Pages - Menu

Isagenix lancarkan Product B ~ buat kita kembali muda

Hello readers ..

Kali ini sekali lagi Misz-ella bawakan entry bercirikan kesihatan untuk dikongsi bersama. Hummm .. dalam banyak-banyak perkongsian, perkongsian tentang kesihatan dan gaya hidup sihat paling Misz-ella suka. Dapat pahala tau bila kongsi ilmu serta pengetahuan yang kita ada ni sama-sama, kan.


 Pernah dengar tak tentang Isagenix? Misz-ella pernah malah pernah mengambil minuman kesihatan Isagenix satu ketika dahulu semasa mendaki Bukit Kutu dengan kawan-kawan. Bukit Kutu tu tingginya tiga (3) kali ganda ketinggian Menara Kuala Lumpur. Dari Kaki Bukit nak ke puncak memakan masa lebih kurang 4 jam. Dah tentu perlukan tenaga, kan. Kalau tak da tenaga, maka impian mahu ke puncak hanya tinggal angan-anganlah *Ohh .. sedih* Tapi sukacita dimaklumkan bahawa Misz-ella dan kawan-kawan berjaya menawan puncak Bukit Kutu dan semasa mendaki, sebotol minuman Isagenix yang meningkatkan prestasi tenaga menjadi bekalan kami semua. OK cerita lama tu .. lebih dari setahun yang lalu. Tapi walaupun begitu, pengetahuan Misz-ella tentang Isagenix amatlah terbatas dan bila dijemput oleh Fitsister Misz-ella iaitu Della untuk menghadiri acara pembukaan rasmi pejabat baru Isagenix peluang tu tak Misz-ella lepaskan. Well .. maka bermulalah perkenalan rasmi Misz-ella dengan Isagenix. Ok .. sila baca sampai habis perkongsian Misz-ella ini ye supaya tak sia-sia lah senaman jari-jari halus Misz-ella ni mengetuk keyboard laptop ini.


Isagenix adalah jenama bagi syarikat pengeluar makanan kesihatan bernutrisi tinggi yang ditubuhkan di USA pada tahun 2002 dan telah mula berada di pasaran Malaysia sejak Oktober 2013.

Sejak memulakan operasinya di Malaysia pada tahun tersebut, produk-produk Isagenix telah berjaya mengubah kehidupan pengguna-penggunanya baik dari segi kesihatan mahupun penampilan (fizikal).

Isagenix bukanlah produk diet seperti kebanyakan produk yang terdapat di pasaran tetapi ia adalah makanan bernutrisi tinggi lagi berkhasiat dan merupakan amalan gaya hidup sihat. 

Antara produk-produk Isagenix yang sudah dikenali ramai adalah :-


IsaShake

Cleanse For Life


Isalean Pro

Isa Bar

Fiber Snacks



Isagenix Snacks


Isagenix Amped

Isagenix Ionix



E+Shot Isagenix

Walaupun ia bukan produk yang memfokuskan kepada diet, tetapi dek kerana khasiat dan nutrisi yang terdapat di dalam bahan-bahannya, kebanyakan pengamal Isagenix berjaya mengubah penampilan dan tahap kesihatan setelah menjadikan Isagenix sebagai sebahagian dari gaya hidup mereka. Ini adalah kerana Isagenix bertindak secara bijak dalam menyeimbangkan fungsi tubuh badan.

Bermula dengan dua (2) kategori produk iaitu :-

1)   Penurunan berat badan/weight loss
2)   Meningkatkan prestasi tenaga/energy performance

Isagenix kini mengorak langkah ke hadapan dengan memperkenalkan produk terbarunya yang bersifat anti-penuaan iaitu Product B pada 21hb Januari 2017 yang lalu serentak dengan pembukaan pejabat baru Isagenix bertempat di The Vertical Suites, Bangsar, Kuala Lumpur.



Majlis pembukaan dan pelancaran tersebut meriah dengan kehadiran lebih dari 450 orang tetamu yang terdiri dari wakil-wakil pengedar Isagenix dari Malaysia, Indonesia, Singapore, Hong Kong, Taiwan dan USA.

Isagenix Malaysia turut mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai Ibu Pejabat Isagenix Asia Tenggara.


Pada majlis gilang-gemilang tersebut, tetamu telah diperkenalkan dengan Product B – product reverse aging yang dinanti-nantikan dan boleh dinikmati oleh setiap individu berusia 18 tahun ke atas. 


Terus terang Misz-ella katakan yang Misz-ella seronok melihat keterujaan dan semangat yang ditunjukkan oleh mereka pada majlis petang tu. Berkobar-kobar. Positif semua tak ada yang negatif dan seperti biasalah dimana ada positif disitulah Misz-ella jatuh cinta. I dont like negative vibes! 




OK .. Apa sebenarnya Product B?
Product B yang menjadi perbualan hangat serta fokus utama pada petang itu adalah sejenis makanan tambahan yang memberi sokongan antioksidan kepada tubuh badan manusia dan menjadikannya kembali muda.

Penuaan adalah proses semulajadi. Pelbagai faktor menyebabkan penuaan namun kajian Sains membuktikan bahawa dengan pemakanan yang betul dan amalan gaya hidup sihat, kita mampu menjaga sel-sel tubuh agar ia kembali muda dan ia boleh menjadi realiti dengan pengambilan Product B secara konsisten.

Bagaimanakah Product B berfungsi ?
Badan manusia mengandungi sel-sel kecil yang bergabung bersama dan dikenali sebagai kromosom. Kromosom secara amnya adalah sehelai DNA panjang yang bertanggungjawab ke atas semua proses yang berlaku dalam badan kita. Kesemua maklumat genetik penting dan ciri-ciri peribadi kita (contohnya warna rambut, jenis kulit, jantina) boleh didapati didalam DNA tersebut.

Pada setiap hujung kromosom tersebut terdapat telomeres yang berfungsi untuk melindungi kromosom daripada kerosakan. Boleh dikatakan telemores ini adalah pengikat bagi setiap hujung dan pangkal kromosom lah.



Walaubagaimanapun, bagi membolehkan seorang manusia itu membesar dan meningkat umurnya, sel-sel kita akan melalui proses dimana sel-sel ini akan dibahagi bagi membolehkan maklumat genetik itu kekal terpelihara. Di dalam proses yang dikenali sebagai ‘mitosis’ ini setiap satu sel induk akan pecah dua (dibahagi dua) dan melahirkan satu sel baru yang merupakan salinan pendua kepada maklumat genetik asal. Setiap kali proses ini berlaku, telomeres pada kedua-dua hujung kromosom akan menjadi lebih pendek dan ada kalanya ia hilang.


Apabila telomeres menjadi terlalu pendek, ia menyebabkan kerosakan pada bahagian-bahagian penting di dalam DNA dan menyebabkan sel-sel DNA tersebut berhenti membiak dan memasuki “tempoh penurunan sel” maka berlaku lah penuaan. Hmmm .. macam tu rupanya kan kejadian penuaan, patut lah orang kata makin banyak umur kita makin tua lah kita .. kedut mula hinggap, otot-otot semakin mengendur .. semua nya gara-gara sel-sel DNA badan kita berhenti membiak dan memasuki tempoh penurunan sel. OK dah faham dah bagaimana proses penuaan berlaku, kan.

Kajian para Saintis mendapati bahawa dengan melindungi telemores, ianya terbukti berkesan untuk melambatkan proses penuaan dan memastikan DNA dan ciri-ciri genetik tetap utuh untuk lebih lama dan disini lah bagaimana Product B dapat membantu kita menangani tersebut.


Product B memainkan peranan yang penting dan bertindak melindungi telomere dengan tiga (3) cara iaitu :-

•       Memberi sokongan antioksidan – menyokong enzim antioksidan badan
•       Memberi sokongan sel-sel badan – mengekalkan keharmonian fungsi sel
agar sel-sel badan mampu berfungsi dengan baik walau dihimpit penuaan
•       Menjadikan tubuh badan lebih sihat – memberi perlindungan sel-sel tubuh dari serangan radikal bebas

Product B dibuat dari bahan-bahan semulajadi. Antara bahan-bahan semulajadi yang terdapat di dalam Product B  adalah ekstrak kunyit, ekstrak milk thistle, ekstrak pomegranate, ekstrak teh hijau, ekstrak bilberry, blueberry dan red raspberry, panax ginseng, esktrak chia seed, L-glutathione dan bebagai lagi.

Kesemua bahan yang terdapat di dalam Product B telah diiktiraf keberkesanannya dan mengandungi pelbagai nutrisi yang sangat diperlukan oleh setiap individu dewasa bagi mengekalkan kesihatan yang optimum. Pengambilan Product B secara konsisten dan berterusan terbukti mampu menjadikan sel-sel badan berfungsi dengan lebih baik dan kembali muda.

Product B adalah Vegetarian, tidak mengandungi sebarang lemak haiwan dan tidak mengandungi bahan kimia serta racun larangan.

Antara fakta menarik tentang kebaikan Product B adalah :-

•       Setiap hidangan memberi 35% daripada Vitamin C harian
•       Setiap hidangan memberi 50% daripada Vitamin E harian
•       Setiap hidangan memberi 333% daripada Vitamin B12 harian

Cara-cara pengambilan Product B adalah sangat mudah ~ 2 biji setiap pagi dan petang (2 kali sehari).

Product B keluaran Isagenix ini yang kini telah berada di pasaran Malaysia, adalah peneraju utama dalam perlindungan telemores hasil kombinasi bahan-bahan semulajadi dan penemuan sains moden terkini. Setiap individu berusia 18 tahun ke atas harus merebut peluang untuk mengambil  Product B ini agar kita dapat melindungi serta menjaga sel-sel badan kita supaya kekal muda.





Ini adalah antara mereka-mereka yang telah berjaya mengubah penampilan diri dan tampil lebih muda setelah mengambil Product B selama beberapa bulan.

OK Misz-ella nak bagi pendapat peribadi Misz-ella lah jugak berkaitan dengan perkara ini. Follower dan readers yang dah lama ikuti blog Misz-ella mesti tau yang Misz-ella seorang yang sangat prihatin dengan kesihatan dan penampilan diri. Misz-ella pernah katakan sebelum ini yang kita semua serba cantik dan sempurna semasa dilahirkan tetapi gaya hidup yang tak sihat, disiplin yang tidak kuat , tiada kesedaran diri atau sikap sambil lewa kita dalam menjaga kesihatan dan penampilan menyebabkan timbulnya keadaan dimana .. Ehh kita sebaya tapi kenapa kau nampak lebih muda dari aku? Ye memang betul jadual harian kita sangat padat. Buat kaum Hawa yang dah berumahtangga dan bekerjaya, lagi tak da masa, kan. Mana nak jaga anak lagi, nak pergi kerja lagi, menguruskan hal rumahtangga lagi lepas tu si Adam (laki you all lah, sapa lagi) pun nak kan perhatian kita jugak. Semua tu jadi keutamaan kita dan masa untuk diri kita sendiri hampir tiada. Tapi satu je Misz-ella nak pesan .. Sayangi lah diri sendiri dan salah satu cara untuk menunjukkan kasih sayang pada diri kita adalah dengan menjaga kesihatan dan penampilan diri. Kita semua pasti akan melalui proses penuaan, tak da yang akan terlepas tapi dah tentu kita nak tua sihat dan sedap dipandang mata, kan. Misz-ella sendiri suka tengok Seniwati Sarimah atau penyanyi Shiela Majid .. berumur tapi awet muda dan penampilan tetap terjaga .. sedap mata memandang.

Ambillah makanan tambahan kerana sel-sel badan kita memang memerlukan bantuan dan sokongan. Nak harapkan makanan yang kita ambil setiap hari? Ummm .. kadang-kadang proses dan kaedah memasak pun dah cukup untuk membuatkan makanan tu hilang nutrisinya, betul tak? Satu je Misz-ella nak pesan, jangan makan produk yang tak diketahui asal usul dan kejadiannya .. silap-silap kita yang merana. Pilih produk yang berkualiti dan dari syarikat yang boleh dipercayai. 

So readers .. Misz-ella dah habis berkongsi tentang kewujudan Product B yang boleh kita amalkan dalam usaha kita untuk menjaga kesihatan dan penampilan diri. Misz-ella harap perkongsian ini bermanfaat dan kita sama-sama belajar dari nya.


Dan Misz-ella nak akhiri entry ini dengan ucapan Terima Kasih banyak-banyak pada Della, rakan Misz-ella kerana jemput Misz-ella ke Majlis Ilmiah ini. Dengan ilmu yang Misz-ella perolehi pada petang tu, dapatlah Misz-ella kongsikan dengan you all semua, kan.

So, you all semua .. kalau nak tau lebih lanjut tentang Product B dan produk-produk lain keluaran Isagenix, telefon lah Della di 014-2376188 atau layari www.dellarich. isagenix.com. Jangan malu-malu angkat telefon dan call je dia .. Della ramah, suka senyum dan confirm tak sombong. OkBye readers. Terima Kasih baca ye. Jumpa lagi di lain entry.

No comments:

Post a Comment