tengok kulit muka jernih macam 'porcelain' je. Ecewahhh .. puji diri sendiri la pulak. Haha. And dont forget .. Beauty is about inside and outside .. dalaman yang bersih akan nampak di luar. So sila jaga emosi agar sentiasa stabil dan airmuka akan sokmo ceria.  Tapi perempuan .. susahnya nak jaga emosi, kan .. kadang sebab bulan nak datang, kadang sebab tekanan kehidupan.  Camni la kawan-kawan .. marah je .. luahkan emosi tu semua tapi jangan lama-lama .. macam i .. pagi marah orang tengahari i dah keluar gi hepi-hepi. Jangan terbawak-bawak dengan emosi .. simpan emosi kat rumah eh. Ok byeee.







2 comments: