Hello hai beautiful readers ..
This is a beautiful entry. I'm sure most of us love to 'mencantikkan diri'. Definasi mencantikkan diri itu sangat luas dan salah satu cara untuk kelihatan cantik dan menarik adalah dengan berpakaian cantik, kemas dan menarik.
So beautiful readers .. this entry is for you.
It's ARIANI and Dato' Siti Nurhaliza readers .... nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. ARIANI bukanlah asing dalam industri hijab premium Malaysia dan telah membina nama sejak sembilan (9) tahun yang lalu, kini menghasilkan dua (2) koleksi istimewa khusus untuk pelanggan-pelanggan mereka hasil kolaborasi bersama Dato' Siti Nurhaliza ~ 'ARIANI X SITI NURHALIZA' dan juga 'ARIANI STOCKIST X SITI NURHALIZA.' Kedua-dua jenama ini adalah koleksi terkini yang dianggap paling istimewa kerana mendapat sentuhan peribadi Dato' Siti Nurhaliza.
So beautiful readers .. this entry is for you.
It's ARIANI and Dato' Siti Nurhaliza readers .... nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. ARIANI bukanlah asing dalam industri hijab premium Malaysia dan telah membina nama sejak sembilan (9) tahun yang lalu, kini menghasilkan dua (2) koleksi istimewa khusus untuk pelanggan-pelanggan mereka hasil kolaborasi bersama Dato' Siti Nurhaliza ~ 'ARIANI X SITI NURHALIZA' dan juga 'ARIANI STOCKIST X SITI NURHALIZA.' Kedua-dua jenama ini adalah koleksi terkini yang dianggap paling istimewa kerana mendapat sentuhan peribadi Dato' Siti Nurhaliza.
Majlis Perasmian dan Pertunjukan Fesyen gilang gemilang telah diadakan pada 10hb Mac, 2016 di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur dan misz-ella.blogspot.com telah dijemput untuk bersama-sama meraikan hari bersejarah tersebut.
Thank You to ARIANI and Dato' Siti Nurhaliza for the invitation.
Datin Farah Haryani Muhamad Philip, Pengarah Pemasaran Ariani Textiles and Manufacturing (M) Sdn Bhd dalam ucapannya mengatakan bahawa dengan pemilihan Dato' Siti Nurhaliza sebagai IKON ARIANI 2016, Ariani bermatlamat untuk menjadikan ARIANI sebagai hub jenama tudung yang eksklusif tetapi mampu milik dan menjadi pilihan utama untuk seluruh wanita berhijab di Malaysia dan serantau.
Kolaborasi ini dapat meningkatkan imej ARIANI sebagai jenama yang sesuai digayakan oleh semua golongan dan peringkat suia. Seperti aura Dato' Siti Nurhaliza yang sentiasa mendapat tempat di hati kebanyakan peminatnya, seperti itu jugalah hasrat ARIANI untuk membawa jenama ini ke hati semua wanita.
Majlis dimulakan dengan persembahan koleksi 'ARIANI X SITI NURHALIZA'
Kesemua koleksi ini dihasilkan dengan sentuhan tiga elemen utama merangkumi 'exclusivity, modesty dan contemporary' yang menjadi nadi kepada penstrukturan selendang dan tudung koleksi ini. Sebanyak enam (6) jenis koleksi tudung instant dan selendang telah diperkenalkan sempena kolaborasi ini iaitu Selendang Malvina, Instant Naureen, Instant Madeen, Instant Avelyn, Instant Raina dan juga Instant Erina.
Kesemua koleksi selendang dan tudung instant yang diperkenalkan pada petang itu adalah untuk memenuhi permintaan pelanggan dan pasaran yang mahukan koleksi tudung instant yang mudah digayakan tanpa mengenepikan ciri-ciri eksklusif. Kebanyakan koleksi ini dihasilkan dari fabric 'chiffon dan bubble georgette' yang bermutu tinggi. Didatangkan dalam pilihan warna pastel dan vibrant, koleksi 'ARIANI X SITI NURHALIZA' ini direka untuk semua peringkat umur wanita dan latar belakang serta boleh disesuaikan untuk pelbagai majlis dan acara.
Segmen kedua pula menampilkan kolaborasi julung kalinya antara 'ARIANI STOCKIST X SITI NURHALIZA'. Sebanyak enam (6) koleksi telah diperkenalkan iaitu Instant Layla Deluxe, Instant Layla Glorious, Instant Layla Demure, Instant Avelyn Allure, Instant Avelyn Magnifique dan Instant Majestic Basic.
Kesemua koleksi adalah diadaptasi dari karektor dan personaliti Dato' Siti Nurhaliza sendiri iaitu keanggunan dan kesopanan' Dua (2) nilai eksklusif Dato' Siti Nurhaliza diadaptasi kan ke dalam tiap helaian tudung instant ini yang mudah dan praktikal untuk digayakan dalam pelbagai gaya.
ARIANI STOCKIST yang diperkenalkan pada tahun 2015 bermatlamat untuk menyediakan platform perniagaan kepada usahawan baru atau yang telah lama berkecimpung dan berhasrat untuk meluaskan perniagaan mereka. Kesemua koleksi yang diperkenalkan di Ariani Stockist merupakan koleksi terhad yang dihasilkan untuk para stokis berdaftar ARIANI sahaja dan tidak terdapat di mana-mana cawangan Galeri Ariani.
Segmen Ke 3 pertunjukan fesyen petang itu adalah koleksi Creacion by Siti Nurhaliza. Dengan imej kasual dan minimal, kesemua koleksi 'ready-to-wear Creacion' by Siti Nurhaliza dipersembahkan dalam atmosfera berbeza apabila diiringi lagu Aku Cinta Padamu dalam susunan muzik rancak dan segar. OK readers .. this is so lovely ~ watching the models on the runway with Creacion accompanied by my favourite 'Aku Cinta Padamu' in a catchy, fresh and sweet melody. Tak berkelip mata memandang ..bahagia setiap telinga yang mendengarnya, proven that our local song tak kalah dipentas peragaan kalau betul cara ia dibawa. Honestly, this is one of the best fashion show I have ever attended.
'Ready-to-wear' Creacion by Siti Nurhaliza bersifat lebih minimal, elegan dan eksklusif. Kesemua koleksi ini adalah ilham sepenuhnya figura ini bersama pereka Creacion by Siti Nurhaliza
Kesemua koleksi 'Ready-to-wear' Creacion by Siti Nurhaliza ini sememangnya mendapat sentuhan peribadi Dato' Siti Nurhaliza bermula dari proses rekaaan, pemilihan fabrik sehinggalah ke proses pengeluaran dan pembuatannya.
Creacion by Siti Nurhaliza ini adalah fesyen 'ready-to-wear' terbaru direka khas untuk golongan wanita yang mementingkan gaya dan penampilan tanpa mengira usia, latar belakang dan bangsa. Creacion by Siti Nurhaliza boleh didapati di Jakel Mall, Kuala Lumpur.
Creacion by Siti Nurhaliza ini adalah fesyen 'ready-to-wear' terbaru direka khas untuk golongan wanita yang mementingkan gaya dan penampilan tanpa mengira usia, latar belakang dan bangsa. Creacion by Siti Nurhaliza boleh didapati di Jakel Mall, Kuala Lumpur.
Penampilan khas Dato' Siti Nurhaliza di pentas peragaan bersama peragawati yang menjayakan pertunjukan ini. It was a short, sweet and lovely moment when Dato' Siti Nurhaliza appeared in the runway with her famous 'Aku Cinta Padamu'.
If you are looking for a casual, catchy, minimal yet elegant wear, Creacion by Siti Nurhaliza could be the best for you. Visit Jakel Mall Kuala Lumpur today and get yourself with a piece of two. Reward yourself with this beautiful wear and lets feel beautiful and confident wearing it. Harga bermula dari RM89 dan ke atas. Thanks to Ariani and Dato' Siti Nurhaliza for this exclusive design which is affordable and so wallet friendly. With all the exclusivity the design has and the affordable price, I am sure Creacion will definitely win your heart. So korang jom lah kita .. pergi Jakel Mall Kuala Lumpur, cari Butik fizikal Creacion by Siti Nurhaliza, belek-belek, cuba-cuba dan beli sehelai dua. Its by Dato' Siti Nurhaliza you alls .. penyanyi kesayangan kita yang terkenal dengan keanggunannya.
So sebelum Misz-ella akhiri Entry ini, jom cuci mata dengan gambar-gambar di sekitar Majlis Pelancaran. Enjoy, ok and Thanks for reading this Entry.
Bersama Rakan Media dan Mimi Wahedah
Mimi Wahedah, model terkenal Malaysia suatu waktu dahulu, as lovely as before
Before the Event start
The sweet Dato' Siti Nurhaliza. Thanks for still remember me. Thanks for staying humble and lovely no matter where and which function we meet.
No comments:
Post a Comment