Pages - Menu

Festival Teater Malaysia (20-26 November 2016). Jom pi Kedah!


Hello pembaca budiman ..

Siapa minat teater? Kalau you all minat teater then you should read this entry till the end sebab entry ini Misz-ella bawakan khas untuk anda.

Baru-baru ini Misz-ella dijemput ke Majlis Sidang Media Festival Teater Malaysia yang telah diadakan  di Saloma Bistro, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Misz-ella memang peminat teater so peluang menghadiri Sidang Media ini tidak Misz-ella lepaskan. Lagipun, tak banyak yang Misz-ella tau Festival Teater Malaysia so ini adalah peluang baik untuk Misz-ella tambah ilmu pengetahuan dan dapatlah Misz-ella kongsikan bersama di sini.

Majlis dimulakan dengan persembahan teater tradisional Mek Mulung oleh Kumpulan Kesenian JKKN & Artis-artis Malaysia.

Ucapan alu-aluan oleh Y Bhg Tan Sri Norliza Rofli, Ketua Pengarah JKKN. Festival Teater Malaysia anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara ini adalah acara dwi tahunan untuk menyemarakkan lagi teater tanah air dan memberi peluang kepada kumuplan dan persatuan teater untuk mempamerkan bakat dan kemahiran dalam berteater. Pada tahun ini, Festival Teater Malaysia akan dilaksanakan secara bersama oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan Persatuan Teater Malaysia.

Y Bhg Tan Sri Norlia Rofli turut menerangkan secara terperinci tentang Festival Teater Malaysia ini. Festival Teater Malaysia bermula di era 70an dengan Pesta Tarian dan Drama anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia dan berlanjutan sehingga ke tahun 80an.

Pada tahun 1990, ianya diteruskan dengan format baru, berfokus pada teater dan diberi nama baru Pekan Teater dikelolakan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia.

Pada tahun 2002, Pekan Teater diberi wajah baru dengan nama Festival Teater Malaysia. Johan peringkat negeri dipilih untuk ke peringkat kebangsaan dan buat pertama kalinya, pengisian Festival Teater Malaysia diperluas merangkumi persembahan Monolog dan Fragmen seni.

Perubahan demi perubahan terus dilakukan saban tahun termasuklah menampilkan persembahan teater jalanan pada tahun 2008 yang bertujuan untuk mendekatkan lagi teater kepada khalayak.


Bermula dari tahun 2012 Festival Teater Malaysia meneruskan kesinambungan pemilihan enam kumpulan di peringkat neeri melalui Manifestasi Teater Negeri. Hanya enam (6) kumpulan terbaik diangkat ke pertandingan peringkat kebangsaan.

Penganjuran secara berterusan ini adalah bertujuan untuk terus memeriahkan industri teater negara disamping menjadi platform bagi penggiat seni teater negara berkarya.


Enam (6) kumpulan teater terbaik di kalangan pemenang Festival Teater Negeri 2015 akan bertanding merebut hadiah wang tunai berjumlah RM37,500. Acara kemuncak adalah Malam Anugerah berkonsepkan Oscar yang akan diadakan pada 26 November 2016. Artis-artis tempatan akan membuat penampilan khas sebagai penyampai Anugerah.

Buat pertama kalinya Festival Teater Malaysia ini akan diadakan di luar Kuala Lumpur iaitu di negeri Kedah. Amboi bertuahlah orang Kedah, kan kerana berpeluang menyaksikan persembahan enam (6) teater terbaik di negara kita secara LIVE. Peminat teater dari luar negeri Kedah pun Jom lah pakat ramai-ramai pi Kedah. 

Bukan sahaja persembahan teater, festival yang akan berlangsung selama tujuh (7) hari ini turut dimeriahkan dengan aktiviti-aktiviti yang seumpama dengannya seperti sidang ilmu, pameran oleh kumpulan, jualan, persembahan kesenian dan lain-lain lagi.

Norzizi Zulkifli

Aminah Rhapor

Semasa Sidang Media, kami turut dipersembahkan dengan persembahan Monolog oleh Norzizi Zulkifli dan Aminah Rhapor. Apa yang boleh Misz-ella katakan .. Hummmm .. menarik. Misz-ella dah mula terpikat dengan beberapa persembahan dan dah mula 'aim' nak menonton teater tersebut. Nak tau yang mana satu? Ehhh .. Rahsia. tak boleh bagitau *hehehe*


Persembahan penutup adalah kemunculan penyanyi Ameng Spring dengan tiga (3) lagu hit nya ~ Bougainvilla, Romantis dan Sampai Hati. Ohhh cair hati penonton .. gamat dewan.

So orang-orang di Kedah dan peminat-peminat teater tanahair, Jom pi Kedah dan tonton persembahan teater terbaik negara secara 'LIVE' dari 20 hingga 26 November 2016 di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kedah. Acara bermula dari jam 9:00 pagi hingga 10:30 malam dan seperti Misz-ella katakan tadi, bukan sahaja teater ada banyak lagi aktiviti lain menunggu kita. JOM PI KEDAH.

*Gambar di dalam entry ini adalah sumbangan dari komuniti Hai Blogger*

No comments:

Post a Comment