Pages - Menu

Lempeng Pisang, Bingka Roti, Badak Berendam, Popia Mama

Selamat Berpuasa kawan-kawan. Bulan puasa ni i spend more time at Mom's, memandangkan Arwah Abah baru meninggal, maka sangat lah wajar Misz-ella meneman Mama berbuka dan bersahur. Lagipun best berbuka rumah Mama, Mama massk sedap, kalah Chef-chef lain di luar sana.

Hari pertama, mama masak Lemak Cili Padi Ikan Bawal, Ikan Bakar dan Kubis goreng. Lepas tu Mama buat Lepat Labu. Wahhh .. habis kami makan. Bayangkan, 5 beradik berserta dengan ahli keluarga berbuka puasa bersama. Dah jadi tradisi famili kami, hari pertama puasa mesti balik rumah mama, mesti buka puasa ramai-ramai. Alhamdulillah, setakat ni Ipar-ipar semua memahami, semua tak kesah. Tu tandanya famili kitorang memang best .. memang 'hip-hop'. Haha.


Puasa ke 2 Misz-ella pergi Pasar Ramadhan dengan Amir, ternampak Lempeng Pisang dan Bingka Roti, terus beli.

Lepas tu Amir cakap Badak Berendam Makcik ni sedap, terus Misz-ella beli jugak.

Paling special hari ke dua ni ialah Popia Goreng yang mama buat sendiri. Mama buat simple je - Tumis bawang putih, dah naik bau masukkan sengkuang dan carrot yang dah dihiris halus-halus. Lepas tu letak garam dan gula. Kacau-kacau, angkat letak dalam penapis.

Paling best Sos Cili Mama lah. Mama tumis bawang putih, tumis cili kering yang dah dimesin. Cili dah garing masukkan air asam jawa banyak-banyak. Lepas tu masukkan gula dan garam. Done. Simple je Resepi Sos Cili Mama, kan. Tak letak cuka. Cuka sangat berasid, not good for our tummy. Sos yang sama kita gunakan untuk Cokodok dan Tahu Sumbat. OhhMyy .. mama masak sedap bertambah-tambah kami makan. Masa ni terasa macam masih anak-anak muda remaja lagi. Masih memuja-muja dan ternanti-nanti masakan Mama. Masih bertanya .. Ma masak apa harini? Moms cook is the best in the World lah!!

OK bye Readers. Misz-ella dah habis dah sembang dengan korang. Nak pergi buat kerja lain pulak lah. Bye.


3 comments:

  1. gambar yg pertama tu bukan ker kuih asam gupal???

    ReplyDelete
  2. gambar yang pertama tu bukan ker namanya asam gupal??

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete