Pages - Menu

Nasi Lemak Norle di Stonehenge, Wiltshire, England - 4 Mac 2017


Hello readers ..

As you know, I went to UK recently. Infact bukan UK sahaja, malah ke Dubai terlebih dahulu, ke London dan akhirnya ke Paris.

Emmm .. ada orang kata kalau banyak duit ke mana pun boleh. Perception manusia memang begitu, kan. Tak boleh nampak orang berjalan sikit, sedangkan rakan-rakan Blogger Misz-ella yang masih belajar di IPTA pun boleh berjalan melihat bumi Allah ini kalau betul dan tau caranya. Pandai diaorang ni menyusun kewangan dan google sini sana ~ Ada yang kata dapat tiket ke Eropah RM300/return. Wahhh pandai diaorang, kan.

Hidup ni kena bijak merancang dan ngatur kewangan. Beli tiket masa promosi harga rendah dan terbanglah masa non-peak season. Masa Misz-ella ke Benua India dulu, kami beli tiket penerbangan setahun lebih awal. Masa ke Yogjakarta, tiket ditempah setahun lebih awal iaitu masa promosi (RM1xx)  dan terbang 13 bulan berikutnya. Yang penting BIJAK. Misz-ella beruntung kerana punya rakan yang bijak mengatur strategi dalam bercuti. Kos trip Yogjakarta, .. termasuk tiket penerbangan pergi balik, bayaran tour guide (supir), tempat tinggal, tiket masuk ke tempat-tempat menarik dan makan-minum hanyalah RM1,000.00. Bijak kan diaorang. Tapi apa pun kita kena percaya yang pada akhirnya Wang bukanlah segala-galanya kerana Kun Fa Ya Kun itu milik Dia. Kalau Allah SWT tak izinkan, ada duit berjuta pun mungkin kau takkan ke mana-mana. Duduk sahaja di rumah. Tapi kalau dah tertulis yang rezeki kau untuk melihat bumi dia, sampai ke mana-mana lah kau akan berada walau hakikatnya wang kau tak lah banyak mana. Percayalah.

Stonehenge, terletak di Wiltshire, England. Merupakan salah satu dari Seven Wonders of The World, dan diwartakan dibawah UNESCO World Heritage Site. Perjalanan ke Stonehenge dari Kota London memakan masa lebih kurang 2 jam. Misz-ella ke sana bersama Norle dan suaminya Rafik. Rafik sambung belajar di Kota London, Norle disana menemani sang suami. Dah hampir 3 tahun di London .. dah rindu-rinduan dengan Negeri Sembilan, katanya. Tak sama kot Masak Lemak Cili Api London dengan yang ori dari Negeri Sembilan, kan ..

Lebih kurang 8.45 pagi dari Paddington, Alhamdulillah perjalanan lancar sampai Rafik kata biasanya di hari Cuti nak keluar dari London jalan jem .. tapi hari ni bila bawak Kak Ella jalan clear. Wahhh .. London suka Misz-ella nampaknya .. Ada harapan jadi orang London Mek Ella ni. Hehe.

OK Jom baca tentang Stonehenge yang Misz-ella copy paste dari Google. Thank You Google.

Stonehenge is a prehistoric monument in WiltshireEngland, 2 miles (3 km) west of Amesbury and 8 miles (13 km) north of Salisbury. Stonehenge's ring of standing stones are set within earthworks in the middle of the most dense complex of Neolithic and Bronze Age monuments in England, including several hundred burial mounds.[1]
Archaeologists believe it was constructed from 3000 BC to 2000 BC. The surrounding circular earth bank and ditch, which constitute the earliest phase of the monument, have been dated to about 3100 BC. Radiocarbon dating suggests that the first bluestones were raised between 2400 and 2200 BC,[2] although they may have been at the site as early as 3000 BC.[3][4][5]
One of the most famous landmarks in the UK, Stonehenge is regarded as a British cultural icon.[6] It has been a legally protected Scheduled Ancient Monument since 1882 when legislation to protect historic monuments was first successfully introduced in Britain. The site and its surroundings were added to UNESCO's list of World Heritage Sites in 1986. Stonehenge is owned by the Crown and managed by English Heritage; the surrounding land is owned by the National Trust.[7][8]
Stonehenge could have been a burial ground from its earliest beginnings.[9] Deposits containing human bone date from as early as 3000 BC, when the ditch and bank were first dug, and continued for at least another five hundred years.[10]
Source : wikipedia

Baca perenggan terakhir ~ Could have been a burial ground - boleh jadi adalah tanah perkuburan. Well .. i fly jauh-jauh untuk tengok kubur you alls .. *hehe* Macam tu lah .. misteri tak terungkap dan jawapan tak ditemui, maka banyaklah andaian dan kemungkinan.


Kami sampai Stonehenge dalam sejam suku atau sejam setengah macam tu sebab jalan tak jem. Selepas Rafik parking kereta (Free parking here) kita pun bergambar lah dahulu di Pintu Masuk ini then pergi beli Tiket masuk ~ We paid 16.50 pound per person (Adult). Harga termasuk lah Shuttle Bus yang disediakan .. tak jauh, hanya 2 minit sahaja perjalanan di dalam bas.


Tempat ini dikatakan Rumah kepada pekerja yang membina Stonehenge. You all nampak ada cahaya matahari, kan. Yes .. Hello sunshine but actually it was so windy and I was freezing cold. Sebelum tu Rafik dan Norle dah bagitau, Wiltshire lebih sejuk dari London sebab terletak di kawasan pedalaman. Kira kampung lah ni, bukan bandar besar. Kalau tak kerana Stonehenge, mungkin tak terkenal lah tempat ni.


Ramai, kan. Memang ramai tapi kami tak dibenarkan pergi dekat. Katanya, ada masa-masa tertentu sahaja kita boleh pergi dekat dengan Stonehenge tu, itu pun terhad kepada 26 orang sahaja pada satu masa. Sorry I have to managed my time .. so tak apa.


Memang besar batu-batunya .. menegak dan melintang .. Cuba lihat orang-orang di sekeliling tu .. halus je, kan. 



Hanya mampu memandang dari kejauhan. Kalau ditanya apa perasaan Misz-ella memandang Stonehenge .. Ummm .. tak ada apa-apa. Kosong. Tiada rasa .. tak sehebat perasaan Misz-ella memandang Taj Mahal yang punya roh dan auranya yang tersendiri. Sebak, terharu bergenang airmata kot menghayati Taj Mahal tu.


Mungkin kerana Taj Mahal adalah lambang cinta dan buat yang berjiwa sensitif macam Misz-ella, cepat meresap ke jiwa. Cinta dan kasih sayang adalah segala-galanya dalam hidup kita. Key to the door of happiness .. tak kira samada kasih sayang sesama keluarga, sahabat inikan pula suami isteri .. Hidup tanpa kasih sayang dan cinta tak lengkap.

OK itu kisah Taj Mahal tapi Stonehenge yang sedang kami pandangi ini adalah dikatakan Kawasan Perkuburan. Patut lah tak da aura *hehehe* Haishhh .. Kami berempat tak mengigau malam pun dah cukup baik, kot.



Dan mari kita nak bagitau satu cerita ~ Nasi Lemak Lauk Ayam Goreng hasil tangan orang Malaysia dah sampai Stonehenge. Yesss !!! Kalah Nasi Lemak Antarabangsa kat Kg Baru tu *hehehe* Syabas Norle. Terima Kasih kerana sanggup bangun pagi-pagi masak Nasi Lemak demi menunaikan hajat Kak Ella mahu makan Nasi Lemak di Stonehenge. Bermula dari OK Kak, nanti Norle bekalkan Nasi Lemak ye .. mula-mula Misz-ella ingatkan satu gurauan .. akhirnya betul-betul kami makan Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah dan minum Teh O di Stonehenge tu tau.

Misz-ella pun nak tumpang posing dengan Nasi Lemak Norle ..

Semerbak harum aroma Nasi Lemak tu bila penutup nya kami buka. Dengan angin sejuk sepoi-sepoi bahasa .. tiba-tiba lalu sekumpulan pelancong dari Malaysia .. OhMyGodd Nasi Lemak .. I want the Nasi Lemak ~ kata Ahmoi tu *tehehehe*


Dan sesungguhnya setiap detik perjalanan kehidupan itu adalah sangat indah. Mana mungkin Kak Ella akan lupa kenangan kita di Stonehenge maka entry ini adalah khas buat Norle dan Rafik .. buat kenangan hari tua kita nanti. Esok-esok anak cucu kita tengok .. Laaa .. ini kerja dorang masa muda .. Makan Nasi Lemak di Stonehenge, London rupanya .. *Tehehehe*

Dan inilah Norle, Tukang masak nasi lemak. Yeahh .. kita cipta sejarah yang mungkin tidak pernah dibuat orang .. Makan Nasi Lemak di Stonehenge! 

Ok Sebagai penutup ini pendapat Misz-ella tentang Stonehenge ~ Stonehenge boleh dilihat dari jalan besar kerana kedudukannya di tanah lapang yang tidak berpagar. Tak ada perumahan atau apa-apa pun di sekitarnya. Kalau you all betul-betul minat Sejarah dan mahu melihat salah satu dari The Seven Wonders, then boleh lah melawat tempat ni sebab pada Misz-ella, bayaran masuk sebanyak 16.50 pound seorang is a bit pricey .. unless if it come with light meal or snack. Misz-ella berdua je dengan Aiman, kalau korang anak 3, dah berapa, kan. Stonehenge boleh dikunjungi dengan menaiki Tren dari Stesyen Waterloo dengan bayaran 29 Pound seorang (lebih kurang 2 jam). Dalam kawasan Stonehenge ada Cafe dan ada tandas. Masa yang diperlukan untuk berada di dalam Stonehenge ~ tak ada limit. Kalau tahan sejuk, duduk lah lebih lama. Misz-ella dah kegigilan walau hanya dalam 45 minit kami di sini. 

OK .. Itu sahaja perkongsian Misz-ella tentang Stonehenge. Banyak lagi cerita tentang percutian kali ini yang Misz-ella nak kongsi dengan korang semua. Moga-moga boleh dijadikan panduan buat you all yang berimpian mahu ke sana. Kita jumpa lain entry, ye. OkBye readers. Terima Kasih baca.





1 comment:

  1. Fuh....

    Jangan kata ahmoi... sy yg dok dekat rumah nie pun rasa nak jugak

    ReplyDelete