Pages - Menu

Boboiboy di Motion Art Studios, Ipoh, Perak

Hello Readers ..


Harini Misz-ella nak share satu berita gembira yang akan buat kita semua teruja. Movie Animation Park Studios (‘MAPS’) sedang dibina di Ipoh, Perak. Yesss !! Another attraction di daerah yang sangat sinonim dengan panggilan 'Ipoh Mali' dikalangan rakyat tempatan. 

In this Entry, i'm gonna share with you what Movie Animation Park Studios (MAPS) is and why i find this park is something to look forward to. 


MAPS adalah Taman Tema Filem Animasi pertama di Malaysia dan merupakan projek paling unik dan mengujakan yang sedang dibangunkan dalam landskap hiburan santai & pelancongan di Malaysia.  

Terdapat enam (6) zon di dalam MAPS, lebih 40 permainan (ride), pertunjukan & tarikan termasuk zon khusus untuk DreamWorks Animation yang pertama di Malaysia, drop tower tertinggi di Malaysia, pertunjukan aksi (stunt) kereta secara langsung dan pelbagai makanan & minuman serta kedai-kedai menarik. MAPS adalah sebuah Taman Tema Filem Animasi yang bakal menjadi tarikan seluruh keluarga dan pengunjung dari semua peringkat umur serta direka mengikut cuaca Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun.

MAPS yang sedang dalam pembinaan, dijangka akan dibuka kepada orang ramai pada suku pertama tahun hadapan.

Pintu masuk utama ke Motion Animation Park Studios (MAPS) ~ Gambaran Artist


 MAPS Animation Square yang sangat meriah -Gambaran Artist

Salah satu antara 40 permainan atau 'ride' untuk hiburan pengunjung-pengunjung MAPS - Gambaran Artist


Lagi tarikan menanti pengunjung MAPS - MAPS Indys HQ Trees House - Gambaran Artist

MAPS Animation effects - Gambaran artist

Bukan sekadar tarikan-tarikan itu, MAPS juga turut diserikan dengan watak-watak dari siri animasi tempatan terkenal iaitu Boboiboy yang turut terpilih untuk menjadi sebahagian dari ahli keluarga MAPS dan bakal bersama-sama meyambut kedatangan pengunjung-pengunjung MAPS pada pembukaannya tahun hadapan.

Dalam satu Majlis Pengumuman baru-baru ini, Pengerusi dan Pengasas RSG, Ramelle Ramli berkata: “Dengan penyertaan BoBoiBoy bersama MAPS Perak, semestinya ia akan menjadi daya tarik yang besar memandangkan ia merupakan animasi yang begitu dekat dan amat dikenali kanak-kanak Malaysia.”

Ketua Pegawai Eksekutif Animation Theme Park Sdn. Bhd. (ATP), Darren McLean pula dalam Ucapannya mengatakan bahawa “Animasi Malaysia BoBoiBoy kini akan ditempatkan bersama-sama karakter-karakter francais ternama antarabangsa daripada sebuah studio animasi berprestij dunia, DreamWorks Animation yang berpangkalan di Los Angeles. Kami amat teruja kerana para peminat animasi BoBoiBoy juga dapat menikmati keseronokan bersama karakter-karakter kesayangan ramai daripada Mr. Peabody & Sherman, Megamind, The Croods dan Casper the Friendly Ghost,” 


Dalam Majlis yang berlangsung serentak dengan Ulang Tahun ke-4 BoBoiBoy, Ketua Pegawai Eksekutif Monsta, Nizam Razak mengumumkan bahawa syarikatnya kini telah menemui ‘kediaman’ sempurna untuk BoBoiBoy di MAPS. Pada majlis tersebut, jemputan media turut dipertontonkan video dan ilustrasi seni tentang sedikit bayangan terhadap BoBoiBoy 4D Ride kelak.
  

4th Anniversary Celebration for BoboiBoy. Happy 4th Birthday BoboiBoy. Moga terus sukses dan sentiasa dihati anak-anak Malaysia. Moga terus terkenal dan mengharumkan nama Malaysia di persada Antarabangsa.

Dengan penyertaan BoBoiBoy bersama MAPS, ia mampu menawarkan pengunjung taman tema ini dengan pelbagai aktiviti menarik berdasarkan karakter-karakter popular BoBoiBoy. Pengunjung dapat menyaksikan sendiri BoBoiBoy dijelmakan di MAPS menerusi filem pengembaraan 4D yang dihasilkan secara eksklusif yang hanya dapat disaksikan di MAPS. Para pengunjung, terutamanya kanak-kanak  boleh melawat BoBoiBoy Animation & Sound FX sebuah tarikan yang memberikan mereka pengalaman seperti seorang superhero dengan teknologi 3D. 



Pengunjung juga berpeluang mengunjungi Kokotiam Tok Aba kerana ia akan menyajikan makanan dan minuman terkenalnya iaitu minuman koko panas. Not only that Cenderahati BoBoiBoy turut dijual di Kokotiam Tok Aba. Wahh .. keriangan berganda untuk anak-anak kita, kan.

Dengan penyertaan BoboiBoy sebagai ahli keluarga MAPS, rakyat Malaysia kini boleh berbangga dan menyaksikan animasi BoBoiBoy hasil kerja produksi tempatan berdiri sama tinggi dengan produksi-produksi animasi berkelas antarabangsa di Taman Tema Filem Animasi pertama Asia, MAPS.

So peminat-peminat BoBoiBoy includes me .. . Dont forget  .. Motion Art Pictures Studio with The Home of Boboiboy will be open on first quarter of next year .. tak lama lagi tu. Lets get excited and start counting. Meanwhile, lets sing the song together .. BoboiBoy!! Yeahhh .. 

Untuk keterangan lanjut berkenaan MAPS Perak, layari www.mapsperak.com or www.facebook.com/mapsperak 



2 comments: