Bermakna dah 3 hari Misz-ella berehat termasuk hari ini.
Raya saya tahun ini sekadar yang wajib sahaja ..
Misz-ella personally tak da gambar raya tapi dalam banyak-banyak gambar, yang ni paling berkesan di hati. Senyuman paling ikhlas, paling berseri dari 3 sepupu ni. Senyuman dari hati, dunia mu berseri.
Momoks di rumah Opah pada hari raya ke 3. Haha. Misz-ella sapu 'mask', meh sini ma buh kat Aiman sekali. Yaaa .. mak momok dan anaknya sedang ber happy hour together di Hari Raya ke 3.
Selfie Raya Ke 2 - beruntungnya saya tahun ini baju raya semuanya disponsor. Tak kira mahal atau murah, tanda ingatan seseorang pada kita sangat bermakna. Bangga pakai baju kesayangan bagi. Hehe.
Dah bosan di rumah kita ber happy hour di 1 Utama. Jalan-jalan bercintaan .. look see look see .. makan itu ini .. spending quality time together. Heyyy its Sangkaya Ice cream - my favorite aiskrim kelapa with kerisek topping.
Lepas tu kita makan 'Topokki'. Myeongdong Topokki sudah bukak di 1 Utama. Peminat Korean food sila lah serbu .. depan Daiso kedai dia.
Kenapa ye anak lelaki sangat rapat dengan mak compare to Ayah? Aiman bukan kesah if Abah dia tak da .. Abah outstation ke, sibuk keja ke, Abah gi mana-mana ke .. Asal mama ada Aiman dah hepi. My mom is my girlfriend, my mom is my bestfriend ..camtu la dia bagitau orang. Nak sentap ke, nak manja ke, nak melawan ke, nak apa-apa ke ..dengan Mama je la. Misz-ella pun dah terbiasa nak gi mana-mana bawak dia. Aiman anak Mak, kan. Takyah malu jadi anak mak sebab Syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Senyum kat mak dapat pahala, buat baik kat mak dapat pahala, buat mak gembira pun dapat pahala. Jaga mak kita. Mak sorang je tiada gantinya even wang berjuta ganjarannya. Tiada kasih setulus kasih ibu. Hanya seorang mak yang boleh menerima tiap buruk baik, tiap kelemahan dan kekuatan anak-anaknya. Berkawan biar beribu, berlaki mungkin lebih dari satu *haha* tapi mak tetap satu. Misz-ella bersyukur bulan puasa tahun ni dapat luang lebih masa dengan mama. Alhamdulillah. Misz-ella bersyukur ada seorang lagi mama yang tak kurang hebatnya nun jauh di Segamat. I love both my mom. Hidup saya sangat bererti dengan adanya dua orang wanita hebat ini. Moga Allah SWT pelihara kedua-dua Mama saya dengan limpahan kasih sayangnya *sobs*
Mari kita pangkas rambut .. zasss di Quick Cut, 1Utama .. RM17 10 minit settle. Very the quick i tell you and quite funky too.
Last but not least, nak share ni kat sini .. dan sentiasalah permudahkan urusan sesama manusia, maka Allah akan permudahkan urusan kita. Tq baca bebelan saya. Bye.
Wah..anak ngan mak ni...dating selalu...SA jugak jarang dapat dating ngan anak dara..nanti la one fine day nak pi jugak dating ngan anak dara berdua...at least Aiman boleh jaga mama dia kan....
ReplyDelete