Pages - Menu

Konsert Gegar Vaganza Minggu Kedua - Ohh Abg Razis


Hello readers

Konsert Gegar Vaganza Minggu Ke dua dah berlalu. You all pun dah tau keputusan nya yang mana Razis Ismail tersingkir. Maka tinggal lah 11 orang lagi peserta sahaja yang akan meneruskan perjuangan di Konsert Gegar Vaganza Minggu ke 3 pada Ahad ini.

OK jom tengok Gegar Vaganza dari kacamata Misz-ella. Mari kita sama-sama layan Entry. Baca sampai habis tau korang ..


Persembahan pembukaan oleh Datuk A. Rahman Hassan dengan lagu 'killer' beliau Tak Mengapa. Penonton dari pelbagai lapisan usia terhibur. Siap ada yang menari dan menyanyi bersama Datuk lagi. Datuk tetap hebatlah!

Peserta pertama ialah Azharina dengan lagu Sinaran. Azharina menyanyi 'LIVE'  memang best! Menghiburkan dengan vokal dia yang sangat mantap.

Penyanyi Shidee bawakan lagu favourite Misz-ella ~ Meneka Dalam Kesamaran nyanyian asal Ibnor Riza. Sedap lagu ni .. mendayu-dayu dan syahdu.

Ameng Spring *ohhhh .. teringat lagu Sampai Hati dia* nyanyikan lagi Epilog Cinta Dari Bromley nyanyian penyanyi romantis Sohaimi Mior Hassan. 

Zur Eda dengan Berpaut Di Dahan Cinta nyanyian asal Dayangku Intan. Terpesona Misz-ella menontonnya sampai ternyanyi sama-sama. Akuuuuu .. berpaut di dahan cinta. Ewahh ..


Razis Ismail bawa lagu Bunga Pujaan nyanyian asal oleh Jamal Abdillah. Misz-ella dari dulu minat Razis. Ohh Abang Razis ..  

Elly Mazlein nyanyikan lagu Berpisah Jua oleh Ziana Zain dengan jayanya. Semua orang tau yang bukan senang nak bawa lagu Ziana Zain. Bila dia berjaya 'tarik' .. Misz-ella yang tarik nafas lega.

Penyanyi cantik tinggi lampai Intan Sarafina bawakan lagu Pudar oleh Rossa. Suara Intan tetap manja macam muda dulu dan seperti biasa .. Intan dikatakan kurang ekspressi. Rasanya dari dulu lagi Intan ada masalah ini, kan. Walaubagaimanapun, persembahan Intan tetap menghiburkan dan mendapat perhatian juri.

Nora tampil dengan persembahan yang sangat dramatik dengan lagu Setelah Aku Kau Miliki. Terpancar kekecewaan dan kesedihan di dalam penyampaian Nora sampai Misz-ella pun rasa nak nangis sama. *Ouchhh .. tersentuh hati i*

Misz-ella memang peminat Rem. Rem bawakan lagu Suratan Atau Kebetulan nyanyian asal oleh Kenny, Remy & Martin. Suara Rem tetap 'bergaya' seperti dahulu. Minggu depan kalau dapat tengok Rem bawakan lagu rancak best jugak, kan. 

Zarul dengan lagu Untukmu Selamanya membuktikan yang beliau masih berbisa. Ramai peminat Zarul .. riuh rendah dewan dibuatnya.

GMie bawakan lagu Januari nyanyian asal oleh Glen Fredly. Juri kata suara GMie sangat unik. Misz-ella pun setuju. Dah la suara nya unik, lenggok dia nyanyi pun best. Tak jemu persembahan oleh GMie ni.

Siti Sarah Raisuddin dengan lagu Teratai Layu Di Tasik Madu. Hummm .. macam tak ada apa nak komen persembahan si kecik molek ni selain dari .. Misz-ella bagi 5 bintang! *Ehhh .. kau kenapa? Kau juri ke nak bagi-bagi bintang? Ooopss .. sorry .. terover! Hehehe*

Dan akhirnya Razis Ismail tersingkir pada minggu ini. Ohhh sedih. Dah lama Misz-ella tak tengok Abang Razis menyanyi dan sejujurnya Misz-ella mahu melihat dia menyanyi dengan lebih lama lagi di Konsert ini tapi saya akur .. Ini adalah pertandingan. Hanya yang terbaik akan dipilih Juri. 

Secara keseluruhannya, Konsert Gegar Vaganza minggu ke 2 ini sangat menghiburkan. Kesemua artis membuat persembahan secara 'all-out' dan mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dari para penonton. Riuh rendah Dewan MBSA dengan sorakan dan tepukan. Kedua-dua pengacara ~ Nabil dan Jihan ... ummmm .. sebenarnya lebih hebat dari apa yang penonton saksikan di kaca TV. Diaorang berdua memang sangat spontan dan semulajadi .. tak seminit pun bosan Dewan MBSA tu kerana mereka berdua.

So pembaca-pembaca blog Misz-ella semua, memandangkan Konsert minggu ke 2 Gegar Vaganza telah pun berakhir dengan jayanya, Misz-ella lebih teruja nak lihat persembahan minggu hadapan dan yang akan datang. Siapa penyanyi favourite korang? Misz-ella? Ohhh .. semua. Artis semua best-best. Pandai Astro pilih. 

*Gambar dari Facebook Gegar Vaganza*

Minggu ini pertandingan dijangka lebih mencabar kerana lagu yang diberikan kepada peserta di minggu ke 3 adalah jauh berbeza dari 'genre' nyanyian mereka. 

Misz-ella teruja sangat nak tengok. Ahad ini, 9 malam di Astro Ria 104 & Ria HD 123. Jangan ada sesiapa berani tukar 'Channel' Misz-ella 'babap' kang. Tehehe.













































No comments:

Post a Comment