Hello peminat-peminat hiburan tanahair,
Mulai dari 5hb Februari 2017 ini, kita bakal berpeluang
menonton Mentor Milenia, program pencarian bakat baru dalam bidang
nyanyian khusus buat golongan muda berusia antara 17 hingga 21 tahun.
Mengekalkan format yang sama seperti tahun yang lepas,
Mentor Milenia 2017 menampilkan empat penyanyi popular tanah air sebagai
barisan mentor yang bakal menggilap bakat-bakat protégé nya. Tahun ini Mentor
Milenia menampilkan kelainan dengan kehadiran Tomok disamping mengekalkan
Black, Hazama dan Akim. Tomok dipilih untuk bersaing dengan ketiga-tiga mentor sedia ada berdasarkan kepada pencapaian dan pengalaman beliau sendiri yang pernah menjuarai tiga program berbeza iaitu One In A Million, Versus dan Pop Krew.
Sessi uji bakat mencari peserta telah berlangsung selama lima minggu di Horizon Hotel Kota Kinabalu, Sabah (10 Disember 2016) dan Theatrette Sri Pentas, Bandar Utama (17 & 18 Disember 2016 - Tomok, 24 & 25 Disember 2016 - Black, 31 Disember 2016 & 1 Januari 2017 - Akim, 7 & 8 Januari 2017 - Hazama). Lebih seribu orang peserta telah menghadiri sessi Uji bakat tersebut tetapi hanya 12 orang yang terbaik sahaja terpilih untuk ke pusingan seterusnya.
Mentor Milenia pertama akan ke udara pada 5hb Februari ini dari pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam dan akan dihoskan oleh Issy Fazlisham dan Marsha Milan Londoh.
Tiga bakal protege kepada Tomok, Akim, Black dan Hazama akan membuat persembahan solo mereka di konsert pengenalan pada 12 Februari - Akim & Hazama
Manakala pada 19 Februari pula adalah giliran bagi 3 orang bakal protege Black & Tomok. Dari tiga orang peserta ini, hanya dua bakal dipilih oleh mentor masing-masing untuk mara ke peringkat seterusnya di pentas Mentor Milenia 2017.
Selepas itu, lapan protege terpilih ini akan bertanding dalam 9 konsert mingguan bermula 26 Februari yang disiarkan secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral bagi melayakkan diri ke pentas akhir.
Berbeza dengan musim lepas, Mentor Milenia 2017 menampilkan Datuk Hattan sebagai Juri tetap dan seorang juri professional jemputan setiap minggu. Penasihat Mentor Milenia 2017 pula adalah Azmeer manakala Sazlan Mat Adnan dilantik sebagai Koreografer dan Faizal Uzir atau lebih dikenali sebagai Lok-U pula sebagai Pengarah Muzik
Para protege akan diberi markah oleh Juri Professional dan Juri Tetap sebanyak 50% , 30% lagi adalah menerusi undian di laman web rasmi Mentor Milenia dan baki 20% lagi daripada juri awam di Studio.
Protege yang gagal meraih jumlah markah tinggi akan disingkir dan Juara Mentor Milenia bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000.00.
Mentor Milenia 2017 ini dibawakan khas oleh Neffos, Telefon pintar generasi Milenia selaku penaja utama manakala tonton sebagai Geng Digital, Harian Metro dan ZIP sebagai Geng Media dan Hot FM sebagai Geng Radio. Menariknya kali ini, TV3 akan bekerjasama dengan Smule, applikasi karaoke popular. Jangan lepaskan peluang untuk menyanyi bersama mentor pilihan anda bermula pada bulan Mac ini menerusi applikasi tersebut. Wahhh .. best, kan. Berpeluang berkaraoke dengan Akim, Tomok, Hazama atau Black melalui Smule. Kaki karaoke apa lagi .. Jom !
Sebenarnya, Misz-ella sendiri teruja nak saksikan gelagat para mentor ini dan protege mereka. So peminat-peminat hiburan tanahair, jangan lupa melekat di depan TV anda bermula dari 5 Februari ini pada jam 9 malam untuk saksikan Mentor Milenia 2017. Ambik remote TV tekan no. 3 .. jangan tekan saluran lain ok.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.tv3.com.my/mentormilenia dan ikut juga laman social Facebook TV3, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 dan jom kita sama-sama gunakan hashtag #MentorMilenia bagi menghangatkan perbualan tentang program ini di laman media sosial. Mentor Milenia 2017 juga boleh ditonton melalui strim secara langsung definisi tinggi di www.tonton.com.my
Akhir kata, Terima Kasih TV3 kerana menjemput misz-ella.blogspot.com ke Majlis Sidang Akhbar Mentor Milenia 2017 dapat lah Misz-ella kongsikan berita ini dengan you all semua, kan. Meh nak pantun sikit .. Terima Kasih Daun Keladi. Esok-esok Jemput lah lagi. OKBye.
No comments:
Post a Comment