Pages - Menu

Resepi Daging Goreng Kunyit. Sayur Lemak, Sambal Bilis buat BFF


Hello Readers ..

Kita masih di dalam bulan Syawal. Dalam ertikata lain, warga Kuala Lumpur baru nak berhari raya, kan. Almaklumlah seminggu pertama masing-masing berhari raya di Kampung halaman. Minggu-minggu seterusnya barulah berhari raya dengan rakan dan taulan.

I missed my BFF. They are my real BFF .. I knew them for more then 20 years. 20 tahun cukup untuk kenal hati budi masing-masing. Cukup untuk mereka kenal siapa Misz-ella yang sebenarnya. Memandangkan kita masih di musim raya, maka marilah kita ziarah menziarahi sesama kita dan memandangkan pejabat BFF tak jauh dari rumah Misz-ella .. I offered my home for our lunch get-together and off course .. I did the cooking but before I can say anything .. they quickly requested Sambal Bilis *confirm aku muka sambal, kan .. haha*

Menu for our lunch get-together .. Sambal bilis permintaan diaorang carta paling atas


Daging Goreng Kunyit
Rebus daging sampai empuk dan hiris. Air rebusan jangan dibuang. Bila dah hiris, masukkan air rebusan berserta dengan daging ke dalam kuali .. rebus lagi sampai kering .. bila dah dekat nak kering air rebusan, masukkan sedikit minyak dan tumis bawang putih yang dihiris .. kacau rata masukkan kentang yang juga dah dihiris halus .. taburkan sedikit garam dan kunyit. Tunggu sampai kentang empuk masukkan air asam jawa *supaya Daging Goreng Kunyit lebih juicy dan tak kering* dan sedikit gula untuk seimbangkan rasa *sebab Misz-ella tak guna Ajinomoto* akhir sekali masukkan bawang besar dan cili api yang dah dihiris.

Sayur Lemak
Ini sayur favourite Misz-ella *OK .. I am syok sendiri, kan .. sebab hidang masakan sendiri  .. haha*. Misz-ella goreng dulu tempe tu. Yang ni tak perlu bagi resepi la ye .. pejam mata pun you all boleh buat. Senang sangat, kan.

And tadaaaa .. sudah sedia menunggu ketibaan tetamu-tetamu kesayanganku. Rindu separuh mati pada mereka.


Masing-masing bersemangat nak makan .. dari pagi kosongkan perut kerana Sambal Bilis Misz-ella, katanya .. dan masing-masing makan bertambah. Amboiii .. masing-masing galak membelai 'tummy'


Walau jauh Misz-ella berkelana .. walau ramai yang Misz-ella jumpa .. Kak Zu, Fiza, Lin, Sarina dan Rosnah tetap dihati ini. Terlalu banyak kenangan dengan diaorang semua .. terlalu banyak pahit manis gelak tawa dan airmata yang dah kami kongsi bersama .. susah senang Misz-ella .. angin dan 'mood' Misz-ella .. dia orang yang paling faham. After 3 years leaving the company, I am so glad that 'ukuwah' sesama kami masih kami pelihara. Thank you friends for taking care of our friendship bridge. I will never forget how you all love me with your true heart forever *sobs* and I love you all too .. selagi hayat dikandung badan .. Misz-ella tetap akan sayang dan takkan sesekali melupakan mereka.



Cake, coffee and chatting .. Misz-ella dah lama tak gelak sampai keluar airmata but that was what happened during their visit. Thanks friend for making my day. 

My lovely Kak Zuraidah or I called her 'Kakak Cool' .. she was the last person who left my place so kita jalan-jalan and selfie and posted to them. Argghhhh .. we are so jealous with you! Come again, friend .. my door are always open for all of you.


So readers .. thats the end of my short story and my simple recipe that I wanted to share in this Blog *buat kenangan hari tua* A humble message for all of you .. TAKE CARE OF THE BRIDGE .. either it is a friendship bridge or any relationship bridge .. TAKE CARE. Ukuwah itu adalah anugerah Allah yang paling indah. Pelihara lah. OK Bye .. Misz-ella nak pergi buat kerja lain. Tq baca. Bye.








No comments:

Post a Comment