Hello readers ..
Siapa penggemar keju? Me! Amboi Misz-ella .. sendiri tanya sendiri jawab ye *hehe*
OK .. Ini adalah berita baik buat buat semua penggemar keju dan jugak penggemar-penggemar KFC ~ ayam goreng kesukaan rakyat Malaysia dan Misz-ella salah seorang dari penggemarnya. Dari kecik suka makan KFC.
KFC baru-baru ini telah melancarkan KFC Cheezy Mushroom Crunch – hidangan sensasi berkeju terbaharu yang kini boleh didapati di semua rangkaian restoran KFC seluruh
Malaysia!
Tawaran masa terhad ini merupakan
gabungan sempurna tekstur dan rasa. Kombinasi enak keju pekat berkrim bersama
cendawan butang yang dihiris, dicurahkan pada ayam KFC Hot & Spicy kegemaran
ramai, membawa pengalaman menakjubkan dengan rasa sedap yang tidak terkata.
Sepanjang
tempoh promosi, hidangan berkeju terbaharu ini juga boleh didapati dalam
pilihan burger, iaitu Cheezy Mushroom Burger.
En. Chandrasagran Munusamy, Pengurus Besar KFC Operations dan Angelina Villanueva, Pengurus Besar Kanan KFC Marketing semasa pelancaran KFC Cheezy Mushroom Crunch di KFC Pavillion Elite, baru-baru ini.
“KFC sentiasa bekerja keras dalam menghasilkan hidangan-hidangan baharu yang akan memuaskan para penggemar KFC, dan rangkaian
hidangan KFC Cheezy Mushroom yang dikhaskan buat penggemar KFC dan keju ini tidak terkecuali. Gabungan rasa yang unik ini pasti memenuhi
selera anda yang mendambakan hidangan berkeju. Anda mesti cuba!”, kata Angelina
Villanueva, Pengurus Besar Kanan Pemasaran KFC.
KFC Cheezy Mushroom Crunch terdapat di
dalam hidangan kombo 2 ketul dan 5 ketul ayam yang didatangkan bersama hidangan
sampingan KFC iaitu coleslaw, kentang putar serta satu minuman ringan dari
serendah RM13.50*.
Manakala Cheezy Mushroom Burger boleh didapati secara
ala carte hanya dari RM9.10*, juga boleh dibeli menerusi hidangan kombo yang
didatangkan bersama Crispy Fries serta satu minuman ringan.
KFC Cheezy Mushroom Crunch kini boleh
didapati di semua restoran KFC seluruh Malaysia bermula dari 5 Januari 2017 sehingga 20
Februari 2017 atau sementara stok masih ada.
So readers .. apa lagi .. Jom kita ramai-ramai bawak diri bawak famili ke restoran KFC untuk menikmati hidangan terkini KFC ini. Cepat-cepat jangan lambat. Rugi you all tak rasa tau!
Untuk maklumat lanjut, sila layari
kfc.com.my
Ni buat pcl teringin mk. Kfc.. Lama dah x masuk kfc.. I like cheesy emm..
ReplyDelete