Hello readers ..
Kali ni kita cerita santai-santai sikit ye. Rilek-rilek sikit .. tak nak terlalu serius walaupun Misz-ella sebenarnya ada cerita yang lebih serius untuk dikongsi dengan you all tapi sejujurnya, mood sangat ke laut 2-3 hari ini .. fikiran melayang ke masa silam .. walau hakikatnya Misz-ella sangat setuju dengan ungkapan 'Jangan Pandang Belakang' tapi realitinya, kotak memori tak ada butang 'delete' atau 'backspace' .. Allah tak izinkan kita padam memori silam kerana setiap yang berlaku itu sangat berharga dan Dia mahu kita belajar darinya. Maka dengan itu, hargai setiap detik yang berlaku dalam hidup kita tak kisah apa perisanya - pahit atau manis kerana itulah warna-warni kehidupan sebenarnya.
OK back to the subject of the entry, Misz-ella nak kongsi dengan you all tentang Kuih Kasui Pandan Mek Yang. Misz-ella dah lama tak makan kuih tradisional Melayu kerana sedang mengamalkan gaya hidup sihat, .. maka segala makanan bergula, berkarbohidrat dan berminyak Misz-ella elakkan. Alhamdulillah .. berkat disiplin dan istiqomah, Misz-ella berjaya turunkan berat badan dari 62kg ke 53kg (berat ideal Misz-ella) dalam masa 3 bulan. Lega sikit bila berat badan berjaya diturunkan, dah boleh pakai baju-baju lama .. kalau tak, menangislah poket kerana kena beli baju baru.
Walau berat badan dah mencapai berat ideal, Misz-ella masih amalkan pemakanan sihat tetapi dengan sedikit kelonggaran dimana dua kali seminggu i ada 'cheat day' .. Yeay!! So baru-baru ini Misz-ella berpeluang menjamu 'tummy' kesayangan dengan kuih Melayu tradisi kita iaitu Kuih Kasui.
Kuih Kasui bukanlah asing pada Misz-ella sebab my mom sangat pandai buat Kuih Kasui Gula Melaka tapi .. buat pertama kalinya Misz-ella berpeluang merasai Kuih Kasui Pandan yang dibuat oleh Mek Yang.
Kuih Kasui Pandan Mek Yang ini sangat sedap - Adunannya tak lembik dan tak keras .. tidak terlalu manis dan dibuat menggunakan Pati daun pandan .. sangat asli dan tidak mengandungi apa-apa pewarna atau perisa tambahan .. tengok warna dia pun kita boleh tau, kan. Kuih Kasui Pandan Mek Yang disalut kelapa yang dikukus terlebih dahulu .. kekal segar sampai ke petang.
Harga seloyang Kuih Kasui Pandan Mek Yang (64 keping) ini pulak tersangatlah berpatutan dan sesuai sangat untuk dijamu kepada tetamu di Majlis Keraian seperti Kenduri, Majlis Minum Petang atau Majlis Hari Jadi.
So, kepada sesiapa yang sedang merancang mengadakan Kenduri atau sebarang Majlis Keraian dan sedang mencari pembekal kuih-muih tradisi Melayu untuk dijamu kepada tetamu, boleh lah hubungi Mek Yang di talian 012-6556199. Mek Yang buat kuih muih lain jugak tau .. Ada Talam Keledek, ada Pulut Seri Muka, Nona Manis, Karipap Sardin dan Ubi Kentang dan macam-macam lagi. Phewwww .. bakal meriahlah meja buffet jamuan dengan aneka Kuih tradisi Melayu kita yang terkenal akan kesedapannya, kan.
So you all jangan ragu-ragu angkat telefon dan tekan 012-6556199 (Tel/mesej atau Whatsapp) dan silalah bertanya kepada Mek Yang akan harganya. Murah dan berpatutan sampai tak sampai hati Misz-ella nak sebutkan disini. OK readers .. Misz-ella dah habis sessi berkongsi dengan you all semua dan nak ucapkan Selamat Tinggal sebab nak pergi buat kerja lain pulak. Terima Kasih baca ye. Jumpa lagi di lain Entry. Bye.
SELALU JUMPA KASUI GULA MELAKA..YANG PANDAN NI JARANG ORANG JUAL..TAPI MEMANG SEDAP KAN KALAU DAPAT YANG PANDAN NI...BTW CONGRATES SGT KAT MIZZ ELA DAPAT BERAT IDEAL...KITA NI TAK TAHAN DAULAT..HUHUHU..BAJET RAYA NANTI NAK LA SLIM SIKIT TAPI ASIK KE LAUT JE....
ReplyDeleteSedapnya..saja je buat orang terliur..hehe
ReplyDelete