Pages - Menu

Hari Pengasas Pakar Kulit Dr. Ko 2017

Hello readers,

Kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang sesuatu yang cantik. Cantik itu walau dapat dilihat dari luaran tetapi akan lebih bermakna jika ianya bermula dari dalaman, kan.

Baru-baru ini Misz-ella telah dijemput untuk menghadiri acara Hari Pengasas KO. Sebagai seorang yang support good cause, dah tentulah Misz-ella sokong apa sahaja aktiviti atau program yang bersifat kebajikan, I made my way to support the event.

Dato Dr. Ko bukanlah nama asing dalam bidang dermatologi negara kita. Setelah berada di United Kingdom selama 17 tahun untuk memperolehi kelayakan akademik dan bekerja sebagai seorang pakar dermatologi, Dato Dr. Ko kembali ke Malaysia pada tahun 1994. Beliau kemudiannya mengetuai Jabatan Dermatologi di Hospital Seremban sehingga 1997.


Pada tahun 1997, Klinik Pakar Kulit Dr. Ko ditubuhkan di tingkat satu sebuah rumah kedai di Klang, Selangor. Kini, klinik kecil ini berubah wajah  menjadi Ibu Pejabat bagi 30  cawangan Klinik Pakar Kulit Dr. Ko di seluruh negara. Selain produk penjagaan kulit sendiri, Klinik Pakar Kulit Dr. Ko juga dilengkapi dengan peralatan terapi laser yang paling lengkap di Asia. 

Sepanjang 19 tahun sumbangan beliau dalam industri kulit dan estetik di Malaysia, Dato Dr. Ko telah menawarkan rawatan percuma kepada mangsa kebakaran kurang kemampuan yang dirujuk oleh doktor hospital kerajaan. Beliau bermurah hati mengetepikan bayaran bil dan juga menampung kos pengangkutan mereka.


Sehubungan dengan itu, Hari Pengasas KO diperkenalkan sebagai aktiviti tahunan dengan tujuan murni dan bantuan disalurkan kepada badan kebajikan yang berlainan setiap tahun dan untuk tahun 2017 ini, Hari Pengasas KO kembali untuk tahun kedua. 

Pada tahun lepas, Dato Dr. Ko telah menyumbang RM27,000 kepada Yayasan Beautiful Gate untuk kumpulan kurang upaya. Untuk tahun ini, Dato Dr. Ko menyasar untuk menyumbang RM50,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Anak-Anak Sakit Kanser Malaysia.

Bermula dari 24 Mac sehingga 30 April 2017, Klinik Pakar Kulit Dr Ko akan sekali lagi menyambut Hari Pengasas KO bersama golongan  kurang bernasib baik dan pada masa yang sama memberi ganjaran kepada pelanggan setia dengan pelbagai tawaran hebat. Setiap transaksi di Klinik Pakar Kulit Dr Ko sepanjang tempoh tersebut, Dr. Ko akan menyumbang RM1 kepada badan kebajikan yang terpilih. Promosi khas turut ditawarkan kepada pelanggan yang menyumbang kepada kejayaan Dato Dr Ko Chung Beng selama ini.


Dato Dr. Ko Chung Beng

Dato Dr. Ko Chung Beng dalam ucapannya mengatakan .. “Hidup kita akan lebih bermakna apabila kita membawa perubahan positif kepada masyarakat dan kehidupan seseorang. Tugas sebagai doktor adalah merawat pesakitnya dan juga  mengembalikan keyakinan diri mereka. Saya percaya, setiap orang mampu mengubah hidupnya, namun masih terdapat kumpulan yang kurang bernasib baik yang memerlukan bantuan masyarakat dan rawatan. Marilah kita sama-sama menyumbang demi kesejahteraan dunia," 


"Kami juga ingin memupuk semangat tanggungjawab social dan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk membantu masyarakat tempatan,” kata Dato Dr. Ko.

Encik Amin Mohd Ali Sidik 

Encik Amin Mohd Ali Sidik dari Persatuan Ibu Bapa dan Anak-Anak Sakit Kanser Malaysia, dalam ucapan beliau merakamkan penghargaan kepada Dato Dr. Ko kerana memilih untuk menyumbang kepada organisasi tersebut. Penyakit kanser adalah pembunuh no. 2 di Malaysia selepas penyakit jantung. Saban tahun, kos rawatan bagi pesakit kanser semakin meningkat dan sumbangan Dato Dr. Ko terhadap organisasi ini amatlah bermakna dalam usaha untuk menyokong pesakit-pesakit kanser tersebut.



Hari Pengasas KO tahun ini ditaja oleh Make A Wish Creations - sebuah syarikat perancang majlis dan Le Midi, sebuah restoran yang menyajikan makanan Perancis dan Italia serta turut disokong oleh artis tempatan iaitu Dynas Mokhtar dan Idris Khan. Dato' Dr. Ko mengucapkan Terima kasih kepada dua penaja ini dan merancang untuk bekerjasama dengan lebih banyak badan kebajikan dan badan bukan kerajaan di masa yang akan datang.



So pembaca-pembaca yang budiman, bermula dari 24 Mac sehingga 30 April 2017 ini, mari kita sama-sama raikan hari yang bermakna ini di Klinik Pakar Kulit Dr Ko. Bukan sahaja kita bakal memiliki wajah serta kulit yang cantik, malah kita dapat beramal dan menyumbang kepada mereka yang memerlukan.



Untuk maklumat lanjut mengenai Hari Pengasas KO, sila layari www.foundersday.koskinspecialist.com.



No comments:

Post a Comment