Pages - Menu

Misz-Ella di mana-mana


A very busy week. Misz-ella di mana-mana .. dengan sesiapa sahaja dan bermacam 'itinerary' nya. 

On the way for A Pie Thing with my Darling Tammy. Minggu ni memang busy .. macam-macam ada. But dont worry .. busy means good. Busy means my mind and body is working ..busy means Misz-ella sangat dikehendaki .. penat tak pe .. nanti kita rehat la, kan.

A session with The Coolest Photographer ever - Steven Goh. Cute lah dia ni and quite fun too. Very cool, rilex, very supportive. Seronok bekerja dengan dia.

Malam di rumah Tan Sri dan Puan Sri untuk Sessi bersama Chef Jo dari Rancangan Master Chef Malaysia. Saya yang bertuah berpeluang mendengar kisah Chef Jo mengembara seantero dunia bersama masakannya. Chef Jo yang 'humble' dan sangat merendah diri .. reminded me on how we should be .. makin berisi makin tunduk ke bumi.


A meet up with the most handsome PR Director in Town, Dee Leonard to support their Event. Kerana kau aku datang. Kerana kau aku ada kat sini. Tapi best la kan, ber BBQ di tepi swimming pool di waktu tengahari even sebelum tu i rasa macam pelik je. Haha.

UTHM aku datang. Its good to be here. UTHM dan TP bakal melakar sejarah di bidang ilmiah apabila kolabrasi kedua-duanya bakal menyemarakkan lagi arena ilmuan di Malaysia. The official announcement will be out soon, with the presence of the VIP's and i'm gonna be part of it. Seronoknya saya disini dapat menimba ilmu bersama-sama Team TP saya. Alhamdulillah .. perancangan Allah SWT itu sangat indah. Hidup saya penuh dengan warna .. tiap hari ada cerita dan pelajaran baru untuk saya.

Tak sangka ada blog reader saya di UTHM ni. Tq adik kerana menyapa Misz-ella sebaik sahaja habis meeting di sini. Terima Kasih kerana baca blog akak ye. Blog saya tak gah mana pun .. sekadar coretan insan kerdil buat kenangan hari tua. Tu je. Tu cara Misz-ella nak tinggalkan kenangan buat kesayangan .. almaklumlah .. Aiman kan anak tunggal. Biarlah di ketika Misz-ella dah tiada di muka bumi ini nanti, Blog ini menjadi penghubung kami. By that time my blog will be Private ~ For Aiman eyes only. In Sha Allah. Ehh ok lah. I got to go. My partner udah menunggu dalam kereta. Byeeee.


Love & Sunshine ~ New from Bath & Body Works

Hello Hai Readers ..

Setuju tak kalau Misz-ella cakap masa mandi adalah masa yang paling best sekali. Masa ni lah nak memanjakan tubuh badan .. nak membelai setiap inchi dan sudut sambil membersihkan diri. Yeahhh .. masa mandi memang paling best .. kecuali kalau u all mandi kambing. Konfem masa mandi jadi masa yang paling korang benci .. sebab tergesa-gesa mengejar masa. Haha.

Introducing you Bath and Body Works, kedai menjual rangkaian produk jagaan badan kegemaran Misz-ella and i'm sure some of you are aware about it. Paling best dan leka masuk kedai ni .. dari pintu kedai hingga lah ke hujung, penuh dengan barangan yang sangat menggoda dan bisa menipiskan dompet Misz-ella ni dan paling best bila keluar dari kedai ni kita akan berbau tersangatlah wangi. Weeeee .. best!


Terbaru di Bath & Body Works ~ Love & Sunshine body care range is guaranteed to make you smile. The fresh and playful fragrance is a bright, happy blend of the juiciest fruits, brightest blooms and most cheerful citrus – it’s happiness in a bottle.

My current favorite. Tiap kali mandi mesti Misz-ella guna yang ni. Over, kan sebab kebiasaannya kita 'scrub' badan seminggu sekali tapi tak kesahlah kerana Foaming Sugar Scrub ini berjaya membuat kulit saya happy. Tidak mengeringkan kulit malah membuat kulit lebih segar dan selesa selepas menggunakannya. Tambah istimewa sebab aromanya sangat manis .. sampai terfikir .. kan bagus kalau boleh makan sebab bau kau ni kan, dah macam bau gula-gula kapas. Ohhh suka sangat lah membersihkan diri dengan si kuning yang manis ni .. rasa tak nak keluar dek mabukkan aromanya. Tersangat lah best!


Kalau masuk ke kedai ni, jangan lupa cuba kerana awal-awal dia dah shout 'TRY ME!!'




Set Love & Sunshine datang lengkap dengan :-

Shea & Vitamin E Shower Gel - RM62
Shea & Vitamin E Body Lotion - RM62
Fine Fragrance Mist - RM70
Ultra Shea Body Cream - RM62
Diamond Shimmer Mist - RM78
NEW! 2-in-1 Bubble Bath & Body Wash - RM68
NEW! Foaming Sugar Scrub - RM80
Travel-size Shower Gel - RM25
Travel-size Body lotion - RM25
Travel-size Fragrance Mist - RM29

The Diamond Shimme Mist is also a MUST have item. It gives u a cooling and refreshing feeling especially with Kuala Lumpur hot weather. 




Lagi yang best di dalam kedai ini ~ Scented Candle/Lilin beraroma yang OhMyy .. banyak nya la pilihan sampai Mak rasa nak angkut semua bawak balik rumah boleh bakor lilin wangi hari-hari dan buat rumah kita rasa romantik sangat .. jangan sampai terbakar sudah! Haha.



All are my favourite .. i want them all tapi sayang fulus tak ada. Hehe.



Try this for your Stress relief therapy


Pewangi bilik dalam bentuk begini pun ada juga buat mereka yang tak suka membakar lilin. 



More pictures on the Scented candle available in The Bath & Body Works

Mad about you collection is also available at The Bath & Body Works. Yesss!! I am mad about you, Bath & Body Works .. masuk kedai ni memang rasa tak nak keluar sebab di sini semuanya indah dan wangi.

So readers, for those of you who are looking for a complete body care product range please do not hesitate to walk into any Bath & Body Works outlets and be prepared to get crazy about it. Bersih, segar dan wangi .. I'm sure you will love it and as for me, The Curve outlet is my favourite.








Saturday Working Day, Brownies Sedap, New HRV

Saturday working day. Spend my time from pagi sampai malam. Seronok jadi orang busy. Misz-ella tak suka duduk diam. Tak suka melepak dalam rumah sambil baring melayan TV or whatever yang seerti dengannya. I love to be active and keep on moving. That is the secret of maintaining my youth at the age of 40 - sentiasa berfikiran positif, stay active and be happy. Yeayy !!

Hari Sabtu kita kerja leee ..


 Food hunting with offismate last Thursday .. misi mencari Ikan Bakar on someone new HRV. Comel kan kitorang .. haha. Dan misi Food Hunting bersambung hingga ke malam .. ke Sambal Hijau lalu berakhir di Rasta, TTDI tapi jangan risau, mak tetap Cinderella yang harus pulang sebelum jam 12 malam. Hehehe.

 Saya tak da kueh raya. Teringin sangat nak ada Kueh raya sendiri. Tq Faraherda Razalan sudi buatkan Brownies, cookies Bujang Lapok dan Che Rokiah untuk Kc. Mekaseh banyak-banyak. Lepas sudah hajat hati mahu jamu kesayangan di Hari Raya ini. This is the best brownies that i had tasted so far .. and cheap. This big box luxury delicious brownies harga dia .. mati la konfem korang tak percaya. So far i dah jamu more than 20 peoples with this brownies dan dorang terkagum dengan kesedapan dan kemewahannya. Nak cuba? Cari Faraherda Razalan di FB dan PM dia. Rasa sedap harga murah = berbaloi.

Ok bye. Gonna talk something serious tomorrow. So u alls dont forget my blog .. everyday must chekidauttt, k


Jangan Sampai Benci. Mee Goreng Soto.

Kadang-kadang perlu ada sedikit 'kejam'
Ada masanya perlu tidak bertimbangrasa
Atas sebab-sebab yang tak terluah dengan kata-kata
Tapi yang pasti, untuk kebaikan bersama

Sebab tu Jangan Sampai Benci.
Sebab bila timbul rasa benci, maka berakhir lah segala-galanya.


Yes .. I am a very easy going, friendly, lovely and a loyal person. I love all my friends. Kawan-kawan melengkap dan memeriahkan lagi kehidupan insan kerdil bernama Ella ini. Tapi sayang, bila ada yang menyakiti .. bila ada yang tak hargai .. dan bila ada orang yang khianati persahabatan kita. Once the damage has been done, maka i will do some cleansing. Aku jarakkan sebuah perhubungan and finally i End it and Say Goodbye. Sebab saya jujur maka saya mahukan balasan kejujuran. Sebab saya telus maka saya benci kepura-puraan. Saya hanya mahu yang baik-baik sahaja dalam hidup saya. Sebab saya dah beri yang terbaik maka yang saya harap hanyalah kebaikan. But in life, things comes with good and bad. Tuhan beri kita kedua-duanya agar kita lebih menghargai kehidupan. Tuhan beri pahit kerana dalam pahit itu ada nikmat. Yang baik, kita simpan dan jadikan pegangan. Yang tak baik, saya jadikan teladan dan pengajaran. Thanks for the good and bad things that happen. Both contributed a lot in my life.





By the way, haritu Misz-ella masak Mee Goreng Soto. Al-kisahnya terhasil resepi itu ialah apabila malam sebelum nya Mama masak Mee Soto. Ada lagi baki sup, mee dan bahan-bahan iringan keesokan pagi tapi dah tak syok la kan berulang makan Mee Soto tu lagi.

So Misz-ella tumis bawang putih, masukkan cili mesin, masukkan ayam, masukkan mee kuning, masukkan kicap cili api dan akhirnya masukkan sup soto. Maka jadilah Mee Goreng Soto. Bila Aiman makan .. Kenapa mee goreng ini rasa Sup? Haha .. begitulah kejadian terhasilnya resepi Mee Goreng Soto ini. Haihhh .. musim-musim Raya ni banyak pulak idea, kan. Rezeki minda kecil Misz-ella kot. Hehe.

Al-kisah Raya ke 6 - Bihun Goreng Tomyam

Raya-raya ni kan, paling stress bila orang nak datang rumah .. stress sebab tak tau nak masak apa.

So bila mama cakap Kc balik la cepat tolong mama goreng Bihun ada orang nak datang beraya. Alaaaa .. bosannya makan Bihun goreng. Dah tu nak masak apa? Blurr sekejap. Tak tau nak jawab apa.

Dan tiba-tiba ... Kita buat Bihun Goreng Tomyam la Ma .. lain sikit.

So here we go -.Bahan-bahan membuatnya


Dah siap. Nampaknya tetamu makan bertambah-tambah. Sedap kot Misz-ella masak. Haha *perasan*

Sekeping gambar - Iftar bersama Aiman dan rakan-rakan. Kawan Mama = kawan Aiman. Kawan Aiman kawan mama jugak. Kitorang memang camtu selalu. Nasib baik la kepala tua ku a bit gila-gila dan boleh campur dengan yang muda. Misz-ella ni orangnya 'happening' tapi ada masanya boleh buat orang lain 'headpening' kalau tersilap gaya. Haha.

Masih setia dengan krim mata Marysharon untuk cantikkan mata. Check my blog to find out more, k. Ok bye. Mak nak pi buat benda lain pulak. Terima Kasih datang sini. Esok-esok datang la lagi. Ahhh .. pantun pulak dah si Ella ni. Haha. Byee.

Al-Kisah Raya ke 5 ~ Ayam Penyet dan Hati luka

Selamat Hari Rabu.
Harap-harap hari ni tak haru biru.
Selamat Bekerja kawan-kawan.
Selamat Bersekolah anak-anak.
Dah habis dah 'happy hour' kita ye ..
Back to reality .. dunia nyata kita yang serba busy ..
Jalanraya dah mula jem .. rutin 9 to 5 pun bermula ..
Camtu la kehidupan .. routine repeated everyday without fail


Tuesday, 5 Syawal - Jalan-jalan cari makan .. ke The Curve kita. Kat Klang Valley ni, The Curve, 1 Utama je lah tempat favorite kita. Pavillion, KLCC, Sunway Pyramid, Mid Valley kalau tak da hal, kalau takat saja-saja, memang takkan pergi. Mungkin sebab The Curve dan 1 Utama dekat dengan rumah kot. Maka dekat juga lah di hati kita, kan.


Ayam penyet and Iga Cabe Ijo for us today. Tempat makan - Warung Leko The Curve

Perasaan lepas makan? Soooo happy my tummy!! Habis sepinggan nasi Misz-ella makan sorang. Oh melayang my diet kerana lauk yang sangat sedap ini. Isinya lembut, rasanya sedap .. lain kali nak repeat lagi. Korang kalau datang ke Warung Leko ni jangan lupa try ye. Gerenti sedaplah!


Al-kisahnya si kuching - Kenapa lah si Miko ni sangat memahami? Dan kerana dia sangat memahami dia sangat disayangi. So touching dengan karenah si Miko yang tak pernah menyakitkan hati .. unlike sesetengah orang yang sesekali melukakan hati Misz-ella ni. Like hurting me tak bagi kesan apa-apa pada dia. Like hurting me is nothing. Like ahhh .. ada aku kesah kalau kau kecik hati atau marah? Helololo ... hati i tak dibuat dari kristal mahal tu ok .. hati i memang kuat tapi a bit soft and fragile. Tapi kehidupan ini sebenarnya mudah .. daripada fikirkan benda-benda yang menyakitkan hati .. lagi bagus kita buat perkara or berdamping dengan orang yang buat kita hepi. Afterall hidup ni tak kurang dengan kasih sayang, kan. So ok .. nak siap-siap gi keluar dan jalan-jalan cari makan .. takmo fikir benda-benda negative yang boleh men 'down' kan diri. Selamat Bekerja ye korang. Byeee.



Raya ke 3 Happy Hour

Sekejap je dah Raya ke 5
Bermakna dah 3 hari Misz-ella berehat termasuk hari ini.
Raya saya tahun ini sekadar yang wajib sahaja ..

Misz-ella personally tak da gambar raya tapi dalam banyak-banyak gambar, yang ni paling berkesan di hati. Senyuman paling ikhlas, paling berseri dari 3 sepupu ni. Senyuman dari hati, dunia mu berseri.

Momoks di rumah Opah pada hari raya ke 3. Haha. Misz-ella sapu 'mask', meh sini ma buh kat Aiman sekali. Yaaa .. mak momok dan anaknya sedang ber happy hour together di Hari Raya ke 3.

Selfie Raya Ke 2 - beruntungnya saya tahun ini baju raya semuanya disponsor. Tak kira mahal atau murah, tanda ingatan seseorang pada kita sangat bermakna. Bangga pakai baju kesayangan bagi. Hehe.

Dah bosan di rumah kita ber happy hour di 1 Utama. Jalan-jalan bercintaan .. look see look see .. makan itu ini .. spending quality time together. Heyyy its Sangkaya Ice cream - my favorite aiskrim kelapa with kerisek topping.

Lepas tu kita makan 'Topokki'. Myeongdong Topokki sudah bukak di 1 Utama. Peminat Korean food sila lah serbu .. depan Daiso kedai dia.

Kenapa ye anak lelaki sangat rapat dengan mak compare to Ayah? Aiman bukan kesah if Abah dia tak da .. Abah outstation ke, sibuk keja ke, Abah gi mana-mana ke .. Asal mama ada Aiman dah hepi. My mom is my girlfriend, my mom is my bestfriend ..camtu la dia bagitau orang. Nak sentap ke, nak manja ke, nak melawan ke, nak apa-apa ke ..dengan Mama je la. Misz-ella pun dah terbiasa nak gi mana-mana bawak dia. Aiman anak Mak, kan. Takyah malu jadi anak mak sebab Syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Senyum kat mak dapat pahala, buat baik kat mak dapat pahala, buat mak gembira pun dapat pahala. Jaga mak kita. Mak sorang je tiada gantinya even wang berjuta ganjarannya. Tiada kasih setulus kasih ibu. Hanya seorang mak yang boleh menerima tiap buruk baik, tiap kelemahan dan kekuatan anak-anaknya. Berkawan biar beribu, berlaki mungkin lebih dari satu *haha* tapi mak tetap satu. Misz-ella bersyukur bulan puasa tahun ni dapat luang lebih masa dengan mama. Alhamdulillah. Misz-ella bersyukur ada seorang lagi mama yang tak kurang hebatnya nun jauh di Segamat. I love both my mom. Hidup saya sangat bererti dengan adanya dua orang wanita hebat ini. Moga Allah SWT pelihara kedua-dua Mama saya dengan limpahan kasih sayangnya *sobs*

Mari kita pangkas rambut .. zasss di Quick Cut, 1Utama .. RM17 10 minit settle. Very the quick i tell you and quite funky too.

Last but not least, nak share ni kat sini .. dan sentiasalah permudahkan urusan sesama manusia, maka Allah akan permudahkan urusan kita. Tq baca bebelan saya. Bye.




Celebrate Eid with Scent And Style with The Body Shop Gift Set


Hello hai readers. Salam Syawal.

This hari raya, kalau berhajat nak hadiahkan sesuatu kepada kesayangan, why not you all hadiahkan The Body Shop Raya Gift Set. Hadiah raya set haruman dari The Body Shop di Aidilfitri, sudah semestinya mengharumkan lagi silaturrahim sesama kita. Bermula dari 3hb Julai sehingga 23hb Julai 2015, The Body Shop membawakan anda rangkaian haruman terpilih yang sangat sesuai dijadikan hadiah bersempena dengan sambutan Syawal.




Samada kita ke rangkaian The Body Shop, atau beli online di www.thebodyshop.com.my, untuk turut serta meraikan Syawal dengan amalan mulia dan tradisi - Tangan yang memberi itu lebih baik dari yang menerima




















Setiap set hadiah istimewa ini di pack secara elegant dan terdiri dari haruman eksklusif, barangan penjagaan badan yang sangat 'gorgeous' dan barangan mekap yang sangat diingini .. setiap 'gift set' yang dibungkus indah dan dihias rapi ini sudah pasti akan dihargai oleh sahabat handai dan keluarga.

The Body Shop Raya Gift Set comes in two sizes (Medium and Small) ~ sudah semestinya merupakan hadiah yang akan membuat si kesayangan tersenyum gembira menerimanya. Berwangi-wangi di hari raya memang wajar diamalkan kita semua.


In the spirit of giving, The Body Shop is introducing two opulent new fragrances – Red MuskTM Oud and our special edition Life Is…TM Gold.






Red MuskTM Oud is inspired by oud, the world’s most coveted fragrance. Cherished over the centuries for its luxurious scent, Louis XIV loved it so much he instructed the royal laundries to wash all of his clothes in it. Instead of harming and killing trees, we re-created the scent of oud with a mysterious blend of olibanum, patchouli and cedarwood notes to capture oud’s opulent qualities. Red MuskTM Oud received a very good response from the customer, rata-rata sahabat Misz-ella sendiri suka dan jatuh cinta pada aromanya sangat sangat 'mysterious and sexy'. 



The bestselling Life Is…TM range also has an exciting new addition in 2015:
Life Is…TM Gold, available as a perfume oil and eau de parfum. It’s an intense,
long-lasting fragrance with top notes of mandarin, a rich white oral heart of freesia and jasmine plus a dry-down of vanilla-like benzoin and tonka bean. Yeahhh .. i fall in love with this nice refreshing Life is .. TM Gold by The Body Shop. 

To add additional values, The Body Shop is currently running a Fund raising campaign to help the needy children to go to school. With every purchase of the Ramadahan/Eid Gift Set, an amount of money will be contributed to them.




Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Misz-ella.blogspot.com was given an opportunity to chosed a box of The Body Shop Ramadhan/Eid Gift Set to be given to the Woman's Aid Organisation. Thank You Body Shop. To the lucky woman ~ Semoga Raya tahun ini lebih bermakna dan bererti dari tahun-tahun yang sebelumnya.

So readers, if you are looking for a Raya Gift, its not too late .. drop by at any The Body Shop outlets today and pick one of the box. If you are far away and would like to send a gift for your loved one, visit www.thebodyshop.com.my today. The Body Shop would be happy to surprise your loved one by helping to deliver it right to their door step. Eid Mubarak dear readers. Enjoy your Aidilfitri, ya.


















!!