Pages - Menu

Buffet Ramadan 2015 ~ Balik Kampung Fiesta @ Prince Hotel


Hello lovely readers .. Ramadhan is around the corner dan seperti biasa kedatangan Ramadhan diraikan dengan berbagai acara kerana Ramadhan sangat istimewa. Bersempena dengan kedatangan Ramadhan tahun ini, Prince Hotel & Residence membawakan Buffet buka puasa dengan tema 'Balik Kampung Fiesta" untuk bersama-sama meraikannya.

Mewakili etnik berbilang kaum dan budaya, Prince Hotel & Residence tahun ini menyediakan Buffet buka puasa mewah dengan masakan dari pelbagai negeri di Malaysia. Masakan tradisi kegemaran rakyat Malaysia tidak dilupakan menggunakan herba-herba yang membangkitkan aroma hidangan tersebut. Chef juga memastikan resipi dan hidangan Buffet buka puasa ini menepati citarasa pelanggan dan pelanggan bakal berpuashati dengannya.


Antara hidangan 'autenthic' dan tempatan yang bakal dihidang sempena Ramadhan tahun ini adalah Deep Fried Sea Bass with Red Guava Salad (Ikan Siakap Goreng Acar Jambu) Braised Beef with Local Spice (Rendang Tok), Roasted Chicken with Honey and Sesame (Ayam Panggang Madu Berbijan), Oxtail cooked with Dried Cilli and Tamarind Gravy (Oxtail Assam Pedas), Kambing Vindaloo and Udang Masak Tempoyak Petai.




Bertempat di Eccucino Brasserie, Buffet Buka Puasa Ramadhan di Prince Hotel & Residence tahun ini turut diserikan dengan persembahan tradisional "Ghazal” dari Kumpulan Seri Mewah bermula dari jam 7 petang hingga 10 malam sepanjang tempoh promosi.

Nasi Mandy Arab bersama Kambing Panggang (Saffron rice with roasted lamb) adalah antara hidangan utama yang bakal menarik perhatian pelanggan.

Laksa Utara and Laksa Johor station with condiments



Buat peminat-peminat laksa ...

Chicken and beef satay with condiments, Lemang, Lemang Pulut Hitam & Ketupat bagi memeriahkan lagi sambutan Ramadhan di Prince Hotel & Residence tahun ini.


Oxtail Assam Pedas (Oxtail cook with dry chili and tamarind gravy)

Ayam Panggang Madu Berbijan (Roasted chicken with honey and sesame)

Rendang Tok (Braised beef with local spice)

Ikan Siakap Goreng Acar Jambu (Deep fried sea bass with red guava salad)

Sup Kambing mamak

Kambing Vindaloo and Udang Masak Tempoyak Petai

Vegetables 




The 'Kerabu' Counter ~Kerabu Daging Kacang Botol, Kerabu Lautan, Kerabu Ayam Panggang, Kerabu Telor Goreng, Acar Mentah, Ulam-ulaman


The Grill Section

Grilled seafood with Air asam, Sambal Kicap, Cili Potong dengan soya Sos

The Cold Counter



Sweeties ..

Bubur Pulut Hitam and Bubut Kacang Hijau ~ A must during Ramadhan



Aneka Malay KuehTapai Ubi and Tapai Pulut, Tempeyek, Assorted Dodol


The “Balik Kampung Fiesta” Buffet Promotion bermula dari 6:30 petang hingga 9:30 malam setiap hari dan berharga RM137.60/Dewasa dengan potongan harga sebanyak 50% bagi kanak-kanak berusia 12 tahun dan kebawah dan adalah Percuma bagi kanak-kanak dibawah 6 tahun. 

Pihak Prince Hotel & Residence turut menyediakan kemudahan bersahur dari jam 4:30am to 5:30 setiap hari dengan harga RM56/dewasa. Semua harga adalah termasuk servis caj 10% dan GST.

Bagi Buka Puasa secara berkumpulan seramai 50 orang, the Prince Hotel & Residence Kuala Lumpur menawarkan 'specially tailored buffet menus' bagi organisasi yang berminat menganjurkan  Jamuan atau 'special get-togethers' sepanjang Ramadhan ini.  Pihak Hotel juga menerima tempahan untuk acara yang boleh diadakan di 'pillarless Grand Prince Ballroom' yang boleh memuatkan sehingga 420 orang dalam satu masa atau juga di 6 'function rooms' yang lain. Pihak hotel turut menawarkan 'tailored buffet menus' dengan harga mengikut hidangan buffet pilihan.

Pihak Prince Hotel & Residence Kuala Lumpur turut menyediakan Surau Lelaki dan Perempuan bagi memudahkan pelanggan-pelanggan beribadah sepanjang bulan Ramadhan ini. 

Pelanggan digalakkan membuat tempahan awal bagi memastikan tempat duduk mereka. Untuk buffet “Balik Kampung Fiesta” hubungi 03-2170 8888 extn. 8119. 

Untuk tempahan lain, hubungi 03-2170 8888 extn. 8119 atau email l restaurants@princehotelkl.com.my atau layari www.princehotelkl.com untuk promosi F&B terkini, hiburan dan lain-lain.

1 comment:

  1. Wah...semuanya sedap..tapi bila berbuka mesti tak boleh nak makan semua..huhu

    ReplyDelete