Tuesday morning .. we decided to go for Food Hunting. This time we decided to try Hayaki Kopitiam Cafe at Platinum Walk, Danau Kota, Kuala Lumpur. Sebelum tu we did some google search. Unfortunately too many bad reviews about this Cafe we found on the net. Slow service, makanan tak sedap, no parking but that doesn't stop us than visiting this Cafe. Furthermore, our main factor in this Food Hunting is Kelantanese Food. So jom. Lets check Hayaki Kopitiam Cafe out.
Located at Platinum Walk, a shop lot behind Festival City Mall kat Traffic light Shell Uptown Danau Kota tu ambik kiri.
Being Kelantanese, i decided to choose Nasi Ulam dengan Ayam Goreng. Nasi Putih dengan Ayam goreng, cicah Budu, Sup kosong, Telur masin dan Ulam-ulaman .. a typical Kelantanese home food. Ore Kelate make mudoh jah .. make nasik samo ike cicah budu ok jah. Berehh deh. Simple je. Tapi tersangat lah sedap dan pedas sebab dicampur mangga muda dan cili padi hiris dalam budu tu. Ayam goreng lembut tak keras tapi garing. Licin sepinggan nasi Misz-ella makan.
Desert Pulut Mangga ni tersangat lah sedap. Pulut santan berlemak dimakan dengan mangga ranum yang manis. This is A Must Try if you visit this Cafe. Cuma satu je .. mangga tak nampak segar .. mungkin dah dikupas awal-awal.
Yang ni namanya Kuih Malas. Kuih cucur kosong yang dimakan dengan Sos Manis dan ditabur bijan. Ada rasa macam Kuah Yong Tau Foo tapi ianya lebih manis. Misz-ella kurang suka sebab too sweet for me.
Sirap Bandung Cincau dan Coffee Mint. Sirap Bandung Cincau biasa je rasa nya tapi Coffee Mint tu memang sedap sampai Misz-ella cakap mmmmm .. diaorang blender Colgate kot buat air ni. Hahaha. Seriously the coffee is so nice .. lemak-lemak segar.
Apa yang best kat Hayaki Cafe is harga makanan kebanyakannya dibawah RM10. Pilihan makanan juga banyak ada Western, ada Toast, ada Noodles dan Nasi. Kebanyakan minuman di sini berharga kurang dari RM5.00. Service not that bad as we received on the net. Tekan bell terus dia datang tapi mungkin kena lebih ramah dan tambah lebih senyuman selepas ni. Kebersihan juga OK paling penting pilihan makanan banyak dan harga berpatutan.
So, you all kalau nak try real Kelantanese Food termasuklah Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Nasi Berlauk, Nasi Ulam dan Nasi Kukus pada harga yang berpatutan, sila lah ke Hayaki Cafe yang beroperasi 24 jam ini.
Alamat Hayaki Kopitiam Cafe di Platinum Walk :-
87-G Platinum Walk
No. 2 Jalan Langkawi
53300 Kuala Lumpur
Cafe ni beroperasi 24 jam ye kawan-kawan. Sila la terjah at anytime. Ok Bye.
Opss hunting partner dalam Misi kali ini terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu. Ha dah-dah .. jangan nak speku nanti kontroversi susah la kan. Haha.
mcm sedap. da dekat dengan rumah ni :) tapi tak pernah pergi lagi
ReplyDeletesedap-sedap tgk kakchik...yg bestnya 24 jam open tu...
ReplyDelete