Pages - Menu

Lee Kwang Soo di The Running Man Malaysia Challenged

Hai readers ..

Seperti yang diketahui Lee Kwang Soo telah berada di Kuala Lumpur pada 26 November yang lalu dan menjadi Tetamu khas bagi pengambaran The Running Man Malaysia Challenged anjuran 100 PLUS dan ONE HD dan Misz-ella bertuah kerana berada di lokasi penggambaran dan melihat kemeriahan sambutan para peminat terhadap bintang The Running Man Korea tersebut.

Amboi .. masing-masing dah teruja menantikan ketibaan Lee Kwang Soo. Serius meriah Paradigm Mall dengan ribuan peminat Lee Kwang Soo yang mahu melihat beliau secara LIVE

Sesak, kan. Bukan main padat lagi.


Woops!! Ada yang menyelit masuk dalam Butik baju untuk dapatkan 'view' yang lebih dekat. Terkejut we alls .. ingatkan ada 'extra mannequin' tadi.


Misz-ella dan the geng pun turut teruja sama



Dan ketibaan Lee Kwang Soo disambut dengan sorakan gemuruh peminat-peminatnya *termasuk lah ai .. Hehehe*

OK jom kita cerita lanjut tentang program The Running Man Challenge Hydrated by 100 PLUS bersama ONE HD ni. Pencarian peserta telah diadakan melalui beberapa siri ujibakat yang telah diadakan di Putrajaya, Kuantan dan Johor bermula dari bulan Oktober yang lalu. 

10 peserta terbaik telah dipilih ke pusingan akhir The Running Man Challenge Hydrated by 100 PLUS ini.

Pada tanggal 26 November 2016, telah diadakan sessi rakaman rancangan tersebut di Paradigm Mall dan menyaksikan peserta-peserta yang mara ke pusingan akhir berentap dalam 4 kumpulan yang diketuai oleh selebriti tanahair iaitu pelawak Ajak Shiro mengetuai 'Team Original', pelakon Ayda Jebat yang kecil molek dan manis mengetuai "Team Berry, pelakon Hairul Azreen adalah ketua bagi "Team Orange" dan pelakon popular Shahrul Ridzwan mengetuai "Team Lemon Lime"

Episod pertama The Running Man Challenge Hydrated by 100 PLUS ini akan ke udara di saluran Astro Ria & Ria HD, pada 8hb Januari 2017 jam 11 malam nanti dan siaran ulangannya pada 13 Januari jam 9 malam.

Misz-ella pun tak nak cerita banyak-banyak sebab nanti tak da la kejutan, kan tapi yang pastinya rancangan 'game show' ini sangat meriah dan best! 

OK jom kita layan gambar .. tengok gambar pun dah boleh tau akan kemeriahan rancangan ini. Excited nak tonton di kaca TV nanti.





















Ye itu dia Lee Kwang Soo yang setiap aksinya buat peminat bersorak bagai diserang 'histeria' .. Lee Kwang Soo sangat comel, sangat sweet dan pandai ambik hati peminatnya .. patut lah peminat sayang, kan. Adalah beberapa insiden tak best berlaku semasa sessi penggambaran tapi Misz-ella tak nak sentuh pasal isu itu sebab yang penting, Lee Kwang Soo atau 'Prince of Asia' ini memang telah menawan hati ribuan peminatnya pada petang itu dengan keluhuran hati nya .. sweet gila!

So you all, jangan lupa saksikan Episod Pertama The Running Man Challenge Hydrated by 100 PLUS ini di saluran ONE HD, Astro saluran 393 pada 1hb Januari 2017 jam 4.45 petang nanti.

Untuk maklumat lanjut dan gambar-gambar yang cantik, layari www.100plus.com.my 

Aerodance Fun Fun - Last class for 2016


Another Chapter of my exercise diary ~ My last group exercise with my Fit sister for 2016.


Again with Coach Lina, we rocked the Rockafella Saujana Utama's Dance Floor ~ From KPop to Bollywood to A-Go-Go to Kickboxing. Thank You for the music and the fun dance steps!

Selfie with my Fit sisters after the class ~ Setahun melenjan diri berpeluh bersama di Lantai Tari, moga kita lebih istiqamah selepas ini. Hadiah paling baik boleh kita beri kepada diri sendiri ialah menjaga anugerahNya .. Jaga kesihatan, jaga diri .. kerana ianya Anugerah Allah paling indah buat kita dan bersenam adalah salah satu cara kita tunjuk kasih sayang pada diri kita sendiri.

Hellooo .. This is Kak Umi. U wont believe that she is very near to 50s and she is still active with fun dance, aerobics etc .. etc. Saya nak jadi macam kekanda .. kekal cergas sentiasa di umur 50an nanti. Kita tidak boleh menghalang perubahan usia dan penuaan tapi kita boleh berusaha menjaga diri kita sebaiknya agar kita kekal sihat dan cergas seperti dia. Bersenam baik untuk peredaran darah, baik untuk menguatkan otot-otot badan dan sendi, baik untuk 'de-stress' .. baik untuk kecergasan minda dan jugak awet muda.

Dan seperti biasalah .. SELFIE KEDAI KOPI! Tehehehe.

Thank you 2016. You might not end as I want ... some wishes does not come true .. some hope are left hanging everywhere ..but those bitter sweet moment are a good lesson. Buat penghibur hati, Terima kasih banyak-banyak. Buat yang menyakiti, Terima kasih jugak. Kesemuanya adalah pelengkap untuk perjalanan selama 365 hari di tahun 2016 yang penuh warna warni. Tawa dan airmata .. saya sangat bertuah!

Stepping into to 2017 .. God please give me more strength. I want to dance more, run more, jump more with my fit sisters as much as I can. I want to be healthy for me and my family. I want to be stronger for my loves. I want to give more .. I want to take care of them more and I want to love them more. Thats all I ask from you God. Therefore, I need to be healthy. Jom kawan-kawan kita bersenam .. supaya kita lebih sihat dan kuat .. demi kita dan kesayangan kita.


Cinta Si Bulan dan Sang Matahari


Hello readers ..

Kalau Misz-ella katakan kisah cinta adalah kisah yang paling indah didengar dan paling disukai ramai setuju ke tidak?


Mana boleh tak setuju .. betul tak? Di kaca TV, teledrama kisah cinta paling tinggi 'rating' nya. Di kedai-kedai buku, novel percintaan adalah 'Top Sales' katanya.


Realitinya .. Mencintai dan Dicintai adalah satu perkara yang paling indah dalam hidup setiap pasangan Adam dan Hawa. Mencintai bisa menjadikan kita insan yang lebih mahu memberi. Mahu memberi yang terbaik buat yang tersayang, mahu menggembirakan hati dia dan mahu sentiasa bersama si dia dalam susah dan senang. Mencintai buat kita ketepikan kepentingan diri.


Dicintai pula buat kita rasa dihargai dan sangat istimewa. Dicintai buat hati kita sentiasa berbunga-bunga. 

Sesungguhnya, mencintai dan dicintai adalah anugerah paling indah dalam hidup tiap pasangan. Cinta adalah perasaan yang sangat istimewa, anugerah Allah SWT kepada orang yang tertentu sahaja. Kita tak jatuh cinta setiap hari dan pada setiap insan yang kita temui ... tapi hanya pada dia yang dipilih oleh Nya.

Tapi yang pasti, cinta tak semestinya bersatu dan antara kisah cinta tak kesampaian yang paling Misz-ella ingat adalah Kisah Cinta Si Bulan dan Sang Matahari.

Bulan dan matahari saling mencintai. Sangat mencintai satu sama lain sehinggakan kedua-duanya meninggalkan bumi dan tinggal bersama di langit lepas. Tapi sayang, walau berada di langit yang sama, kedua mereka tak bisa bersama kerana KEADAAN. Matahari hidup di langit yang luas terbentang di waktu siang dan demi cintanya pada si bulan, matahari sanggup mati menjelang malam agar bulan biasa bernafas dan meneruskan kehidupan. 

Kesimpulannya, si bulan dan sang matahari saling mencintai tapi terpaksa menjauhi. Hanya mampu memandang dari kejauhan kerana tiada jambatan yang bisa menghubungkan. Malah sanggup berkorban mematikan diri setiap siang dan malam demi cinta yang hakiki. Sedih, kan kisah cinta si Bulan dan sang Matahari. Sangat sedih dan Misz-ella sangat faham perasaan bila kita terpaksa berkorban melepaskan cinta itu pergi. Bukan kerana benci atau tidak cinta lagi tapi kerana cinta itu adalah cinta sejati.

Buat mereka yang sedang menghadapi kisah cinta tragis seperti si bulan dan sang matahari, bertabahlah. Percaya lah yang setiap pengorbanan yang kita lakukan demi kebaikan, kita akan diberi ganjaran yang lebih oleh Allah SWT nanti. 

Kita mungkin tidak bisa mendekati tapi kita boleh berdoa agar Allah SWT pelihara, jaga dan belai mereka dengan kasih sayangNya. Teruslah berdoa. Tetaplah menjadi bintang di langit yang menerangi kegelapan malam yang dicintai dari kejauhan.

Ehhh .. lagi panjang cerita, lagi emo Misz-ella dibuatnya *hehe* Well .. kisah cinta si bulan dan sang matahari adalah 'world stories' yang paling banyak diceritakan. Ada banyak lagi kisah menarik tentang cinta si bulan dan sang matahari ni. You all rajin-rajin la google ye. Asyik nya baca .. tak sedar berlinang airmata. OK .. Misz-ella dah habis bercerita. GoodBye lovely readers. Terima Kasih baca.





GIVEAWAY ~ Pembersih Kewanitaan Dauh Sirih Sumber Ayu

Hello readers,

Another sharing about health and beauty. Hari ni Misz-ella nak cerita tentang Pembersih Kewanitaan Dauh Sirih SUMBER AYU. 

Hummmm .. tak dinafikan lah jadi perempuan bukan mudah. Banyak yang perlu kita jaga .. dari hujung rambut sampai ke hujung kaki.

OK Jom hari ni kita cerita tentang kebersihan kawasan intim, antara kawasan paling lembut dan sensitif dalam tubuh seorang wanita .. tempat paling misteri .. kan? Hehehe.

Sebagaimana sensitifnya tempat tersebut, begitu jugalah penjagaannya. Kawasan intim wanita harus dijaga dengan rapi dan sejajar dengan pertambahan usia serta faktor penuaan, kawasan intim pun tak terkecuali dari menghadapinya. Selain dari tu, rasanya antara masalah biasa dihadapi oleh kebanyakan wanita di kawasan intim adalah perubahan tona warna atau hiperpigmentasi.

Banyak faktor yang menyebabkan perubahan warna tersebut. Antara faktor-faktor yang paling umum adalah :


Perpeluhan dan geseran berlebihan akibat pakaian ketat
Penuaan
Kekerapan mencukur kawasan intim
Malnutrisi
Hormon yang tidak seimbang
Infeksi
Obesiti
Penggunaan bedak talkum di kawasan intim

Kawasan intim, walau tidak kelihatan di mata orang lain, tapi jika timbul masalah tona warna tidak sekata atau hiperpigmentasi ini, sedikit sebanyak mesti buat kita rasa tak selesa dan menurunkan keyakinan atau hubungan keintiman, kan. Mesti ada rasa tak 'best' atau sedikit rendah diri bila berada di sisi pasangan, kan.


Berita baiknya ialah masalah itu sekarang boleh diatasi dengan SUMBER AYU ~ jenama terkemuka bagi pembersih khusus wanita. SUMBER AYU kini didatangkan dalam 2 variasi iaitu :-

SUMBER AYU Kayu Rapet & Manjakani dengan Whitening:-
Diperbuat dari Manjakani, Ekstrak Kayu Rapet, Sengkuang, Ekstrak Susu dan Dauh sirih  yang membersih serta berupaya membantu melindungi kuit di daerah kewanitaan agar rasa lebih lembut, membantu mencegah bakteria penyebab rasa gatal di sekitar kawasan intim serta memutih, mencerah (terutama di daerah pangkal peha) dan meremajakan bahagian intim secara semula jadi seawal 7 hari. 

Amboiii .. dengan SUMBER AYU Kayu Rapet & Manjakani dengan Whitening ini, bahagian intim bukan sahaja lebih bersih malah ia akan kembali 'muda remaja' dan berseri .. tak lagi kusam dan tidak tua .. Ehemmm .. perempuan mana tak bangga, betul tak?

DAN

SUMBER AYU Kayu Rapet & Manjakan
Diformulasi bersama bahan-bahan tradisional iaitu Kayu Rapet dan Manjakani yang terkenal sejak dari zaman nenek moyang kita lagi, ianya membantu menjaga daerah kewanitaan agar lebih lembut, membersihkan daerah kewanitaan dan membantu mencegah bakteria penyebab rasa gatal. Ianya diformulasi dengan pH 3.5 yang sesuai untuk keperluan daerah kewanitaan.

Kedua-dua produk adalah Halal, selamat dan berkesan dalam pemutihan serta didatangkan dalam pek 90ml dan 200ml pada harga RM5.90 ke RM10.90.


OK Misz-ella nak cerita bagaimana SUMBER AYU Kayu Rapet & Manjakani dengan Whitening ini membantu Misz-ella dalam gaya hidup sihat yang Misz-ella amalkan sejak dari dahulu lagi. 



Pembaca blog setia Dari Jari-Jari Halusku ini mesti tau Misz-ella sangat mementingkan gaya hidup sihat, baik dari pemakanan mahupun senaman. Senaman beri kepuasan yang luar biasa pada Misz-ella .. buat Misz-ella rasa lebih cergas, lebih bertenaga malah lebih ceria *kerana ianya satu cara untuk de-stress* Bersenam melompat, berlari, menari 3-4 kali seminggu itu biasa. Kalau Misz-ella tak berpeluh itu luar biasa *hehe* 

Cabaran nya ialah bagaimana Misz-ella nak kekalkan tahap kebersihan kawasan intim kalau dah selalu berpeluh kan? Dan bila berpeluh, kalau tak diatasi dengan betul, maka bakal 'kegatalan' lah kawasan intim dan risiko diserang bakteria adalah sangat tinggi. Dan Misz-ella sangat 'aware' tentang keperluan menjaga kebersihan kawasan intim.


Bila Misz-ella diberi peluang mencuba SUMBER AYU .. hati berkata .. mungkin inikah jawapannya? 

Buihkan SUMBER AYU di telapak tangan dengan sedikit air. Basuhkan ke daerah kewanitaan, bilas hingga bersih. Baunya sangat wangi dan segar. Tak meninggalkan rasa 'berangin' di kawasan intim dan buihnya senang dibersihkan. Sangat lembut dan 'mesra' pada kawasan intim. Jangan lupa lap hingga kering kawasan intim selepas mencuci ye wahai wanita-wanita di luar sana. Ini kerana kawasan intim tak sepatutnya dibiarkan lembab ~ salah satu sebab kenapa kita perlu ada tisu tandas atau gunakan 'panty liner' setiap hari.


Sejujurnya, Misz-ella rasa lebih segar dan berkeyakinan dalam kesihatan dan kebersihan kawasan intim. Tak lagi bimbang yang perpeluhan akibat aktiviti kecergasan akan menyebabkan jangkitan bakteria mahupun menyebabkan tona warna di kawasan intim menjadi kusam dan lebih gelap dari biasa, nak pulak di kawasan pangkal peha .. kawasan paling banyak perpeluhan kerana keadaan peha yang terkepit semasa bersenam, kan. Rasa lebih segar, lebih bersih .. tidak ada masalah kegatalan di kawasan intim walau seharian Misz-ella membanting tubuh badan di lantai tari mahu pun di Gym. Buat seorang perempuan, apa kah yang lebih berharga dari kesihatan yang baik dan tubuh badan yang bersih, kan. Malah buat seorang bergelar isteri, kebersihan, kecantikan dan keremajaan kawasan intim adalah satu bonus yang tidak ternilai harganya ~ Cantik luar dan dalam, itu yang kita mahukan, kan?

GIVEAWAY ~ Berita baik buat pembaca blog Misz-ella !
Memandangkan Misz-ella dah cuba Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU ini dan merasai keberkesanannya, Misz-ella akan memberi 15 orang pembaca bertuah blog Dari Jari-Jari Halusku ini Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU secara percuma untuk dicuba.

Cara-cara nya :-
1. Komen entry ini dengan caption 'SAYA NAK CUBA PEMBERSIH KEWANITAAN DAUN SIRIH SUMBER AYU' 
2. Follow Instagram Misz-ella *Link ada di SINI*
3.Screenshot/ambil gambar kedua-dua di atas dan email kan kepada kakchik3773@gmail.com

Mudah, kan. Tak perlu fikir slogan berpatah-patah perkataan dan sebagainya. Well .. Misz-ella kan sayang blog reader, tak nak la korang pening-pening. Nak korang rasai sendiri keberkesanan Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU je. 

Ohhh buat yang tak ada akaun Instagram, sila 'add' Misz-ella di Facebook *Link di SINI* Sila PM Misz-ella dengan mesej 'GIVEAWAY' supaya Misz-ella tau yang you all adalah pembaca blog Misz-ella dan kelulusan menjadi sahabat FB akan dibuat dengan segera.

So you all .. jom sertai GIVEAWAY Misz-ella hari ini dan dapatkan Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU secara percuma. 




Merry Christmas Bernard!


Hello readers ..

How was your long Christmas holiday? Many of you took advantage of the long holiday to travel, kan. Well .. not me. I spent my long holiday in my beloved city, Kuala Lumpur. Travel during Public or long holiday can be very challenging ~ traffic jem .. long queue here and there ... I had enough of those things. 

The Christmas tree at Waterfront Desa Parkcity is so lovely. I always love Christmas cos of the decoration. Beautiful. Colourful. Cheerful. And as usual, any festive celebration is a time to get together ... either Hari Raya Puasa, Chinese New Year, Deepavali or Christmas.

I had guest staying over at my house during Christmas .. to be exact a day after Christmas. This special guest, Bernard is Aiman's best friend. Not only our guest but he was our Chef for that special night too. Bernard and Aiman took over the kitchen and cooked a lovely meal for dinner *hapy*


And tadaaa .. It was an awesome feeling when I returned home and was served with Fettucinie Carbonara and Toast for dinner. Thank you to both of you the arrangement .. from the menu selection, groceries shopping, cooking .. I felt like a Queen *love*

I told Bernard I never like Carbonara cos it usually has a 'milky' taste but Bernard is a great Chef! The Fettucine Carbonara with sliced chicken, hotdog, spinach and mushroom was really delicious *GoodBye Diet*


And this is our Christmas gift for our lovely Bernard. Merry Christmas Bernard! We hope you enjoyed our accompany as much as we loved being your host .. and many Thanks for the great surprise. I'm loving it.


Aerodance Fun Fun @ Rockafella Saujana Utama

Hello readers ..

I'm back with my fitness sharing. Well .. antara banyak-banyak entry, menulis tentang kesihatan dan kecergasan adalah yang paling Misz-ella suka sekali.

After a long break *very long* I am back to the Dance Floor. Rindunya nak jumpa kawan-kawan di Saujana Utama, rindunya nak ke lantai tari .. Only God knows what I feel. Yah .. I missed the past but things changed. I am no longer in SU tapi SU tetap istimewa di hati dan kerinduan itu lah yang membawa Misz-ella kembali ke SU untuk bersenam dengan kawan-kawan.


Friday night 23 December 2016, I made my way to the Dance Floor at Rockafella Studio, Saujana Utama, Sungai Buloh. Wahhh .. sudah ada satu lagi cawangan Rockafella? Yes it is and I'm back to the studio when I knew that there is an Aerodance class happening on that night.

I grew in fitness with aerodance. I was among the earliest student at Saujana Utama first fitness studio. Well ... cerita lama tapi kalau you all rajin bukak blog Misz-ella, you will definitely find those entries. As time goes by, I learnt Zumba, Piloxing and many more other dance fitness. But Aerodance is still my first love.

Hummm .. orang macam Misz-ella ... kalau tak kerja, family. Kalau tak famili bersenam. Bukan Minah party bukan suka buang masa tak tentu hala. Thats my life. Simple but I'm loving it.



In aerodance, we combine the basic aerobic steps to formed a dance fitness which is applicable to all level of fitness. V, V-X, Step touch, Double Step touch, Knee Up, Leg Curl, Forward and Back and remember the butterfly arm movement? And my favourite Poney. Realiti nya, Misz-ella memang suka Aerodance. Aerodance is easy but most importantly in any exercise that you are currently doing is ENJOY! Listen to the beat, shake and move your body following the beat. Dengar tempo bukan lirik lagu tau .. Hehehe.



An hour of fun Friday night with Coach Lina. Fun steps, catchy music and her communication is good! We burnt tons of calories .. a healthier way to end our Friday. So kawan-kawan .. jom ikut Misz-ella bersenam. Jom kita jadi lebih sihat dan kuat demi kita dan kesayangan kita.




Realash Eyelash Enhancer - Ohh melentik naik!

Hello readers ..

Ingat lagi cerita Misz-ella tentang 'Kotak Cantik' yang dihantar ke rumah Misz-ella beberapa bulan yang lalu? Kalau tak ingat baca entry ini ye ~ REALASH EYELASH ENHANCER

Setelah beberapa bulan mencuba Realash Eyelash Enhancer, I am ready to share with you about it here.

This is me before using Realash Eyelash Enhancer.


Biasa je mata Misz-ella, kan. In fact some of my eyelashes were spoilt cos it was under Eyelash extension for a few months. Eyelash extension, even it is not heavy but it is bad for long term usage. It gave pressure to your original eyelashes. When we removed it, you can see your original eyelashes became flat *semuanya menunduk ke bawah .. mungkin sebab tekanan dari eyelash extension tersebut. So you all lepas ni kalau gunakan eyelash extension untuk tujuan kecantikan, jangan guna untuk jangkamasa yang terlalu lama ye. Let your eyelashes rest.

The opportunity to try Realash Eyelash Enchancer was received with a big heart. I am all excited to give myself a try and witnessed it by myself.

I applied it to my eyelashes once a day. Sangat senang cara gunakan dia. Just apply to every single eyelashes .. macam gunakan Maskara tapi .. kadang Misz-ella lentikkan ke atas .. kadang Misz-ella sapukan ke bawah. Just do it .. as long as the serum were applied to your eyelashes, it is fine. The serum is off white in colour, non-oily, non-sticky and free from any smell. The texture is very fine and does not irritate the eyes. In fact, I have a sensitive eyes actually. But realash serum is so friendly to my eyes. So comfort till I didn't realise that I have a serum on my eyelashes.

The result ~ After a month using, I realised that my eyelashes has grown longer and stronger. It is no longer weak like before. Kalau dulu bulu mata Misz-ella halus bagaikan tidak berbulu, sekarang dia lebih lebat dan sihat. Kalau dulu bulu mata Misz-ella bagaikan menunduk malu, sekarang ia ohhhh .. melentik naik dan gagah!! Suka lah Misz-ella!



Tengok tu .. macam guna Maskara, kan. Yang paling bagusnya, Realash Eyelash Enhancer yang berharga RM190 ini sangat ekonomi dan boleh digunakan untuk jangkamasa yang lama. Dah beberapa bulan Misz-ella guna, masih belum habis lagi. Jimat! *i like*


So readers, kalau you all ada masalah yang sama seperti Misz-ella iaitu kekurangan bulu mata sehinggakan ianya bagaikan tiada,  you all boleh la cuba Realash Eyelash Enhancer ini dimana kita boleh lebat dan panjangkan bulu mata secara semulajadi. Tiada kesan sampingan. Yang ada hanyalah bulu mata yang lebih cantik dan menakjubkan. Siapalah yang tak nak, kan.

Butiran lanjut tentang Realash Eyelash Enhancer boleh didapati di HTTP://WWW.REALASH.MY. Jom kita ke sana untuk kenal lebih lanjut lagi tentang Realash Eyelash Enhancer ni ye.