Pages - Menu

Konsert High Note ~ Ziana dan Jaclyn Victor hampir tarik diri

Hello readers ..

Konsert High Note yang menggabungkan 3 vokal hebat Malaysia ~ Azlan Typewriter, Ziana Zain dan Jaclyn Victor sedang berlangsung di Istana Budaya sehingga 27 November ini. 

*Gambar dari Facebook Konsert High Note*

Konsert anjuran DME Entertainment, Segitiga Asia dan CMPagro ini adalah
cetusan inspirasi persembahan ketiga-tiga mereka di  ABPBH 2011 dan sangat dinanti-nantikan oleh peminat ketiga-tiga mereka. Almaklumlah .. dah lama tak lihat mereka menyanyi secara LIVE, kan.


Misz-ella dan rakan-rakan media yang lain telah berpeluang menyaksikan Konsert High Note di Malam pertama konsert tersebut. Happy gila dapat tengok ketiga-tiga penyanyi kesayangan menyanyi secara LIVE.

Persembahan dimulakan oleh Azlan Typewriter ~ Rasanya tak perlu cerita tentang vokal sebab vokal Azlan sudah terbukti ber 'high note'

Kemudian tampil Jacyln Victor. Needless to say .. She is great!


Dan seterusnya adalah kemunculan Ziana Zain yang tidak pernah menghampakan. Ketiga-tiga  mereka berikan persembahan yang terbaik .. kekuatan vokal, stamina dan komitmen mereka pada konsert ini memang memuaskan hati.

Walaubagaimanapun, kami tertanya-tanya .. Kenapa? Macam tak cukup persediaan je? Dan apakah konsep Konsert ini? Tak nampak gandingan tetapi macam masing-masing buat hal sendiri .. Azlan keluar stage, Jac masuk. Jac keluar, Ziana masuk. 'Key' lagu masih tercari-cari dan banyak lagu yang dinyanyikan secara 'inpromptu'


Dan segalanya terjawab semasa Press Conference selepas Konsert ..

Kata Ziana, ini adalah penganjuran Konsert terburuk sepanjang penglibatan beliau sebagai anak seni selama 26 tahun ini. Segala-galanya dilakukan pada saat akhir ..  tiada persiapan rapi ~ susunan muzik yang baru diperolehi di hari konsert dan raptai serta latihan hanya dilakukan beberapa jam sebelum Konsert berlangsung. Malah Ziana hampir tarik diri tetapi beliau kuatkan semangat dan tetap teruskan persembahan.

Jaclyn pula berkata yang Konsert ini paling memberi tekanan kepada beliau kerana latihan beliau bersama Pengarah Muzik adalah pada jam 7 malam sedangkan persembahan konsert harus bermula pada jam 9 malam.

Kalau ikutkan hati, memang kedua-dua mereka mahu menarik diri tetapi setelah mendapat nasihat dari pihak Istana Budaya dan mengenangkan peminat yang datang dari jauh dan telah membeli tiket yang bukan murah harganya, maka mereka ketepikan segala emosi dan melangkah ke pentas dengan 'professional'

Wakil penganjur, Encik Mohd Hidayat Mohd Shah mengakui kelemahan konsert yang berpunca dari pihak penganjur sendiri. Ini adalah kali pertama mereka menganjurkan Konsert ber skala besar di pentas berprestij Istana Budaya dan mengalami pelbagai masalah teknikal. Dalam waktu yang sama beliau memuji komitmen yang diberikan oleh artis dan berjanji akan mengatasi segala kelemahan di Konsert malam pertama di malam berikutnya.

Sehubungan dengan itu, pada pemegang-pemegang tiket Konsert hari pertama, you all boleh datang lagi pada konsert hari ketiga, iaitu Ahad, 27hb November 2016 dan berpeluang untuk tonton Konsert ini secara PERCUMA. Sila bawa tiket anda dan dapatkan tiket gantian di Kaunter Tiket Istana Budaya mulai dari hari ini.


Well .. pada Misz-ella disebalik segala huru-hara yang menimbulkan banyak persoalan 'Kenapa ni' sewaktu kami menonton konsert ini, pujian harus diberikan pada Azlan, Ziana dan Jaclyn kerana walau penganjuran konsert tidak memuaskan, tetapi mereka ketepikan masalah dalaman dan tetap tampil dan berikan yang terbaik demi peminat kesayangan mereka.

Buat peminat-peminat Azlan, Ziana dan Jaclyn, walau apa pun, adalah sangat berbaloi untuk menonton ketiga-tiga mereka menyanyi secara LIVE. Meremang bulu roma tengok Azlan nyanyi lagu Jeritan Batinku, Jaclyn dan Ziana Zain kalau tarik .. fuhhh nervous Misz-ella sekejap tapi lepas tu lega dan puas cos they really did it! Konsert masih berbaki dua hari lagi dan tiket masih dijual di www.ticketpro.com.my 

OK I'm done my sharing session with you all. Thank you baca. Bye readers.









No comments:

Post a Comment