Pages - Menu

Buffet Buka Puasa 2017 - Citarasa Santapan di Hotel Traders, KLCC



Bermula dari 26 Mei hingga 24 Jun 2017, Gobo Chit Chat yang terletak di Lantai 5, Hotel Traders Kuala Lumpur bakal membawakan Buffet Buka Puasa bertemakan "Citarasa Santapan"



Buffet buka puasa ini membawakan pelbagai pilihan makanan antarabangsa dan tempatan menampilkan hidangan tradisi Melayu seperti yang dimasak oleh Nenek kita dahulu.






Antara yang disediakan adalah Lemang Pulut Hitam, Ketupat, Serunding Daging, Kerabu Kaki Ayam.

Sengkuang Calit dan Popiah basah kegemaran ramai turut ada

Manakala Roti canai dan Murtabak disediakan panas-panas untuk dinikmati segar oleh tetamu yang datang

Ada juga Sup Gearbox

Paling menarik adalah Nasi Briyani yang dimasak perlahan-lahan di dalam buluh bagi mengekalkan aroma Beras basmati dan rempah ratusnya. Kambing panggang turut ada.



Jangan lupa ke Kaunter buffet pencuci mulut untuk menikmati pelbagai pastries dan kueh-mueh Melayu dan Kurma yang 'WAJIB' ada di bulan Ramadan yang mulia ini.


Turut disediakan di Buffet Buka Puasa Citarasa Santapan adalah 12 perisa aiskrim New  Zealand  Natural  yang boleh dinikmati secara Free Flow.


Pelbagai jenis Pengat turut ada dan jangan lupa nikmati Pengat Durian yang tersangat lah sedap ini ye.

Buffet Buka Puasa Citarasa Santapan ini berharga RM125 nett/Dewasa bagi minggu pertama dan kedua (26 Mei - 9 Jun 2017) dan RM135 nett/Dewasa pada minggu ke 3 dan ke 4 Ramadan (10 Jun - 24 Jun 2017). Jangan lupa ambil peluang dari Promosi BELI 6 PERCUMA 1 jika berbuka puasa secara berkumpulan ye.

Untuk tempahan dan pertanyaan, sila hubungi 03 -  2332  9888  atau ikuti dan mesej kami di https://www.facebook.com/TradersHotelKualaLumpur/?fref=ts


Buat yang sedang mencari tempat berbuka puasa sekitar KLCC, Misz-ella cadangkan you all cuba Citarasa Santapan ini. Nasi Briyani tu sedap .. Kambing panggang tu sangat menyelerakan dan Pengat Durian pun sampai hari ini Misz-ella teringat. Akhirkata, Terima Kasih Hotel Trader KLCC kerana menjemput Misz-ella.blogspot.com ke Preview Buka Puasa Citarasa Santapan ini.


No comments:

Post a Comment