Another round of 'main masak-masak' at my little kitchen. I was alone at home, hungry and lazy to went out.
Jenguk peti ais dan ummmm .. ada daging. Paling mudah dan cepat ialah masak Beef Steak, kan. So jom tengok Resepi Beef Steak Ala Misz-ella.
Bahan-bahannya :-
120 gm Daging
120 gm Daging
Steak spice
Chilli powder
Sedikit minyak
Apple Cider Vinegar
Setengah biji oren Navel
Red honey tomatoes
Daun Salad
1. Perap daging dengan 'steak spice' dan chilli powder untuk 5-10 minit
2. Panaskan kuali leper dan masukkan sedikit minyak
3. Bila minyak dah panas, masukkan daging dan mulalah membakar dengan api perlahan. Gunakan api perlahan supaya daging 'steak' tidak terlalu kering
4. Bila daging sudah separuh masak, masukkan 'Apple Cider Vinegar' sedikit demi sedikit *kuantiti agak-agak je la ye*. Cucuk bahagian tengah daging *guna garfu* supaya cuka epal itu lebih senang diserap. Balik kan daging dan ulang langkah yang sama.
5. Dah siap.
Disebabkan Misz-ella tak rajin memasak Sos Steak, goreng kentang dan sediakan 'Coleslaw', maka Misz-ella makan Beef Steak ini dengan daun salad, red honey tomatoes dan buah oren sahaja. Sedap. Sedikit pedas *sebab ada chilli powder* dan tambah sedap pulak bila dimakan dengan buah oren Navel yang semulajadi 'juicy and sweet'. A simple, fast and delicious healthy meal. You all cubalah. Senang je. Ok Bye. Thank you baca ye.
No comments:
Post a Comment