Hai pembaca-pembaca blog Misz-ella!
Kali ni Misz-ella nak bawak you all ke satu destinasi percutian yang sangat menarik dan sesuai untuk seisi keluarga.
Mari kita ke Selatan Semenanjung Malaysia. Let me bring you to Puteri Harbour *formerly known as Nusajaya* Jom tengok apa ada di sana.
Pada 18hb Januari 2016 baru-baru ini, Misz-ella dan lain-lain rakan Media telah dijemput ke Majlis Pelancaran Kempen time.together. I have never been to Puteri Harbour, so excited to go and share my experience kat sana dengan you all semua.
Pelancaran Kempen time.together telah dilakukan oleh Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Yang Berbahagia Dato' Mirza Mohammad Taiyab.
Kempen Time.together ini adalah saluran yang tepat dan baik bagi seisi keluarga untuk menjalinkan hubungan mesra dan menangani masalah yang dihadapi sesetengah keluarga dalam era serba pantas ini. Puteri Harbour semestinya adalah destinasi mewah yang dilengkapi dengan kemudahan makan tepi laut dengan pelbagai tarikan dan aturcara yang sesuai untuk seisi keluarga menghabiskan masa kualiti bersama ~ kata Tunku Dato' Ahmad Burhanuddin, Ketua Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Themed Attractions Resorts and Hotels.
Sekitar Majlis Pelancaran
Pelbagai tarikan bersesuaian dengan semua peringkat usia ada di Puteri Harbour. Puteri Harbour menawarkan 'one-stop access to premier waterfront living' yang sangat unik baik untuk riadah, hiburan, makanan serta gaya hidup yang bersesuaian untuk seluruh keluarga.
Antara tarikan menarik di Puteri Harbour adalah kolaborasi di antara Puteri Harbour dan Hotel Jen yang menampilkan bilik-bilik eksklusif bertemakan Karakter Hello Kitty untuk didiami oleh peminat-peminat ikon tersebut. Bilik-bilik ini akan dibuka kepada orang ramai tidak lama lagi.
Antara tarikan menarik di Puteri Harbour adalah kolaborasi di antara Puteri Harbour dan Hotel Jen yang menampilkan bilik-bilik eksklusif bertemakan Karakter Hello Kitty untuk didiami oleh peminat-peminat ikon tersebut. Bilik-bilik ini akan dibuka kepada orang ramai tidak lama lagi.
Selain dari itu, Sanrio Hello Kitty Town juga berada di Puteri Harbour dimana ini membolehkan pengunjung menerokai dunia Hello Kitty yang mejadi kesayangan jutaan peminatnya di seluruh dunia. Pelbagai aktiviti menarik ada di sini termasuklah penampikan istimewa karakter Hello Kitty, perarakan karakter Hello Kitty, sessi fotografi dan pelbagai aturcara yang membolehkan pengunjung mendekati ikon budaya Jepun ini.
Red Bow Cafe, yang menjual barangan eksklusif Hello Kitty turut ada di Puteri Harbour.
Chilling around with one of the merchandise. Comel kan kitorang .. Hehe.
Puteri Harbour memiliki 'Puteri Harbour Marina', yang diiktiraf dikalangan komuniti pelayaran global sebagai 'must sail destination in the world'. Puteri Harbour Marina merupakan pelabuhan pertama di Malaysia yang diberi pengiktirafan tersebut dan menerima anugerah '5 Gold Anchor Award' oleh The Yacht Harbour Association (TYHA) United Kingdom pada Februari 2014. Terminal feri antarabangsa Puteri Harbour juga menawarkan laluan alternatif bagi kemasukan pelancong antarabangsa dan pada masa ini menawarkan perkhidmatan feri ke Tanjung Balai dan Batam, Indonesia.
Sekitar pelabuhan Puteri Harbour .. pemandangan adalah sangat 'superb'
Deretan bot-bot mewah di sekitar Puteri Harbour
Deretan pelbagai kedai makanan sesuai dengan pelbagai selera juga ada di Puteri Harbour
With all the attractions Puteri Harbour has to offer, Puteri Harbour is definitely a perfect time.together place for time you and your family. Marina, cruise, theme attractions resort and hotel rooms, varieties of dining options everything are here in Puteri Harbour. So readers, wait no more. Lets plan your vacation in Puteri Harbour. One stop destination for time.together and a perfect lifestyle destination.
More information about Puteri Harbour's offerings for families can be obtained from its website at www.puteriharbour.com
No comments:
Post a Comment