Pages - Menu

Day 2 @ Yogjakarta - Merapi, Gereja Ayam, Borobudur, Panjat Pokok Pinus @ Kalibiru, Klinik Kopi, Murtabak Kum Kum


Day 2 in Jojga. Hari ni excited sangat. Woke up at 3:00am and left EDU Hostel by 4:30am to go to Merapi Volcano. Kita nak pergi tengok matahari terbit dari Gunung Merapi. Yeayy !


Van turunkan kita kat sini as the journey to the mountainside is only possible via the jeep


OK this is thrill and challenging. Jalan naik ke lereng Gunung Merapi dan turun sangat tak rata .. bergoyang-goyang dangdut kami dibuatnya. The best way is to stand all the way up and Enjoy it.

Sampai sahaja ke lereng Gunung Merapi, the driver parked the jeep and tadaaaaa .. Many Thanks to the photographer so much for this lovely shot. Matahari jingga baru nak naik memukau pandangan mata dan jiwa. Sumpah cantik! Terpaku Misz-ella dengan keindahannya.

Dan kami pun posing ..

Lagi gambar berlatarbelakangkan Gunung Merapi. Letupan terakhir Gunung Merapi adalah pada tahun 2010. Ramai yang gerun pada Merapi (sebab ia gunung berapi) tapi larva dari letusan gunung berapi itu lah yang banyak berjasa kepada bumi. Pada Misz-ella gunung berapi dicipta sebagai pengajaran kepada manusia. Walau membawa kemusnahan malah mengorbankan jiwa sesiapa yang mengecilkan kekuatannya tapi ia tetap berjasa kepada manusia. Allah SWT tak jadikan sesuatu itu tanpa sebab. Gunung berapi adalah contoh terbaik yang setiap kejadian itu datang dengan kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Gunung berapi adalah peringatan kepada manusia agar sentiasa merendah diri, beringat dan mendengar kata. Kalau amaran atau tanda-tanda letusan besar akan keluar, berpindahlah. Jangan angkuh dan jangan sombong sebab buruk padahnya. Merenung dan menjiwai Merapi memberi keinsafan pada diri Misz-ella akan kebesaran ciptaan Allah SWT ini. Sejujurnya, Misz-ella paling suka 'travel' ke tempat-tempat yang ada roh dan jiwa seperti ini.

Our morning was well spent at Merapi .. Fresh air, dust free and cooling. For me this is the best time to visit Merapi Volcano. Berbaloi meninggalkan tilam empuk dan melawan kepenatan yang masih bersisa demi Merapi. Ummm .. I miss Merapi.

Bunker Kaliaden ialah tempat perlindungan sementara yang melindungi orang-orang yang berdekatan semasa Merapi mengeluarkan letusan kecil. Misz-ella dah masuk dalam Bunker ni .. kecik je tempat dia.

Batu ini dipanggil Batu 'Alien', tercipta dengan sendirinya hasil dari letusan Gunung Merapi .. mirip muka manusia, kan.

Jom tengok pemandangan




Tempat ini dipanggil Muzium - masuk Percuma sahaja ke sini. Ibarat sebuah arkib .. menempatkan segala peninggalan dan segala memori selepas letusan Gunung Merapi.


Agak lama jugak kami disini. Memandangkan kami keluar awal (pukul 4:30 pagi, sebelum Subuh) kami sarapan kat sini je, makan Bakwan (cucur sayur), Tahu, Tempe Goreng dan jugak Mee Rebus (Maggi la .. hehe). Lepas tu kami pun turun ke kaki gunung dengan menaiki Jeep ni balik. Thanks to our friendly tour guide who treated us nicely. Bayaran untuk Jeep adalah IDR100 ribu seorang. Well this is Indonesia. Tak main la duit kecik .. sekali keluar ribu-ribu kot .. bila lagi nak merasa jadi Kaya, kan *hehehe*

Lepas tu kami ke Bukit Rhema untuk melawat Gereja Ayam, lokasi filem Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2). Tapi kami ke Jogja bukanlah sebab AADC2 tu sebab kami beli tiket lebih dari 365 sebelum kami terbang tinggi-tinggi ke Jogja ni. 

Ada dua pilihan di kaki bukit .. berjalan kaki ke Gereja Ayam atau menaiki Jeep. Tambang menaiki Jeep ialah IDR14 ribu *dua hala* dan Yuran masuk ke Gereja Ayam ialah IDR15 ribu. We chosed the jeep. Akak-akak nak jimat tenaga sebab banyak tempat lagi nak lawat lepas ni.

Gereja Ayam ni sebenarnya adalah Rumah Doa untuk pelbagai fahaman dan agama yang dibina oleh Daniel Alamsjah pada tahun 1989 tapi tahun 1992 baru dia mulakan pembangunannya. Walau belum sempurna, Gereja Ayam sudah mula dilawati pengunjung sebab bentuknya yang unik merupai burung merpati dan dari puncak kita boleh nampak keindahan alam sekitar Candi Borobudur yang dikelilingi gunung-gunung. Kat basement pulak ada bilik-bilik berbentuk gua untuk digunakan sebagai tempat berdoa secara peribadi atau berkelompok. Hummmm .. macamana la rupa dia bila siap sepenuhnya nanti ye. Weihhh kena datang lagi ni. Hehe.


Tangga sempit ke puncak. Syabas kepada kita kerana berjaya menuju puncak. Yeayy!


Ini dia puncak atau juga dipanggil tiara/crown Gereja Ayam. Cantik pemandangan kat sini. Boleh nampak gunung Merapi jugak tau dari sini. Orang kata 'sunrise' di sini pun cantik sebab tu shooting AADC2 buat kat sini.

Lepas itu kami ke Candi Borobudur - The no. 1 holiday destination in Jogja. 


Seriously I was quite nervous when I saw the height of Borobudur from far but then our determination to conquer the peak are everything. Rugi kalau tak naik sampai atas sebab setiap sudut dan tingkat Borobudur ini sangat cantik dan unik senibina nya and again .. stamina!! 

Merenung awan putih, langit biru dan keindahanmu ... Aku terpaku!


One of the nice spot for photo .. White cloud, blue sky, the green and Borobudur = LOVE

B.E.A.U.T.I.F.U.L.

Yang ni pun .. OhMyGod .. Borobudur make me crazy! Tiap sudut, tiap inchi Borobudur sangat halus dan berseni. Tengok ukiran di setiap batu .. tengok lantai yang dipijak, tengok titik pertemuan tiap dua batu .. menakjubkan!

8 ladies in Borobudur .. 27th September 2016. Wishlist checked!

Next we went to Taman Wisata Alam Kalibiru or Kalibiru National Park. Perjalanan ke Kalibiru agak jauh, laluan bergunung ganang, turun naik .. more challenging than the roller coaster ride but yeahh .. thats the challenge.

Bayaran masuk ke Kalibiru ialah IDR15 ribu seorang sahaja. Dari sini kena mendaki lebih kurang 200 meter untuk ke tempat-tempat menarik. Agak curam jugak kecerunannya tetapi, makin tinggi makin cantik lah 'view' nya. So mari kita mendaki.


Di Kalibiru, ada 5 spot menarik untuk bergambar dan bayaran dikenakan adalah IDR25 Ribu sahaja untuk setiap spot. I suggest you take photo at all spots sebab semuanya cantik dan lawa. Kemudahan awam seperti Surau, tandas dan Warung juga ada. Aktiviti extreme seperti 'Flying Fox' pun ada. Ohhh I'm sad sebab tak sempat try. Nak Kalibiru lagi boleh? Hehehe.


Ada juga Pelantar pemandangan

Tergantung kaki dia. Kreatiflah!

Kita makan dulu sebab ramai yang dah kelaparan, dah hilang 'mood' dah hampir kehabisan tenaga .. etc .. etc. Simple je lunch kitorang. Nasi, lauk ayam bakar atau ayam goreng atau ikan dengan sambal dan kicap. Air Es Jeruk. Hummm .. berselera. Diet? Ohhh lupakan sahaja demi tenaga *hehehe*


Sebaik lepas makan .. kita panjat pokok pinus. Yeayy !! Another wishlist in Jogja checked! To be honest, deep inside my heart I was quite nervous. Mengigil kaki masa panjat tangga pokok tu tapi disebabkan nak tengok view lawa dari atas pokok pinus ni, Misz-ella beranikan diri and I MADE IT! Many thanks to my travel buddies who always built each other up. Bila ada yang tak konfiden, kita bagi semangat kat satu sama lain. #Youcandoit #Trustyourself #Fightthefear #Bepositivealways

Bayu lembut yang segar dan dingin, tasik, gunung, langit biru dan awan memutih .. pada masa ini cinta pada Jogja menggunung tinggi setinggi pokok pinus ini. The nature in Jogja is so pure and amazing. Oopss it is compulsory to take the photographer provided by the operator. One picture cost us IDR5000 only dan harus ambil minimum 4 keping gambar. So minimum cost for photographer is IDR20k only. The picture will then be transferred to you handphone.

A group photo before we left Kalibiru National Park. Selamat Tinggal Kalibiru. Semoga kita bertemu lagi. Masih banyak yang mahu Misz-ella lakukan di sini, Ohhhh .. hatiku tertinggal di Kalibiru.

Klinik Kopi checked!! Another shooting location for AADC2. Sebelum dapat kopi kena ambil nombor giliran dulu. Tunggu nombor dipanggil baru kita order. Sebelum order dia akan explain dulu nama dan rasa kopinya. Very the manual way, kan.

Selepas pilih jenis kopi, biji kopi akan dikisar depan pelanggan.

Serbuk kopi *selepas dikisar*

Campurkan air hangat ..

Ready to drink. They only served black coffee without sugar. I love the idea of 'minum kopi duduk di serambi' or di taman yang disediakan di sini. Santai dan selesa. Yang tak selesanya ialah kena menunggu lama sebab orang sangat ramai gara-gara populariti AADC2.

Our dinner on the second day was at Murtabak Kum Kum. Well, follow them on Instagram or ask Mr. google for their location. Not far from EDU Hostel. Mean .. downtown! Murtabak 16 perisa ada coklat, ada nutella, ada strawberi, ada cheese dan macam-macam lagi. Sedap. Tak pandang kiri kanan dah. Berbaloi memanjakan 'tummy' dan #Saynotodiet kerana Murtabak 16 perisa ini. Olololo Misz-ella .. masa holiday jangan sebut diet lah. Spoil holiday tu nanti. Hehehe.




Kami order juga Murtabak Daging Ber 'cheese' yang sangat 'cheezy and yummy' dan off course .. Es Jeruk yang sangat marvelous bila di Indonesia. Very refreshing and cooling - Hanya di Indonesia. Kalau di KL orange juice oren nya sebelah air je lebih, kan. 

After the dinner, we went back to EDU Hostel happily. Day 1 was a good start. Day 2 was amazing. We went to our bed, sleep well and excited for our Day 3 in Jogja which was undoubtedly a valuable experienced. Cant wait to share it with you, here. Sila datang lagi dan dengar cerita saya ye. Till then, TQVM for reading this entry. Bye.

*Photos in this entry are also from my travel buddies. Thank you adik-adik*



1 comment:

  1. salam kakk dtg mai usha jogja trip die.. sy suke sunrise view tu malatop, pinus tu and candi tu. mmg nice!

    ReplyDelete