Hello readers ...
Ini entry tentang drama terbaru yang bakal mengisi slot Akasia bermula 13 Februari 2017 setiap Isnin hingga Khamis pukul 6.58 petang iaitu Suamiku Paling Sweet.
Drama
28 episod terbitan oleh Primeworks
Studios Sdn. Bhd. ini dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Mawar Rashid, Syafiq Kyle, Fazren Rafi,
Fazlina Ahmad Daud, Liza Abdullah, Aedy Ashraf, Amirul Faqeem DFKL, Adik Nik
Adam Mika, Nur Natasya Nabila dan Lia
Natalia.
Suamiku Paling Sweet memaparkan kisah Qisya Iriz (Mawar Rashid), graduan universiti yang terpaksa menjadi pengasuh
sementara Hafiey (Adik Nik Adam Mika),
iaitu cucu kepada kawan ibunya, Puan Fathma (Liza Abdullah). Pengasuh-pengasuh sebelum ini memang tidak dapat
bertahan dengan sikap nakal Hafiey itu. Rela dalam terpaksa, Qisya akhirnya menerima cadangan ibunya mengenangkan yang ianya hanya untuk sementara waktu. Apabila Qisya yang keras kepala bertemu dengan
Hafiey, berbagai kekecohan berlaku.
Kedua-dua ibu bapa
Hafiey telah meninggal dunia dalam suatu kemalangan. Disebabkan itu, Hafiey
menganggap bapa saudaranya Izz Haikal (Syafiq
Kyle) sebagai ayah kandungnya sendiri. Izz sanggup melakukan apa sahaja
demi kebahagiaan Hafiey. Selepas bertemu dengan pengasuh Hafiey, hati Izz dan
Qisya sering berdebar. Namun mereka tidak ambil peduli tentang maksud sebenar di
sebalik debaran hati tersebut sehinggalah terjadi sebuah peristiwa yang
mengubah nasib hidup mereka berdua.
Qisya dipaksa
untuk menjadi isteri kepada Izz Haikal pada usia yang muda. Pelbagai emosi menguasai Qisya. Dia terkejut, marah, dan benci sehingga hampir diterajangnya Izz Haikal pada malam perkahwinan. Qisya tertekan dan langsung tidak
dapat menerima kenyataan yang dia berkahwin dengan Izz Haikal malah terpaksa memikul tanggungjawab sebagai ibu kepada Hafiey. Dia tertanya-tanya adakah ini merupakan perangkap Izz Haikal untuk bersama
dengannya ..
Qisya mula
memberontak sehingga sanggup meninggalkan Izz Haikal dan Hafiey walaupun sudah
bernikah. Izz berasa sedih tetapi dia memahami perasaan isterinya .. dia bersabar dan memberi ruang kepada Qisya untuk mencari ketenangan diri.
Izz tidak pernah
berhenti memujuk isterinya. Diikutkan segala kedegilan serta ragam isterinya dengan penuh kesabaran. Akhirnya, lebur hati Qisya dengan kebaikan, kelembutan, kesabaran, kasih sayang dan keromantisan suaminya. Izz sangat sempurna di hati Qisya .. pada beliau Suamiku Paling Sweet!! dan Qisya kembali ke pangkuan Izz dan Hafiey.
Qisya meletakkan syarat bahawa tiada sesiapa pun akan
mengungkit peristiwa dan sebab mereka berdua terpaksa berkahwin. Tetapi segala yang dirancang tak menjadi maka peristiwa hitam yang tidak mahu diingati Qisya itu diungkit. Qisya
nekad meninggalkan suaminya dan Hafiey walaupun dia sedang hamil. Adakah
sangkaan Qisya bahawa perkahwinan ini ialah perangkap Izz itu adalah benar?
Jom kita saksikan bersama lakonan Mawar Rashid dan Syafiq Kyle dalam drama bersiri Suamiku Paling Sweet yang akan bermula hari ini, 13 Februari 2017, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.58 petang di slot Akasia, TV3. Kita tonton sama-sama ye!
No comments:
Post a Comment