Pages - Menu

Rasa Malaysia Ramadan Ini di Pusat Konvensyen Sime Darby

Hello Hai Lovely readers ..

Ramadan bakal menjenguk kita lagi .. hanya 3 bulan dari sekarang, kita akan meraikan kedatangan Ramadan yang mulia dan bersesuaian dengan kedatangan Ramadan itu, maka bermulalah Promosi Berbuka Puasa.

Antara tempat menarik untuk Berbuka Puasa bersama keluarga ataupun rakan niaga dan rakan-rakan anda tahun ini adalah di Pusat Konvensyen Sime Darby dengan tema 'Rasa Malaysia Ramadan Ini'


20 gerai bakal menyediakan aneka makanan kegemaran Malaysia dibawah pimpinan Chef Eksekutif Azmi Md Sidek.


Kambing Bakar antara tarikan istimewa di Pusat Konvensyen Sime Darby


Juga terdapat pelbagai jenis Ikan yang bakal dibakar segar


Lauk pauk tradisi Melayu bakal membuka selera selepas seharian berpuasa



OK ,, tetiba rasa macam nak Berhari Raya




Sate Kambing, Ayam dan Daging


Pelbagai jenis minuman baik yang sejuk mahupun panas dan seperti biasa .. Air Tebu, Sirap Bandung, Soya dan Cincau sudah tentulah kegemaran kita semua di bulan puasa, kan.









Cold Section ~ termasuklah segala jenis Salad, Kerabu, Rojak Buah, Jeruk dan Macam-macam lagi






Sweet and lovely to end your 'Buka Puasa' ~ Antara yang menarik termasuk lah Tapai Pulut, Pulut Panggang, Wajik, Jeli Kelapa, Crepe dengan Durian, Kek Keju Durian, Repui Epal, Puding Roti dan Mentega


Hanya RM138.00 seorang untuk Buffet Rasa Malaysia Ramadan Ini di Pusat Konvensyen Sime Darby bermula dari jam 6:30 petang - 10:30 malam mulai dari 8hb Jun 2016 sehingga 5hb Julai 2016. Diskaun 50% untuk kanak-kanak berumur 6-12 tahun dan warga emas berumur 60 tahun ke atas.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Pusat Konvensyen Sime Darby menawarkan harga istimewa dengan menjual 'Voucher Early Bird'. Dapatkan 'Voucher Early Bird' tersebut pada harga RM79nett pada bulan Mac 2016 dan RM89nett sepanjang bulan April dan Mei 2016. Penjimatan yang hebat bagi poket kita semua, kan.

Selain dari itu, Pakej Jamuan Khas, Rumah Terbuka Hari Raya dan perkhidmatan katering turut disediakan oleh pihak Pusat Konvensyen Sime Darby.

Sementara itu, China Treasures juga menawarkan Promosi Ramadan bertemakan 'Dinner Indulgence'. Promosi ini menawarkan 75 jenis Dim Sum eksklusif dan dari 60 jenis hidangan yang disediakan segar. Dari hanya RM88nett seorang, promosi ini akan bermula dari 3hb Jun 2016 sehingga 7hb Jun 2016.


So readers .. Pusat Konvensyen Sime Darby could be a great option for you to dine and breakfast with your loved one during this Ramadan. For any enquiries and bookings, email Halia at halia.sdcc@simedarby.com or call them at 03-20893688. Cepat-cepat sebelum terlambat.  RM79nett if you buy the Early bird Voucher in the month of March. Huge savings for your wallet, friends!








No comments:

Post a Comment