Hello Readers. Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa.
Another interesting place for Buka Puasa yang Misz-ella sempat review. Kali ini kita akan berbuka puasa bertemankan pemandangan bandaraya Kuala Lumpur yang bergemerlapan di malam hari.
Bersempena dengan Ramadhan tahun ini, Menara Kuala Lumpur dan Restoran Rebung telah bekerjasama untuk meraikannya dengan menyediakan Buffet
Ramadhan @ KL Tower dari 23 Jun
hingga 12 Julai 2015, bermula 6.30
hingga 10.00 petang di Mega View
Banquet Hall, Menara Kuala Lumpur.
Didatangkan khas dari dapur Restoran Rebung, pengunjung bakal menikmati masakan 'Kampung' yang sangat enak dan asli dan pelbagai lagi hidangan lazat yang disediakan oleh Chef Ismail.
Pengunjung juga turut berpeluang untuk menemui Chef Ismail pada setiap Rabu dan Jumaat untuk melengkapkan pengalaman berbuka puasa di Menara Kuala Lumpur.
Harga Buffet Ramadhan adalah
RM99++ untuk dewasa dan RM59++ untuk kanak-kanak. Percuma untuk kanak-kanak dari 1 hingga 3 tahun dan juga percuma tiket
masuk ke Pelantar Permandangan, Menara Kuala Lumpur.
So buat mereka-mereka yang sedang merancang untuk Berbuka Puasa di luar lebih-lebih lagi buat yang mahukan kelainan, apa kata bawa kesayangan berbuka puasa dengan masakan Kampung sambil menikmati pemandangan Kuala Lumpur yang indah hanya di KL
Tower. Bagai berada di kampung yang tinggi di awan yang biru .. Its so best I tell U. Kalau tak percaya cuba tengok Suzai, tersenyum bahagia dia di KL Tower. Hehe. *photo from SizzlingSuzai's Insta*
Bagi setiap pembelian 10 buffet Dewasa, 1 buffet percuma akan diberikan. Kemudahan surau turut disediakan bagi memudahkan pengunjung beribadah.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi
talian 03-2020 5444 dan layari www.menarakl.com.my atau
www.facebook.com/officialmenarakl
HAHAHAHAHAHHA omg kakkkkk sebijik bijik muka sy sorg2 tu wat gapo tu??! hahahahaha MALUNYE letak la muke akk hahahhaha btw kak tq invite cantik temp n mknan pon mmg sodap!
ReplyDelete