Misz-ella nak share tentang kewujudan Shampoo baru di pasaran bernama NuNature ~ Shampoo khas yang bersifat 'anti-ageing' atau Anti-Penuaan.
Penuaan rambut seringkali dikaitkan dengan masalah rambut gugur, perubahan warna rambut atau rambut beruban, masalah rambut menipis serta kusam tidak berseri dan berbagai lagi.
Penuaan rambut seringkali dikaitkan dengan masalah rambut gugur, perubahan warna rambut atau rambut beruban, masalah rambut menipis serta kusam tidak berseri dan berbagai lagi.
Shampoo NuNature yang dilancarkan baru-baru ini adalah rangkaian produk penjagaan rambut yang dibuat daripada 98% bahan-bahan semulajadi bermutu tinggi dan tidak mengandungi bahan pengawet. Shampoo NuNature dicipta khas dan merupakan 'complete Anti-Aging solution' dan bersifat 'Anti-oxidant'. Ianya tidak mengeringkan rambut dan sesuai untuk kegunaan harian, tiada kesan sampingan, sangat lembut dan selamat digunakan pada rambut. NuNature bukan sahaja memberi nafas kepada rambut malah menjadikan rambut sihat dan lembap sepanjang hari.
Tiga (3) kelebihan rangkaian produk penjagaan rambut NuNature adalah :-
- Menguatkan akar rambut
- Mengurang dan menghalang keguguran rambut
- Melindungi rambut dari kerosakan yang mungkin disebabkan oleh aktiviti harian
Tiga (3) bahan utama yang terdapat didalam rangkaian produk penjagaan rambut NuNature adalah :-
- Indian Kino Tree Extract ~ mempunyai ciri-ciri anti-penuaan yang luar biasa bagi mencegah keguguran rambut dan kerosakan sel-sel rambut
- Hydrolyzed Soy Protein ~ membekalkan rambut dan kulit kepala dengan nutrien penting bagi membolehkan metabolisma sel-sel rambut diperbaharui dan ditingkatkan
- Silk Amino Acids ~ Menguatkan dan membina semula sel-sel rambut dan menyuburkannya dan tidak menyebabkan pengulangan kerosakan sel
NuNature juga adalah :-
- Bebas/Tidak mengandungi SLS/SLES
- Bebas/Tidak mengandungi Parabens
- Bebas/Tidak mengandungi bahan-bahan dari haiwan
- Bebas/Tidak mengandungi 'Colorants'
Rangkaian produk penjagaan rambut NuNature
Sessi perkongsian maklumat dan pengalaman pengguna NuNature.
8 pilihan rangkaian produk penjagaan rambut NuNature. *Foto dari FB NuNature*
Rangkaian produk penjagaan rambut NuNature bukan sahaja didatangkan lengkap untuk semua jenis rambut samada rambut kering atau sebaliknya malah juga menangani masalah-masalah rambut yang lain seperti masalah kelemumur dan masalah kulit kepala yang berminyak. Senarai lengkap produk penjagaan rambut NuNature :-
Anti-Hair Fall Shampoo
Meningkatkan kesihatan rambut dan kulit kepala dengan mengaktifkan sel-sel stem yang terletak di dalam folikel rambut. Menggalakkan pertumbuhan semula sel dan merangsang pertumbuhan semula, memberi nutrient kepada rambut sehingga ke akar nya dan memperbaiki tekstur rambut bagi mengurangkan keguguran rambut.
Anti-Dandruff Shampoo
Mengimbangi pengeluaran sebum sambil memperbaiki kesihatan rambut dan kulit kepala dengan mengaktifkan sel-sel stem di dalam folikel. Tidak perlu lagi bimbang tentang kegatalan rambut yang disebabkan oleh kelemumur menjadikan kulit kepala kekal bersih untuk tempoh yang lebih lama.
Hydration Shampoo
Shampoo khas yang dicipta untuk rambut yang terdedah kepada kimia yang berlebihan. Hydration Shampoo memberi dos kelembapan tambahan serta nutrient kepada rambut anda supaya ia kekal kuat, lembut dan mudah diurus.
Hydration Conditioner
Perapi rambut yang bertindak secara effektif untuk membaiki dan menjaga semula kesegaran dan kesejahteraan rambut seterusnya melindungi rambut daripada kerosakan berterusan yang bakal berlaku. Hydration Conditioner menjaga rambut agar kekal sihat dan senang diurus.
Daily Shine Shampoo
Daily Shine Shampoo ~ Shampoo paling sesuai dan sempurna untuk kegunaan harian. Formula ultra-ringan yang ada di dalam Shampoo ini sesuai untuk semua peringkat usia, termasuk kanak-kanak. Ia membersih dan membekalkan protein pada dos yang sesuai untuk rambut anda menjadikan rambut lebih sihat dan mudah diurus.
Daily Shine Conditioner
Diadun dengan protein semulajadi, menjadikan rambut bersinar dan berseri. Sesuai untuk kegunaan seisi keluarga. Perapi ini memastikan rambut anda lebih sihat, tidak kusut dan senang diurus.
2 in 1 Shampoo
Shampoo 2 dalam 1 dengan formula membersih dan merawat dengan hanya satu langkah membuatkan rambut anda selembut sutera dan berseri .. lengkap dengan dos protein harian yang diperlukan rambut.
Volumizing Shampoo
Pilihan terbaiks bagi mereka yang menghadapi masalah kulit kepala dan rambut yang berminyak. Ia mengawal pengeluaran minyak yang berlebihan, dan juga menggalakkan pertumbuhan rambut. Rambut anda bakal kelihatan lebih lebat dan sihat dengan penggunaan yang berterusan.
*Foto dari FB NuNature*
Rangkaian produk penjagaaan rambut NuNature didatangkan dalam dua (2) saiz dan berharga :-
NuNature Shampoo/Conditioner 250ml - RM23.90
NuNature Shampoo/Conditioner 450ml - RM35.90
Rangkaian produk penjagaan rambut NuNature boleh didapati di rangkaian Farmasi-farmasi seperti Alpro Pharmacies, AA Pharmacies, Lesley Pharmacies, Village Grocer, Big Pharmacies dan Multicare Pharmacies. Maklumat lanjut berkenaan NuNature boleh didapati di Laman FB di sini.
Boleh kah guna 2 jenis syampoo sekaligus? Iaitu hair fall dan anti dandruff?
ReplyDeleteTerbaikkk...rambut sy dh kmbli sihat
ReplyDeleteSy pkai s.ddruf dan hydra condition
Terbaikkk...rambut sy dh kmbli sihat
ReplyDeleteSy pkai s.ddruf dan hydra condition
Ada yang dah try ke? Ok tak?
ReplyDelete