Pages - Menu

Asam Laksa, Quesadillas, Nachos, Pisang Goreng, Puding Kastard Cocktail

Dah lama tak cerita pasal makanan dan makan-makan .. so harini Misz-ella nak buat Entry mengenang Makan-makan .. untuk dikongsi dengan Readers kat sini.

 Misz-ella boleh tahan suka makan Asam Laksa yang macam ni. Yang ni makan di Pappa Rich. Hurmmmm .. sedap.

 Ini ialah Quesadillas dan Nachos yang Misz-ella try di Kiosk Popilla baru-baru ini.  Satu set ni dengan Air Oren RM17.90.  Nampak macam hidangan ringan tapi sebenarnya mengah jugak nak menghabiskan Quesadillas tu.  Sedap inti Quesadillas tu .. daging dan cheese. Tak rugi i cuba

 Yeayyyy ..Pisang Goreng Johor Style dicicah Kicap tersangatlah sedap dan haruslah hanya ada di Johor sahaja.  Bila balik Segamat mesti kami cari. Soooo yummy!! Pisang Goreng Cheese yang tetiba jadi pujaan ramai tu pun kalah beb!! 

Puding Kastard Cocktail disediakan oleh adik Misz-ella, Kak Eee. First time rasa Puding Kastard Cocktail sesedap ini so Misz-ella mintak Resepi. Tepung kastard 1 bungkus, Jagung 1 tin (dikisar) air 1 tin (gunakan tin jagung) masukkan dalam periuk kacau sampai pekat lepas tu masuk kan dalam Tupperware atau Tipuware *haha* sejukkan dan potong. Masukkan dalam bekas yang besar. Curah se tin Susu Cair dan sebotol Ais Krim Soda *buang gas nya dulu* masukkan Fruit Cocktail dan boleh la kita makan.  Sedap korang .. sooo yummy!

Cerita pasal makan memang best, kan dapat makan lagi la hepi so korang-korang boleh la membelai 'tummy' dengan makanan 'yummy-yummy' kat atas tu. Ok Byeee.


9 comments:

  1. menarik pulak resepi puding koktail tu. macam nak mencubaa je hehe

    ReplyDelete
  2. salam singgah

    Jemput follow ye..tq
    http://teratakcassia.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. inti daging n cheese tu yong x pernah makan.. hehe

    nak sbut pun mcm susah je kekeke

    ReplyDelete
  4. Alamak! tengok gambo2 ni pepagi macam ni terus perut berdendang sayang.... :)

    ReplyDelete
  5. ella ni kalau bab entry pasal makan..mengoda betullah.tetiba berselera nak makan semuanya..

    ReplyDelete
  6. @Diana Rashid ..

    Tak dak jual kot .. kena buat sendiri lah.

    ReplyDelete