Selamat Hari Raya 2016
Maaf Zahir dan Batin
Tahun ni Misz-ella tak da Gambar Raya. Yang ada gambar anak-anak sahaja.
Juadah Raya di Segamat - 20 ekor Rendang Ayam + Pucuk Maman, 7 ekor Ayam Masak Merah, 5kg Rendang Cili Api Daging, Kuah Kacang, Masak Lodeh dan Soto. Tq Mama Ida untuk hidangan yang sedap ini. Mama Ida is my stepmom, tapi kami sayang dia macam Mak sendiri.
Walau rambut ku oren brown (Miss Marry Brown) kata dia orang *haha* tapi jiwa ku tetap Melayu. Tshirt dan kain batik *auwwww .. so Melayu*
From Segamat with Love ~ Ramai lagi yang tiada dalam gambar
Empat tahun selepas Abah pergi meninggalkan kami and the bonding are still strong between us. Thank you father for spreading the love within us. We are here, in our Stepmother's house today to take care of the 'bridge' that you have built. Thank you. Moga Allah swt membalas jasa baik Abah. Semoga Abah berada dikalangan roh-roh yang beriman. Amin.
Back to KL and I started to received guests. Penatnya Raya dibandingkan dengan sebulan kita berpuasa menahan lapar dan dahaga, kan.
SELAMAT HARI RAYA my blog readers. I hope you had a great time. Bye.
No comments:
Post a Comment