Hello readers ..
Kalau Misz-ella katakan yang muzik adalah terapi bagi jiwa, mesti you all setuju, kan. Dalam hidup Misz-ella, ada lagu yang memberi motivasi, ada lagu yang menenangkan jiwa, ada lagu yang kita dengar untuk 'saja-saja'. Well, lagu sememangnya memberi kesan dalam kehidupan. Many Thanks to sebuah Karya yang hebat .. gandingan susunan muzik yang menarik, lirik yang menyentuh perasaan dan disampaikan dengan cemerlang oleh sang penyanyi sememangnya memberi terapi pada jiwa-jiwa yang sangat memerlukannya.
Baru-baru ni Misz-ella dan kawan-kawan pergi menonton Konsert 3 Kejora Bersatu di Istana Budaya. Terima Kasih Kay Event Management & Services atas jemputan.
Pic credit to portal rasmi Istana Budaya
Konsert 3 Kejora Bersatu yang diadakan bersempena dengan kedatangan Tahun Baru Islam telah diadakan selama dua hari iaitu pada 7 dan 8 Oktober 2016 di Istana Budaya, menampilkan hanya yang terbaik sahaja dalam arena nasyid Malaysia. Gabungan Kumpulan Rabbani, Brothers, Hijjaz .. antara nama-nama besar yang telah berjasa membawa Nasyid ke tahap yang lebih tinggi, sebaris dengan 'genre' muzik yang lain.
Pic credit to mieranadhirah.com
Konsert 3 Kejora Bersatu yang menelan kos sebanyak RM1,000,000.00 ini menampilkan 16 buah lagu Terbaik dari Koleksi lagu-lagu Nasyid dari Kumpulan Rabbani, Hijaz dan Brothers.
Pic credit to mieranadhirah.com
Muzik dan lighting sangat bagus dan persembahan ke tiga-tiga kumpulan sangat mantap *puashati*
Pic credit to mieranadhirah.com
'Satu Kiblat Yang Sama' by Rabbani - mengingatkan kita betapa Islam itu sangat indah dan universal. Walau berbeza warna kulit dan penampilan kita, pada akhirnya kita Sujud pada Kiblat yang sama and Yes .. Konsert 3 Kejora Bersatu was attended by other races too, bukan Melayu sahaja ye. Not to forget Rabbani's famous Intifada *masa kecik-kecik dulu, bila dengar intro lagu ni je dah excited nak test vocal .. chewah* juga turut dipersembahkan sebagai hiburan halwa telinga penonton semua dan semestinyalah lagu 'Pergi Tak Kembali', antara lagu yang paling berkesan dan bisa membuatkan Misz-ella menitiskan airmata turut diperdengarkan.
Pic credit to mieranadhirah.com
Brothers tampil dengan lagu-lagu hitnya, antaranya adalah Sumayyah dan Teman Sejati, I still remember a group of young man behind me menyanyi lagu ni sama-sama. Cool lah diaorang!
Pic credit to mieranadhirah.com
Kumpulan Colour of Voices tampil untuk membuat persembahan istimewa. Seronok dengar dia orang nyanyi lagu "Assalamualaikum Salam Sejahtera ... " secara Acapella.
Pic credit to mieranadhirah.com
Penampilan khas oleh Nazrey Johani dan Zulfadhli Afad dari Kumpulan Raihan. Walau hanya berdua, terubat rindu Misz-ella nak dengar lagu-lagu mereka.
Pic credit to mieranadhirah.com
Segmen khas memperingati pemergian Allahyarham Ustaz Asri (Rabbani) dan Mohd Salleh Ramli (Hijaz) turut diadakan. Sebak, sedih mengenangkan pemergian Teman Sejati yang sama-sama berjuang untuk menaikkan taraf industri Nasyid di negara kita ini. Pergi Takkan Kembali lagi tetapi memori bersama Teman Sejati kekal segar sampai bila-bila, kan
All in .. All in .. I had a good time watching Konsert 3 Kejora Bersatu with other Media friends. Susunan muzik yang indah, lighting yang mempesonakan, pilihan lagu-lagu terhebat dalam industri Nasyid negara kita disampaikan dengan penuh bertenaga oleh mereka .. Ahhhhh .. hati siapalah tak tergoda, kan. Some of you might missed this Concert .. pesanan ikhlas sejujur hati dari Misz-ella .. kalau ada lagi Konsert sehebat ini, Jangan Lupa Pergi. Its Worth Watching i tell you .. 2 jam tak rasa apa tiba-tiba OhMy .. dah last Song? Eeeee .. dah kena balik .. sedih. Hehe. OK I'm done my sharing session with you, Misz-ella nak pergi buat kerja lain pulak. Thank You baca ye. Bye.
No comments:
Post a Comment