Pages - Menu

Hello Langkawi

Hello Langkawi. 3 families was on vacation in Langkawi during CNY holiday. It was my last minute family vacation decision .. hati berbelah bahagi .. antara nak atau tidak. Langkawi bukanlah tempat yang tersangat ingin Misz-ella lawati sebab kami dah pergi 2, 3 kali .. but this time, we are going to bring Mom and Dad together with us. Since my heart berbelah bagi, i booked the flight at a very last minute. They booked the flight in January, my family booked the ticket early February. They flew by MAS .. we flew by AA. We met in Langkawi.

Once touched down, we rented a van at the Airport. Murah sangat harga sewa  .. van 12 seater hanya RM500 untuk 2 hari setengah selama kami berada di sana kerana kami first customer katanya .. Early bird always get the best. Yeay!! Then we headed to Pekan Kuah to get our Apartment key .. on the way kita singgah Sarapan kat one of the gerai that we met a long the way. RM44.00 untuk sarapan pagi seramai 9 orang dan sarapannya adalah sangat mewah - Nasi Lemak berlauk dan kueh mueh that make our tummy padat dan sarat. Sedapnya Nasi Lemak masakan orang kampung di sini .. unlike big city in KL .. nasi lemak sudah ramai orang asing yang conquer. Kat KL kita makan Nasi Lemak, Pisang goreng Ex-patriate yang jual lah. Haha.


What to do in Langkawi other than shopping pinggan mangkuk kaca yang murah macamni? But trust me .. sebijik pinggan mangkuk i tak beli. Tak praktikal nak tambah pinggan mangkuk sedangkan yang dalam rumah pun banyak lagi. Afterall i only like white for my 'pinggan mangkuk' kat rumah and i bought it in Ikea je. Murah dan tahan lasak. So di Idaman Suri Misz-ella hanya cuci mata sahaja.

Sederet dengan Bangunan Idaman Suri ada Restoran Zalnas *or Zalinas* if i am not mistaken. We took our lunch there. Nasi Campur kat sini murah dan sedap. 9 orang makan baru RM57.


Next we went Haji Ismail Group ~ Sila la sapa-sapa yang berminat. Al-Murah lah sangat. Misz-ella just ambik gambar untuk share dengan readers je .. not buying any of this things here.


Yess !! Chocolate are the things that we bought most in Langkawi. My blog reader sure know yang saya adalah peminat Coklat. Makan coklat tepi pantai petang-petang sambil menunggu Sunset adalah sangat best!! Tapi sayang tak nampak sunset kerana dilindung awan *frust*


Pantai Cenang, Langkawi 18/2/2015.
Misz-ella memang peminat pantai. Lepak tepi pantai sambil dengar bunyi ombak adalah terapi yang sangat best tapi kali ni frust. Air susut .. ombak jauh so bunyi ombak tak kuat. Kita tak mandi laut pun .. hanya bercanda di persisiran pantai ni beramai-ramai. Outfit of the day adalah Seluar Cotton batik corak-corak .. the whole family bought the pants and wore it to the beach that evening. Its only RM13 so cheap so lets buy and have fun.  Itu dia .. Geng Seluar Batik In The House ..

We spend a few hours kat Pantai Cenang .. lepak, makan dan jalan-jalan. Our dinner was Nasi Lemak Ayam Berempah dan Teh O Ais Limau. Nasi Lemak Lauk Ayam atau Rendang Daging hanya RM5 sahaja dan aroma Ayam goreng tu fullamakkk .. buat semua orang berhenti nak beli not only me tetapi termasuklah pelancong-pelancong dari oversea. They were so excited with the smell and asked What is that? Is it nice? How much? Hello RM5 baru USD1.3 sahaja tau .. tersangat kecik duit dia orang. All food at RM5 semua dorang try. Seronok tengok dorang 'excited' makan.


Oooopsss .. terletak gambar-gambar Day 2 in Langkawi.  Day 2 is longer and more tiring for us. Keluar rumah jam 10 pagi .. sampai rumah lebih 11 malam. Berjalan ni macam tu la kan .. tak dan nak rehat. So tunggu eh. Nanti Misz-ella sambung Entry ini. Bye.

3 comments:

  1. Lama sungguh Kak Azie tak pi Langkawi. Macam teringin la pulakkk

    ReplyDelete
  2. anis tak pernah g langkawi lagi. huhuu, kirim coklat kat orang je selalu. one day.. hahaha

    ReplyDelete
  3. dah banyak kali gak p langkawi..p ngan family best je

    ReplyDelete