Walau macamana pun gaya dan warna hidup kita, I found my life very interesting. Dalam sehari, macam-macam ada, dalam seminggu macam-macam peristiwa.
I am very lucky .. being chosen to experience such a colourful life, like a rainbow. Ada masa pagi Misz-ella di pejabat, tengahari entah di mana, petang di mana-mana tiba-tiba malam Misz-ella bersenam.
Ada satu hari tu, pagi di rumah Kenduri di Segamat, tengahari di Hospital Muar dan malam nya Misz-ella ber dinner Korea dengan kumpulan Rama-rama. What a colourful life I had. Some people ask .. Tak penat ke? Ummm .. aku rasa kekuatan setiap manusia itu bukan lah pada fizikal nya tetapi pada semangat dalamannya.
I believe in keeping a strong mind. When your mind is strong, automatik you akan jadi kuat. Our mind control everything, remember? Kalau minda dah lemah, dah letih, dah penat .. habislah. Apa pun kita tak boleh nak buat.
Maggi Mee prepared by Michael. Tiba-tiba rasa nak makan Mee maggi. Dalam bertanya ada lagi tak Michael mee maggi ni? Dia jawab ada. Tiba-tiba dah siap semangkuk untuk Misz-ella. Ohh My Michael .. TQVM. This is what happened when we live with Love. Penting nya hidup berkasih sayang sebab dengan berkasih sayang kita akan bahagia .. dan perkataan kasih sayang itu sendiri sangat luas dan besar pengertiannya. Kasih sayang sesama insan, kasih sayang sesama manusia .. tanpa mengira darjat, pangkat, bangsa dan agama. Terlalu luas dan besar definasi kasih sayang itu sebenarnya. Asalkan kita ikhlas dan jujur sesama kita, In Sha Allah, dengan sendirinya kita akan merasa bahagia.
Marzieyah my friend from Iran. Happy gila bila nak ambik gambar sama-sama. Banyak gelak, banyak ketawa .. She is so pretty .. bila berdiri sebelah dia, rasa bagai berdiri sebelah KLCC sebab dia sangat tinggi.
Dinner at The Shook, The Feast Village, Starhill with my blogger friends. It was a lovely fine dining dinner. So happy being surrounded by 'kawan-kawan yang satu kepala' .. we had a great fun time together.
I had my Skin Analysis done at Watsons Paradigm Mall last Saturday. So happy with the result. Mana tak hepi bila dia cakap my skin doesn't look like 40. Gila tak hepi? Hehehe.
Bersiap-siap untuk ke Malam Anugerah Skrin 2015 di PWTC hari Ahad lepas. Malam Raikan bintang tapi Misz-ella jemputan sahaja, bukanlah bintang yang diraikan so tak perlu lah saya bergemerlapan lip lap llip lap ber glameran like I also the star, kan. Event habis pukul 12 tengah malam followed by Post Party ASK 2015 untuk VIP guests and the artitsts only. All in all in .. hampir pukul 1:30 pagi baru Misz-ella sampai rumah. Yeahhh .. malam tu Cinderella moden ni langgar sumpah .. dia balik lebih dari 12 malam. Sampai rumah kepenatan tidur pengsan dan bangun pukul 6:30 pagi esok hari. Oh Myyy ... mata panda ku sangat ketara kerana tak cukup tidur and today, Monday November 9th, I will fly to Kota Bharu my hometown. Hujung minggu ni bakal pulang ke rumah Mama Ida *my stepmom* kat Segamat pulak.
Can see how colourful my life is? Dalam sehari macam-macam ada, surrounded by so many people whom i categorised them as my 'kesayangan' .. dalam sehari Ella akan berada di mana-mana dan Alhamdulillah .. I'm enjoying my life. Alhamdulilllah with the strength given by Allah SWT. Alhamdulillah I had a good life and I love it so much. Live life to the fullest. Hargai kehidupan yang ada kerana ianya sangat berharga.
No comments:
Post a Comment