Pages - Menu

Impiana KLCC Hotel raikan 40 orang anak yatim dan 10 orang ibu tunggal di Majlis Tahlil dan Berbuka Puasa

Salam Ramadan hari ke 8, readers.

Baru-baru ini, pada Ramadan ke empat (4), Misz-ella berpeluang ke Impiana KLCC Hotel untuk 'Majlis Tahlil' dan 'Berbuka Puasa' dengan 40 orang Anak yatim dan 10 orang Ibu tunggal dari Pertubuhan Kebajikan Al-Firdausi di Cheras, Kuala Lumpur.


Majlis yang diadakan pada 9 Jun 2016 turut dihadiri oleh wakil dari KLCC Property Holdings Berhad dan wakil dari syarikat-syarikat bersekutu Impiana KLCC Kuala Lumpur's (IKLCC).


Selesai Tahlil dan Solat Maghrib berjemaah, anak-anak yatim dan ibu tunggal dari Pertubuhan Kebajikan Al-Firdausi ini berbuka puasa beramai-ramai dengan juadah disediakan oleh pihak Impiana KLCC Hotel. Antara juadah berbuka puasa tersebut termasuklah Nasi Briyani, Ayam Goreng Berempah, Sate Ayam dan Daging, Murtabak, Kambing Panggang berserta Mint sos, Sup Gearbox, Bubur Lambuk dan pelbagai Kueh mueh. Aiskrim Baskin Robbins turut dijamu kepada tetamu yang hadir.




Selain dari pihak IKLCC, majlis ini turut mendapat kolaborasi dari Manulife, Inhanna Boutique, RonaSutra dan AltheaShine yang menjadi penaja bersama.

Para penaja turut memberi sumbangan Duit Raya kepada anak-anak yatim dan ibu tunggal.

Bukan sahaja Duit Raya, sumbangan lain yang turut diterima termasuklah Surah Yassin untuk Majlis Tahlil, Baju Kebaya untuk ibu tunggal, barangan kosmetik RonaSutra dan produk penjagaan kesihatan Reno Age.


Foto bersama pihak penganjur, pihak penaja, anak-anak yatim, ibu tunggal dan Ahli Jawatankuasa Majlis yang telah bekerja keras menjayakan Majlis ini.


Misz-ella dan rakan-rakan media yang lain

Seronok layan karenah anak-anak yatim ni. Seronok tengok diaorang 'happy' berkejaran ke sana sini. Dah makan aiskrim? Puasa tak harini .. antara soalan kami untuk hiburkan hati anak-anak yatim ini.

Misz-ella bersama Syafik dan Syaufik dari WWorld Malaysia Online Magazine, Puan Nora dan Cik Haziqah dari Impiana KLCC Hotel

Terima Kasih Impiana KLCC Hotel atas jemputan. It was good to see the smiling faces of the kids at the event. Syabas diucapkan kepada pihak pengurusan Impiana KLCC Hotel diatas penganjuran Majlis ini. Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima .. Moga majlis ini mendapat rahmat dan diberkati Allah SWT. Do more, ya.

No comments:

Post a Comment